Bunga penenang jiwa. Dengan melihat warna-warni bunga saja, kita akan menjadi lebih santai dan tenang. Bukan itu sahaja, bunga juga boleh meningkatkan mood atau suasana menjadi lebih ceria.
Bahkan keindahan dan kecantikan bunga sinonim dengan wanita umpama irama dan lagu. Namun siapa sangka bunga memberi pendapatan lumayan. Lebih istimewa perniagaan berasaskan bunga kini dimonopoli oleh kaum lelaki!
Daripada kerjaya stabil di sebuah syarikat penerbangan terkenal, Amirullah Khalid,39, kini mengusahakan Petals2u Florist and Gifts yang menjual gubahan bunga perhiasan bersama isterinya, Zailatul Alina Zulkapli.
Mengimbau perjalanan awal dalam bidang perniagaan ini, Amirullah mengakui tidak menyangka keputusan nekad untuk berhenti kerja bagi menemani isterinya yang melanjutkan pelajaran di luar negara menjadi pencetus kerjayanya sehingga kini.
“Isteri saya belajar di New Zealand dalam bidang pelancongan. Belajar Bachelor Tuorism selama lima tahun. Saya ambil cuti untuk melawat isteri di sana.
“Namun apabila melihat keindahan New Zealand saya nekad berhenti dan kerja di sebuah pasaraya di Auckland bahagian Department Produce.
“Saya berkerja bahagian bunga sayur dan buah-buahan. Selalu juga saya bawa balik bunga yang sudah tamat tempoh yang perlu dibuang, tambahan pula isteri saya suka bunga.
“Saya juga suka mengubah bunga hantaran, pelamin pengantin dan berendoi. Tambahan pula, ibu saya pula selalu membuat hantarab dan sirih junjung. Selain itu, saya pun selalu membantu membeli barang-barang hantaran dan melihat ibu mengubah. Tak sangka ia menjadi kerjaya saya juga hingga kini,” imbau bapa kepada tiga orang anak ini.
Sukar Dapat Kerja
Ads
Setelah isteri menamatkan pengajian dan pulang ke tahanair, kesukaran mendapatkan kerja membuatkan pasangan suami isteri ini mula mengorang langkah untuk mengubah kehidupan mereka.
Sikap diri yang sentiasa berfikiran positif untuk meraih kejayaan. pasangan suami isteri ini mula menjual gubahan bunga konvo di tepi jalan.
“Setelah pulang ke Malaysia, saya susah untuk mendapat kerja. Jadi kami mula berniaga bunga konvo di tepi jalan. Semua tempat ada pesta konvo, kami akan ke sana. Jika tidak ada konvo kami akan buat katering secara sambilan.”
Bertuah pasangan suami isteri ini mempunyai minat yang sama dalam perniagaan ini sering kali mendalami ilmu dalam gubahan bunga.
Amirullah yang ingin memartabatkan gubahan seni gubah tradisional ke peringkat lebih tinggi memberi tahu sepanjang menempuh onak duri dalam perniagaan ini, mereka juga mendapatkan nasihat dan selok belok dalam perniagaan ini daripada ‘guru bunga’ berbangsa cina.
Ads
Lebih manis, pencapaian perniagaan terbesar apabila mengubah bunga untuk majlis di Hari Pembukaan Parlimen Malaysia dan menghantar bunga korporat ke istana ke seluruh Malaysia.
Cabaran
Tidak pernah membiarkan kegagalan membuatkan dirinya mengalah. Sebaliknya kegagalan itu membentuk jati diri buat diri dan pasangannya. Mengakui detik sukar ketika negara melalui situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Cabaran yang sangat tidak dapat dilupakan ialah apabila kami terpaksa tutup empat buah kedai selepas PKP. Begitu emosi buat saya dan isteri. Tambahan pula kami mempunyai stok bunga segar yang mahal datang dari luar negara.”
Ads
“Ketika kedai tutup satu persatu, sedih sangat mendalam tapi saya kuatkan semangat dengan sibukkan diri dengan mengikuti majlis-majlis baru dan melibatkan diri dengan program berkaitan dengan perniagaan,” ujarnya mengimbau detik sukar dalam dunia perniagaannya.
Bakal Buka 20 Francais
Gagal dalam sesuatu perjuangan, itu bukan bermaksud harus menyerah dan berhenti berusaha. Hakikatnya kekecewaan sebenarnya mengajar erti kehidupan. Dirinya teruskan perjuangan walaupun terpaksa menghadapi cabaran dan rintangan dalam hidup.
Justeru, untuk mencapai kejayaan yang diimpikan setiap yang dilakukan harus mempunyai perancangan untuk memastikan perniagaan kukuh di masa akan datang.
Katanya akan memastikan pengurusan syarikat dengan stategi baru dan bercadang untuk membuka 20 francais di seluruh luar negeri pada tahun 2030.
Utamakan Keluarga
Sesebuah isntitusi keluarga juga akan menjadi bahagia dan cemerlang, jika setiap ahli keluarga berjaya menguruskan masa dengan berkesan.
