“Satu Minggu Satu Surah.” Praktis Pada Anak, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Akui Menghafal Al-Quran Lebih Mudah Jika Mulakan Dari Kecil.

Share

Kalau dilihat dari segi penampilan, memang nampak selebriti dan juga angkasawan pertama negara ini sangat moden orangnya.

Malah, dia sangat menitikberatkan soal pendidikan pada anak-anak. Bukan sekadar didikan duniawi, bahkan bab keagamaan cukup dijaga.

Tidak hairanlah anak-anaknya sudah boleh menghafal surah di dalam al-Quran walaupun masih kecil. Anak sulungnya Bella sudah khatam al-Quran sewaktu usianya 6 tahun lagi.

Setiap postingnya di laman instagram juga memberi inspirasi dan panduan kepada ibu bapa lain dalam mendidik anak-anak. Bahkan sikapnya yang mudah mesra dan tidak kisah membalas setiap komen dan pertanyaan pengikutnya cukup disenangi.

Baru-baru ini Datuk Dr Sheikh Muszaphar memuat naik posting mengajar Bella, anak sulungnya menghafal surah Al-Maun.

Menurut Datuk Dr Sheikh Muszaphar, setiap malam ahad adalah waktu untuk anaknya menghafal surah walaupun pendek.

Malam Hafazan

Setiap malam ahad saya akan ‘push’ Bella untuk menghafal satu surah pendek. Alhamdulillah … mudah untuk Bella.

Saya rasa menghafal menjadi lebih mudah jika kita memulakan dari kecil lagi. 

Menurut Datuk Dr Sheikh Muszaphar lagi, ibu bapa seharusnya memperkenalkan Al-Quran kepada anak-anak ketika usia mereka masih muda.

Katanya lagi, membaca Al- Quran dapat membersihkan hati dan meningkatkan daya ingatan.

Posting tersebut nyata mendapat respond positif dan rata-rata mengagumi cara angkasawan ini mengajar anak-anaknya:

cicihcomel Inilh contoh seorang ayah yg terbaek dunia dan juga akhirat …walau sesibuk mcm mnpn masih sempat ajar mengaji …congratulations

suzyyzuzyy you touch my heart w all yr post ? love all of u ♥️ so impress♥️ very motivated!

shar_iffah Adore u doc… In sha allah, nanti praktis jugak utk my kids.. Tq

aisyahwonglee  semoga bella dan adik2 membesar menjadi anak yang bertqwa,, menjaga iman serta kasih akan ibu ayah.

azienazriExcellent example of how you balance both worlds for your children.
Truly inspiringAlhamdulillah, congratulations.

Sumber: IG drsheikhmuszaphar