Perkongsian video sepasang suami isteri yang membawa anak mereka dengan memakai alat bantuan pernafasan ketika menaiki motosikal ternyata menyentuh hati ramai. Malah mendapat perhatian Perdana Menteri semalam.
Namun kata bapanya, Mohd Azlan Ishak, dia juga tidak tahu tindakannya bersama isteri, Norhidayu Halim, yang membawa bayi lelaki mereka, Mohd Aariz Zafran menaiki motosikal itu tular di media sosial.
Katanya lagi, dia bukan meraih simpati ramai sebaliknya motorsikal itu adalah satu-satunya kenderaan yang mereka ada untuk membawa anaknya berulang alik ke hospital.
Difahamkan anak mereka, Mohd Aariz Zafran yang berusia 11 bulan itu terpaksa memakai alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) kerana menghidap penyakit paru-paru kronik serta beberapa masalah kesihatan lain.
“Kami memang sentiasa berulang-alik ke hospital dengan menunggang motosikal sahaja membawa Mohd Aariz bagi mendapatkan rawatan dan pada hari kejadian, hanya ada RM12 dalam poket sebab banyak hari tidak bekerja.
“Ia merupakan satu-satunya kenderaan yang kami ada walaupun sedar anak kami yang kurang sihat tidak sepatutnya dibawa menaiki motosikal namun kami terpaksa kerana tiada kereta,” katanya berkongsi kisah mereka.
Tambahnya lagi, dia hanya meraih pendapatan harian sebanyak RM50 sehari dengan bekerja sebagai pembantu di pelantar ikan di Kuala Kedah.
Ads
Sementara itu isterinya, Norhidayu berkata, masalah kesihatan anak lelakinya mula dikesan doktor ketika berusia dua bulan sewaktu membawa abangnya, Iman Fayruzz Mikhail Abdul Rahim, 9, yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
“Ketika membawa Iman yang turut menghidap sakit kronik termasuk jantung berlubang, saya melihat keadaan Mohd Aariz agak pelik apabila ada lekuk di dadanya ketika bernafas lalu meminta doktor memeriksa keadaannya.
“Jadi, sejak itulah Mohd Aariz perlu memakai mesin CPAP sepanjang masa dan dia akan sukar bernafas sekiranya tidak memakai alat bantuan pernafasan ini,” katanya.
Menurutnya, anak lelakinya perlu memakai mesin berkenaan kerana menghidap pelbagai masalah kesihatan termasuklah penyakit paru-paru kronik, gerd dan saiz limpa besar.
Disebabkan itu katanya, Mohd Aariz bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan dan susu untuk meneruskan hidup.
Ads
“Kami tidak mampu beli susu khas dan cuba berinya nestum namun Mohd Aariz tidak boleh menjamahnya disebabkan keadaan kesihatannya.
“Kalau makan juga makanan ini dia akan mengalami gastrik,” katanya.
Tambah suri rumah itu, selain Mohd Aariz dan Iman, dia juga memiliki seorang lagi anak lagi iaitu Ahmad Hafizi, 17, yang menghidap cerebral palsy, Ahmad Amirul Amin, 14, dan Nur Rabbiatul Husna,4.
Tambah Mohd Azlan lagi yang bekerja sebagai pembantu di pelantar ikan dengan pendapatan RM50 sehari, dia amat berterima kasih kepada semua yang sudi membantunya meringankan beban keluarga terutama anaknya yang tidak sihat.
“Ada rakan beritahu kisah kami sekeluarga dapat perhatian ramai dan kini telah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri. Jadi, saya berterima kasih teramat atas keprihatinan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Ramai yang nak kurus tapi takut nak makan ubat kurus. Bersenam pun segan juga. Untuk anda yang spesis macam ni boleh amalkan cara tradisional pula. Tambah-tambah bagi yang makan banyak daging korban.
Perkongsian Habibah Badar Bajrai boleh diamalkan kerana bahan-bahannya berasaskan herba dan rempah yang sentiasa ada di dapur kita dan diketahui banyak khasiat. Sesuai untuk anda yang mahu menurunkan berat badan dan mengempiskan perut kerana bertindak mencairkan lemak.
Selain itu, air rebusan herba ini bukan sahaja boleh membantu menguruskan badan tapi juga membuang angin dan menjadikan badan lebih ringan. Membantu kaum wanita lebih cergas untuk melakukan kerja rumah.
Menariknya air ini juga boleh diamalkan oleh para suami juga bagi yang mempunyai masalah perut buncit. Jadi sekali isteri buat boleh kongsi dengan suami. Jom cuba!
Bahan-bahan
1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu
Cara membuat:
1. Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit.
2. Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam sebelum makan.
3. Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Jika mahu diminum, ambil setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!
4. Hasilnya? Jika diamalkan boleh membantu menguruskan badan, perut kempis, pastu badan rasa bertenaga dan ringan. Boleh jadi air detox juga! Memang berbaloi untuk mereka yang mahu kurus cepat tapi sihat.
Khasiat bahan dalam air rebusan
Serai
Menurunkan berat badan, tekanan darah, mengurangkan kolesterol dan gula dalam darah, membuang toksin dari badan serta membantu pencernaan.
