“Satu Impian Untuk Berada Di Atas Ni.” Anak Cemerlang STPM, Ibu Terkejut & Menangis Atas Pentas.

Share

“Satu Impian Untuk Berada Di Atas Ni.” Anak Cemerlang STPM, Ibu Menangis Atas Pentas.

Kejayaan anak dengan cemerlang dalam bidang akademik adalah sesuatu yang amat membanggakan buat ibu bapa.

Setelah diumumkan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) baru-baru ini, ramai yang berkongsi kegembiraan.

Salah satu video yang mengundang sebak adalah perkongsian akaun TikTok  ilyanieaishah918 

apabila ibunya menangis kegembiraan setalah dirinya dianugerahkan pelajar cemerlang STPM di sekolahnya.

Rakaman video yang berdurasi dua minit 51 saat ini, jelas kedengaran tangisan ibu meraikan kegembiraan anaknya.

Bagaikan tidak percaya anaknya mampu menjadi pelajar cemerlang berbanding peperiksaan SPM.

Video berkenaan tidak menjelaskan di mana sekolah berkenaan, namun menunjukkan  pelajar berkenaan mendapat keputusan 3.92.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

voice of ummi, kita simpan sini.. 3.92 jika dibundarkan 4.00😂😂 ini hadiah untuk umi dan papa

AJAK IBU AYAH NAIK ATAS PENTAS

 

Mengenang jasa ibu ayah, kelihatan pelajar berkenaan memohon kebenaran guru untuk menjemput ibu ayah untuk naik ke pentas.

Suasana menjadi lebih sebak apabila ibunya menaiki pentas dengan kata-kata bahawa inilah impiannya.

Malah sambil menangis mengucapkan terima kasih kepada guru-gurunya yang mendidik anaknya.

“Satu impian untuk naik atas pentas ini.”

“Terima kasih banyak bantu anak.” 

 

 

@ilyanieaishah918 voice of ummi, kita simpan sini.. 3.92 jika dibundarkan 4.00😂😂 ini hadiah untuk umi dan papa #fypシ
#stpmstudent #stpm #4rata ♬ original sound – Ilyanieaishah

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club