Bagi sesetengah orang, kalau makan nasi tanpa ada kicap tidak lengkap jadinya dan disebabkan kicap ini juga ada satu kisah antara seorang ayah dan anak perempuannya menjadi viral di media sosial.
Warganet bukan sahaja terhibur dengan ragam anak perempuannya yang ketika itu sedang dalam perjalanan untuk dihantar ke sekolah namun tiba-tiba menangis dek kerana bekal mee hoon goreng telur yang disediakan oleh ibunya tidak diletakkan kicap.
Tidak dengan itu, malah ramai yang memuji tindakan ayah ini yang dilihat begitu sabar melayan karenah anak meskipun berdepan dengan jalan yang jem hingga sanggup mencari kedai untuk membeli kicap tersebut daripada berpatah balik ke rumah.
Betullah kata pepatah kasih ibu hingga ke syurga kasih ayah sepanjang masa. Sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak.
“Takpelah, abah pun dah lambat ni, kita beli je ya kicap”
Pagi tadi, maknya buatkan bekal. Mee hoon goreng telur. Disebabkan maknya tak berapa sihat, jadi harini saya lah bertugas menghantar dia ke sekolah.
Otw ke sekolah, disebabkan jem. Dia beritahu saya nak makan bekal dia dulu dalam kereta. Saya iyakan sahajalah. Tiba-tiba, terdengar dia menangis.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Untuk menetapkan matlamat di tahun 2023, ini adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan :
1) matlamat perlu measurable. Mesti ada ukuran. Contohnya : nak beli rumah pertama. Nak capai simpanan emas 1kg pertama.
2) matlamat perlu ada tempoh masa. Contohnya : mesti capai matlamat sebelum Oktober 2023. Dua bulan lagi adalah tempoh post morterm.
3) matlamat perlu dipecahkan di dalam pecahan yang kecil. Contohnya : jika nak capai bulan Oktober, pecahkan kepada bulanan nak capai berapa banyak?
4) matlamat perlu bersasar. Tak boleh bagi diri pilihan. Anggaplah tahun 2023 adalah tahun terakhir kita hidup. All out. Alang-alang buat biar sampai jadi!
5) matlamat pasti berbeza-beza setiap individu. Tidak ada yang salah atau yang betul dalam menetapkan matlamat . Asalkan tak ganggu hidup orang dan tidak menyusahkan sesiapa.
Akak dan suami dah balik dari bercuti. Kami telah selesai melakukan post morterm 2022 dan selesai merangka gerak kerja bagi tahun tahun depan. We will do more and bigger in 2023.
Alhamdulillah….
Hiduplah dengan membina impian. Hidup tanpa impian akan MEMATIKAN JIWA.
Memasuki 32 minggu, pastinya pasangan ini berdebar menantikan saat si kembar yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Menurut Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isteri, mereka mengharapkan anak kembar ini bakal disambut secara normal.
Begitu pun, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu ia bergantung kepada kedudukan bayi dalam kandungan sebelum kelahiran mereka.
“Alhamdulillah, anak kembar membesar dengan baik dalam perut. Bayi kembar lelaki kini 2.1 kilogram (kg) dan perempuan pula 1.9 kg.
“Kami mengharapkan kelahiran normal kali ini tetapi semuanya bergantung pada kedudukan bayi pertama. Kepalanya perlu berada di bawah.
“Nampaknya yang si perempuan itu seronok bermain akrobat dan kedudukannya songsang,” katanya.
Dr Sheikh Muszaphar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut beliau memuat naik rakaman video doktor sedang melalukan imbasan di perut isterinya.
Dalam pada itu, Angkasawan pertama negara ini turut berkongsi keadaan Dr. Halina yang kini sedang sarat. Menurut Dr Sheikh Muszaphar, isteri kesayangannya itu kini sering mengalami sakit belakang.
“Halina kini semakin sarat, dia sering mengadu sakit belakang dan sukar untuk tidur malam. Sehinggakan dia hendak menangis menahan kesakitan. Kalau lah saya dapat mengambil alih tempatnya.
“Apa-apa pun saya doakan agar ia dipermudahkan,” katanya lagi.
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Memang kreatif kan, jika orang lain pasti sudah di buang sofa yang sudah penyet tetapi wanita ni repair memandangkan ia masih elok dan boleh guna lagi.
Idea yang kreatif membantu wanita ini menukar sofa lama seakan-akan baru dengan menggunakan foam khas yang dibeli di Shoppee. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian puan Dahlia Kassim Jadi.
Salam semua. Ni saya sharekan quick fix utk sofa yg dah penyetttt. Utk base tu..saya dh letak alas kayu..sbb yg tali bawah tu dah kendur tggu nak tebolos je dah rupa. Bila dh ganti kayu ( kayu pellet ka..dpt papan plywood lg cantik..ngam2 kan saiz..kukuh..baring pun best sbb x sakit pinggang).
Saya order foam khas utk sofa ni di shoppe. Harga berbeza mngikut ketebalan, saiz. Kalau sofa nyer seat tu dh sendu sgt tggu nak Sadaqallah je..baik amik yg tebal trus. Jgn buang sarung lama tu wpun ada beli sofa cover baru sbb sarung tu utk bg shape pd kusyen sofa tu. Potong ikut saiz dan gamkan. Sarung balik dgn sarung kusyen. Kalau ada sofa cover..psgkan sofa cover dan Voila!
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...