Buat anda yang merindui untuk menikmati hidangan Barat yang enak dan mewah seperti dijual di restoran hebat, bolehlah kali ini mencuba resipi yang dikongsikan oleh MrsNor ini. Menurut perkongsiannya, resipi Gratined Baked Potatoes ini adalah antara resipi ‘kayangan’ yang cukup digemari oleh keluarganya dan tidak hairanlah menurutnya jika sekali hidang menu ini terus licin di’kerjakan’ oleh anak-anaknya.
Menariknya juga, untuk menyediakan menu istimewa ini cukup mudah dan boleh dicuba menyediakannya. Tidak salah kiranya sekali sekala mencuba hidangan Barat, pasti anak-anak anda akan teruja untuk menjamah hidangan istimewa ini apatah lagi jika mereka sememangnya penggemar hidangan berasaskan keju.
Untuk itu, ini resipinya dan selamat menjamu selera.
Gratinated Baked Potatoes
Bahan-Bahan
French fries
200gm daging burger – siat siatkan kecil kecil
5 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar cili kering kasar
1sudu lada putih
2 biji telur
1 cawan susu full cream
1 cawan anchor cream
1 kuib pati ayam
cheddar cheese, parmesan dan mozzarella
mixed herbs
Cara-cara
1. Susun French fries dalam bekas aluminium foil. Tidak perlu goreng. Susun yang mentah-mentah begitu sahaja.
2. Cairkan butter, tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan daging burger, kacau rata.. masukkan serbuk cili kering, lada putih dan kuib pati ayam.
4. Tumis hingga daging masak. Bila dah masak tutup api. Masukkan daging itu ke dalam bekas French fries tadi.
5. Satukan telur, susu dan cream …. kacau kacau dan tuang ke atas kentang tadi hingga menutupi kentang dan daging
6. Taburkan cheddar cheese, parmesan dan mozzarella. Sebelum bakar tabor kan mixed herbs
7. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak
Sumber : MrsNor Wahid via MAHN
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club