Satu Kelas Dapat Duit Raya, Almy Nadia Dan Fizz Fairuz Tunaikan Permintaan Anak, Raih Pujian Netizen

Share

Sebut sahaja hari raya, antara yang paling gembira tentunya golongan kanak-kanak. Mana tidaknya, kanak-kanak akan mendapat duit raya!

Lazimnya duit raya akan dapat diperolehi melalui aktiviti kunjungan dari rumah ke rumah. Kini duit raya juga boleh diberi kepada anak-anak di sekolah.

Dua keping gambar yang dimuat naik di Instagram milik almynadiaofficial telah meraih perhatian netizen. Gambar berkenaan memaparkan murid satu kelas telah menerima duit raya daripada pasangan selebriti ini iaitu Datuk Fizz Fairuz dan isteri, Datin Almy Nadia.

Menurut Almy, pemberian duit raya itu adalah atas permintaan anaknya yang mahu memberi duit raya kepada kawan-kawannya.

Dia nak bagi duit raya kat kawan-kawan,jadi mama papa tunaikan la… nak bagi kuih kat teacher-teacher dia bagi la… Anak anak.. @fizzfairuzofficial

 

 

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen, memuji sikap Almy dan suami yang tidak berkira untuk memberikan duit raya kepada rakan satu kelas anaknya.

 

Sumber: almynadiaofficial

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club