Bila beli bahan basah tentu hal yang paling rumit adalah memastikan bahan-bahan disimpan dalam peti ais secara sistematik.

Mana taknya jika salah caranya proses memasak menjadi lambat. Bagi puan Firda Ashaary menggunakan plastik jenis zip lock sebagai salah satu trik untuk mennyimpan bahan basah dengan mudah. Nak lihat caranya ikuti perkongsian ini.

Dulu aku suka simpan stok daging semua ni dalam bekas bertutup. Tak kiralah tupperware atau tipuware.

Kebetulan haritu, adik jiran datang dan sempat lah berbual.
Dia tanya macam mana aku simpan barang basah, then aku pun bagitau lah dia.
Lepas cuci, siap potong, aku akan asingkan ikut portion masakan dan letak dalam bekas bertutup. Lepas tu susun lah dalam freezer. Nampak comel je tersusun.
Kemudian dia pun bercerita,

“Ohhh KakFida, simpe gitu ko? Kito simpe dale plastik.”
“Tok lekat ko plastik tu letok dale peti ais?” aku mengajuk dialek Kelantan pekatnya.
“Ehh bakpo nok lekatnyo KakFida. Lepah(lepas) kito boh plastik, kito letok la dale bekah(bekas). Nak guno gak, kito ambik la so plastik tu gi rende(rendam). Mudoh lagi gitu.”

Aku pun ooooo besar dengar dia cerita sambil membayangkan.
“Nati kak nok try lah.” jawap aku sambil tersengih.

Guna Ziplock

Satu Plastik Satu Kali Masak, Wanita Ini Simpan Bahan Basah Guna Zip Lock Bantu Mudah Nyahbeku Dan Jimat Ruang. 

Ads

Kebetulan esoknya aku ada gi beli daging.
Lepas potong semua, aku pun masukan dalam plastik ziplock dan susun kemas tepi dinding peti ais.
Okay boleh tahan kemas sebab ziplock tu boleh tegak.
Paru pun aku rebus seksiap sebelum potong nipis dan simpan. Nanti nak masak, keluarkan dan rendam air panas sahaja.

Satu plastik satu kali masak

Satu Plastik Satu Kali Masak, Wanita Ini Simpan Bahan Basah Guna Zip Lock Bantu Mudah Nyahbeku Dan Jimat Ruang. 

Satu plastik tu untuk sekali masak. Mudah.
Keluarkan dan rendam ja dalam air.
Ehh betullah,
Lebih cepat defrost berbanding dulu.

Masa aku rendam barang basah yang disimpan dalam bekas bertutup dulu, boleh tahan jugak la nak tunggu defrost kecuali aku bukak air dalam sinki dan siram lelaju. Jenuh laki aku bayar bil.

Ads

Tips ni bagus sebab rasa dan manis daging pun tak hilang. Kekal di situ, terperangkap dalam plastik.

Tengkiu jiran bagi tips berguna.
Untung jugak bersembang walau nampak sembang kosong.
Tapi tetap ada isi.

Sumber: Firda Ashaary

Bacaan lanjut: Menabung 4 Tahun Berjaya Kumpul Duit Hampir RM80,000. Lelaki Ini Beli ‘Cash’ Kereta Import. Inspirasi!

 

Ads

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Satu Plastik Satu Kali Masak, Wanita Ini Simpan Bahan Basah Guna Zip Lock Bantu Mudah Nyahbeku Dan Jimat Ruang. 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Satu Plastik Satu Kali Masak, Wanita Ini Simpan Bahan Basah Guna Zip Lock Bantu Mudah Nyahbeku Dan Jimat Ruang. 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI