Sebut sahaja hari raya, antara yang paling gembira tentunya golongan kanak-kanak. Mana tidaknya, kanak-kanak akan mendapat duit raya!
Lazimnya duit raya akan dapat diperolehi melalui aktiviti kunjungan dari rumah ke rumah. Kini duit raya juga boleh diberi kepada anak-anak di sekolah.
Dua keping gambar yang dimuat naik di Instagram milik almynadiaofficial telah meraih perhatian netizen. Gambar berkenaan memaparkan murid satu kelas telah menerima duit raya daripada pasangan selebriti ini iaitu Datuk Fizz Fairuz dan isteri, Datin Almy Nadia.
Menurut Almy, pemberian duit raya itu adalah atas permintaan anaknya yang mahu memberi duit raya kepada kawan-kawannya.
Dia nak bagi duit raya kat kawan-kawan,jadi mama papa tunaikan la… nak bagi kuih kat teacher-teacher dia bagi la… Anak anak.. @fizzfairuzofficial
Manisnya sebuah perkahwinan, jika ia sentiasa disuburi dengan ayat-ayat cinta walaupun anak sudah besar. Hubungan utuh dan saling faham memahami dan bertolak ansur menjadi ikatan kukuh sebuah perkahwinan.
Memang ada pasangan awal-awal usia perkahwinan punyalah romantik, tetapi bila sudah ada anak seorang segalanya hilang. Nikmat rumahtangga andai tidak dibaja akan layu akhirnya. Kita suburkan hubungan suami isteri agar cinta kasih sayang tu, sentiasa bercambah. Ini barulah relationship goal.
1) Kejutan: Siapa yang tak sukakan kejutan. Tak kiralah lelaki atau perempuan tentunya sangat menghargai kejutan daripada pasangan. Tak perlu mahal, sekeping kad dengan ayat romantis pujian melambung bersama sekotak coklat yang dihantar ke tempat kerja suami sudah memadai.
2) Makanan Kegemaran: Sekali sekala masakkan makanan kegemarannya. Kalau tak pandai, inilah masanya belajar daripada mak mertua anda. Mula-mula mungkin tidak sedap, tak kena dengan selera Encik Abang, tetapi lama-kelamaan mesti sedap. Practice makes perfect.
3) Manis Muka & Sambut Di Pintu: Walaupun penat dengan kerja di pejabat, rumahtangga dan anak-anak, carilah masa bersiap berwangi sebelum suami pulang. Siapkan air secawan dalam peti sejuk dan sambut suami dengan senyuman. Salam dan beri ciuman di pipinya kanan dan kiri. Berikan air dan biarkan suami berehat seketika. Bukannya sambut suami dengan leteran panjang. Rimas tau kak kalau asyik membebel.
4) Bersyukur: Bersyukur kalau dapat suami yang rajin membantu di dapur atau menjaga anak. Tetapi selalunya apa yang dibuat suami memang tak sesempurna mana. Lipat baju dahlah senget, tak sama pula tu. Masak lebih minyak, buat air pun tak sedap dan bila pakaikan anak baju selalunya tak matching dengan seluar. Sabar! Layankan je kak. Kalau tak suka, senyap-senyap pergi betulkan. Tak perlu membebel. Untung dah, bila suami hendak membantu kita kan? Kalau nak tegur pun, carilah masa yang sesuai dan tegur dengan cara paling lembut dan manja. Barulah Encik Abang tak jadi marah.
5) Jangan Membantah: Dapat isteri yang kuat melawan memang mencabar ego. Tahulah sama-sama bekerja untuk meningkatkan ekonomi keluarga tetapi dah namanya suami, memanglah kena dihormati. Usah ditambah minyak dalam api yang sedang membara. Seeloknya diam dan cari masa sesuai untuk menerangkan keadaan sebenar atau meminta maaf.
6) Cari Masa Bersama: Tak perlu sampai tinggalkan anak dengan mertua semata-mata untuk bercuti bersama suami. Cukuplah sedikit usikan manja sebelum tidur dan sejurus bangun tidur, gurau senda, berkepit sambil menonton drama TV atau mandi bersama pada hujung minggu. Lupakan sekejap hal anak atau kerja, dan beri tumpuan pada pasangan di depan mata.
Gelagat anak Fizo Omar sering mengundang perhatian netizen. Dengan loghatnya yang bersahaja membuatkan ramai terhibur.
Maryam atau nama sebenarnya Wan Maryam cukup petah berceloteh baik ketika bersama ibunya mahupun ayahnya. Cukup comel dan petah bercakap. Mesra disapa Cikyam, ada sahaja gelagatnya yang membuatkan ramai terhibur.
Terbaru, Fizo Omar memuat naik sepotong video ketika bersama anaknya meraih perhatian ramai.
Daddy ambik gambar Yam sat’
So daddy pun melayan lah ragam anak dara ni.. dia punya posing ni macam mummy dia. Yang part ni 100% ikut mummy dia.. You tengoklah ni anak you @mawar_karim
Sememangnya Cikyam seorang kanak-kanak yang bijak dan suka bergaya. Mungkin kerana dia mewarisi bakat ibunya.
Tidak hairanlah, Fizo sendiri mengakui anak mereka itu ‘copy paste’ bekas isterinya yang gemar berposing.
Bahkan, perkongsian tersebut mengundang perhatian bekas isterinya dan turut memberi komen menerusi status berkenaan.
Gelagat bersahaja dua beranak ini mengundang perhatian warganet.
Untuk rekod, fizo mendirikan rumah tangga bersama Mawar Karim namun jodoh pasangan ini tidak panjang. Mereka mendirikan rumah tangga pada November 2013, sebelum bercerai dengan talak satu pada 10 Julai 2019.
Lebih setahun merehatkan diri, kini pelakon Siti Elizad berkongsi berita bakal menyambung kembali proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata.
Berita tersebut dimuat naik pelakon berusia 38 tahun itu menerusi satu posting video dalam Instagram miliknya sebentar tadi.
Dia mahu melakukan rawatan tersebut di lokasi sama serta membawa harapan yang sama selepas lapan tahun sabar menanti kehadiran zuriat tercinta.
Susahnya nak dapat awak ni 👼🏻
Tempat yg sama , harapan yg sama . Inshaallah soon , journey ke2 . 🤲🏻 Sedang memilih bulan yg sesuai & x busy . Check dinding rahim dulu pagi ni .
Video yang berdurasi 49 saat itu menujukkan Elizad melakukan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) selain berbincang dengan dojtor yang merawatnya bagi mengetahui lebih lanjut akan proses yang bakal dijalani kelak.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respond diterima baik oleh rakan artis mahupun warganet. rata-rata menitipkan doa buat pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu agar proses IVF kelak berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan menimang cahaya mata.