Halia
Buang angin dalam badan, mengurangkan bau hamis darah ketika haid, meningkatkan tenaga batin, merawat pengaliran darah yang bermasalah serta memanaskan tubuh.
Cengkih
Merawat masalah pernafasan, membantu sistem pencernaan, memanaskan tubuh, sumber antioksidan yang menjaga kesihatan kulit & wajah.
Kayu manis
Mengurangkan kolesterol, membantu melambatkan proses penuaan, merawat nafas berbau, mengurangkan kadar gula dalam darah dan mampu memecahkan lemak
Madu
Meningkatkan antibodi badan, menambah stamina, mencantikkan kulit, meningkatkan penyerapan nutrisi dalam badan.
Lemon
Melancarkan pencernaan, membersihkan darah, memecahkan lemak di tubuh dan membantu meningkatkan stamina.
Sumber: Habibah Badar Bajrai
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tertarik membaca posting puan Haryanee Arahim Ayang ini, tentang usahanya untuk pastikan suaminya berhenti merokok.
Jika orang lain sekadar beri nasihat kepada suami untuk tidak merokok namun wanita ini membuat satu perjanjian di mana jika suami merokok sekotak, maka suami perlu beri RM dengan nilaian rokok tersebut kepadanya.
Ini perkongsiannya.
“Hari ni aq buat satu perjanjian dg cek somi Aziyan Surip..Di mna aq bertanya..adakah dia membeli rokok setiap hari..Dia kta ye..sehari sekotak..”
“Ok..Perjanjiannya..Setiap kali dia beli rokok..Cnth harga rokok sekotak rm5..Jd rm5 jgk dia kena beri kn kpd si istri ye..
“Klu kata beli 2 kotak rm10..Pun jgk kena bg si istri rm10..Jgn ngelat ye… Klu kata x ckp nk bg si istri..tp hnya ckp utk beli rokok..uppppsss x bleh skip.. X ade bhgian istri mkna nya x de jgk rokok dibeli..
Eerrrmmmm..Kita tgk hasil nya nnti dlm masa sebln..Hasil bhgian istri jgn di usik.. Pandai2 lh si istri nk wat pe dgn duit 2 ye..
Ok skrg cek somi setuju..
Jnji ye jgn tipu..Hari2 akn ku cek rokok nya.. Bkn pe mngelak dari dia mngelat…
Hahaaaa…
Mulai hari ini 25/7/2017. Perjanjian berkuatkuasa..
Nampaknya jika dipraktikkan cara ini menguntungkan pihak isteri. Bayangkan sepanjang proses suami hendak berhenti merokok, berapa duit si isteri dapat kumpul?
Ini maklum balas yang kami terima daripada Puan Haryanee sendiri.
“Hahaa sy dh x trus kn pun. Sbb kami bkn dtg dri fmly yg sng. X smpi hati plk nk wat asben cm 2. Sbb rokok dia pun rokok bkn mahal. Cuma skrg dia dah kurang hsp rokok. Kira nya plan sy x mnjd lh”
Sumber : Haryanee Arahim Ayang
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buah mata kucing bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis malah turut boleh dijadikan pelbagai menu yang istimewa. Sama ada dijadikan air minuman menyegarkan mahu pun jeruk yang mempunyai rasa masam-masam manis, ianya memang mampu menjentik selera sesiapa jua.
Buat yang teringin nak merasa air mata kucing yang menyegarkan bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Asmawati Nasir ini.
Air mata kucing
Buah mata kucing kering secukupnya
1 buku gula Melaka
2 buku gula batu
Gula mengikut kemanisan
Air secukupnya
Daun pandan di simpul
Cara-cara
1. Cuci buah mata kucing hingga bersih
2. Masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan dan rebus hingga kembang dengan api sederhana.
3. Masukkan pula gula Melaka dan gula batu dan masak hingga gula hancur dan sedikit pekat.
4. Perasakan dengan gula.
5. Siap dihidangkan panas atau sejuk.
Tak pun lagi best kalau dapat makan jeruk buah mata kucing asam boi. Lihat sahaja gambar yang dishare oleh @eddriantjhia (instagram) ni, memang kecur liur dibuatnya.
Pun begitu, perasan tak ada juga sesetengah antara kita bila makan sahaja buah mata kucing ini akan mudah sahaja mendapat batuk ataupun tekak terasa gatal. Mengelakkan semua ini terjadi, ketahui dulu cara atau petua cuci buah mata kucing agar bersih dan selamat dimakan. Jadi jom semak cara cuci buah mata kucing dengan cara yang betul!
PETUA CUCI BUAH MATA KUCING DENGAN AIR GARAM
Buah mata kucing juga perlu dicuci dengan cara yang betul untuk hilangkan segala kotoran pada kulitnya serta elakkan keracunan dan sakit seperti batuk.
CARANYA:
1. Rendamkan buah mata kucing dalam air garam.
2. Biarkan dalam 15/20 minit
3. Keluar segala kotoran pada kulit
4. Lepas tu boIeh bilas buah mata kucing dengan air bersih.
5. Selamat dimakan.
Cuci dengan cara ini lebih terjamin bersih bila nak makan, berbanding sekadar cuci dengan lalukan air.
Selamat Mencuba!
Kredit:Azie Erme
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.