Menyentuh mengenai keluarga, kesibukkan dengan perniagaan, tidak bermakna keluarga diabaikan. Dia akan membawa keluarga pergi bercuti serta membawa bersama apabila ada ‘event’ atau ‘job’ di luar kawasan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Meruntun jiwa tatkala mendengar laungan si anak yang memanggil-manggil ayahnya namun tiada lagi sapaan dari si ayah. Satu perkongsian video kanak-kanak berusia 8 tahun yang berada di sebuah tanah perkuburan mengundang sebak warga maya.
Tatkala sekumpulan petugas kesihatan sedang membawa jenazah ke liang lahad, si anak ini memanggil-manggil ayahnya. Rupa-rupanya jenazah itu adalah ayahnya yang sudah pergi buat selama-lamanya akibat wabak covid-19.
Disebabkan itu, keluarga tidak dibenarkan untuk mengiringi jauh sekali mendekati jenazah sehingga ke tapak perkuburan.
Si anak hanya mempu melambai-lambai dari kejauhan sambil memanggil si ayah. Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai yang cukup sebak dan mengharapkan si anak tabah dan kuat dengan dugaan tersebut.
Pastinya ramai yang mengenali figura ini sejak penularan wabak Covid-19 yang mencuri tumpuan seluruh rakyat Malaysia sehingga ada yang menggelarkannya ‘jeneral’ Covid-19. Malah, setiap hari, rakyat dan wartawan ternanti-nanti kemunculannya untuk mengumumkan status serta laporan harian kes COVID-19. Sudah pastinya, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Walaupun penat mengendalikan krisis begitu serius, wajah dan penampilannya sentiasa tenang serta kata-katanya cukup meyakinkan kita semua. Bukan sahaja, cekap mengendalikan kemelut Covid sehingga baru-baru ini, kluster covid COVID-19 terbesar negara iaitu kluster perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling telah berjaya direkodkan sifar kes sekali gus diisytihar tamat, beliau juga seorang bapa yang hebat dalam mendidik anak-anaknya.
Like Father, Like Son
Menerusi perkongsian Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Zafrul telah memaklumkan tiga orang siswazah telah terpilih menyertai Felo Perdana tahun 2020. Menariknya salah seorang siswazah berkenaan, Muhammad Khair bin Noor Hisham adalah anak Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Jurusan Ekonomi Bisnes di Universiti Sheffield Hallam dan turut mempunyai pencapaian cemerlang dalam bidang akademik antaranya memenangi dalam Sheffield Business School International Dragon’s Den Competition pada tahun 2019, dianugerahkan sebagai pelajar terbaik iaitu menjadi ketua kepimpinan majlis perwakilan pelajar di UiTM Pahang pada tahun 2018, pernah menjadi pengarah bagi Program Kepimpinan dan Hubungan Budaya iaitu program bersama antarabangsa. Nyata, dengan prestasi kepimpinan yang ditonjolkan oleh anak lelaki Dr Noor Hisham ini sangat layak dipilih sebagai Felo Perdana 2020. Perwatakaan seumpama like father, like son. Dua-dua hebat dalam ‘dunia’ masing-masing.
Felo Perdana 2020, Kementerian Kewangan lantik tiga siswazah
Warga belia adalah antara tunjang kepada pembangunan Negara. Merekalah yang akan membimbing generasi akan datang dalam usaha memacu Malaysia ke arah kejayaan.
Selamat datang saya ucapkan kepada tiga orang Felo Perdana untuk tahun 2020, Chow Shenn Kuan, Khair Noor Hisham dan Am Abdul Aziz, ke Kementerian Kewangan Saya berharap program ini dapat memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada anda. pic.twitter.com/nHoK6HdIFW
Siapa sangka kanak-kanak berusia enam tahun mampu memberi kejutan buat seisi rumah bila berjaya memesan makanan menerusi atas talian.
Bapa kanak-kanak itu terkejut apabila penghantar makanan muncul di hadapan pagar rumah bagi menghantar pesanan yang telah dibuat menerusi sebuah platform.
Bagaimanapun, reaksi si bapa ketika menerima bungkusan makanan tersebut telah mencuri perhatian ramai kerana tidak menyangka ia adalah dari pesanan anak kecilnya yang baru berusia enam tahun.
Si comel berusia enam tahun itu memesan lapan pek ayam goreng. Memang bijak.
Menerusi video berdurasi seminit 17 saat dimuat naik di TikTok, dilihat penghantar makanan itu menyebut nama ‘Seri Rahayu sambil menghulurkan bungkusan makanan kepada seorang lelaki.
Selepas bertanya kepada ‘orang rumah’, lelaki berkenaan memberitahu Seri Rahayu yang juga isterinya tidak membuat sebarang pesanan makanan.
“Banyaknya! Siapa order ni? Isteri saya kata dia tak order.
“Betul ke ni alamatnya bang (penghantar makanan)? Cuba abang check. Betul dah ni.
“Tapi saya dan isteri takda order,”ujar lelaki itu.
Ternyata anak lelaki berusia 6 tahun pasangan itu yang membuat pesanan makanan tanpa memberitahu kepada ibu bapanya.
“Anak yang order la. Kami berdua tak tahu apa-apa. Anak saya yang order senyap-senyap,”jawabnya sambil tersenyum.
Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi di mana rata-rata warganet turut terhibur dan berkongsi pengalaman masing-masing.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...