“Satu Impian Untuk Berada Di Atas Ni.” Anak Cemerlang STPM, Ibu Menangis Atas Pentas.
Kejayaan anak dengan cemerlang dalam bidang akademik adalah sesuatu yang amat membanggakan buat ibu bapa.
Setelah diumumkan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) baru-baru ini, ramai yang berkongsi kegembiraan.
Salah satu video yang mengundang sebak adalah perkongsian akaun TikTok ilyanieaishah918 apabila ibunya menangis kegembiraan setalah dirinya dianugerahkan pelajar cemerlang STPM di sekolahnya.
Rakaman video yang berdurasi dua minit 51 saat ini, jelas kedengaran tangisan ibu meraikan kegembiraan anaknya.
Bagaikan tidak percaya anaknya mampu menjadi pelajar cemerlang berbanding peperiksaan SPM.
Video berkenaan tidak menjelaskan di mana sekolah berkenaan, namun menunjukkan pelajar berkenaan mendapat keputusan 3.92.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
voice of ummi, kita simpan sini.. 3.92 jika dibundarkan 4.00😂😂 ini hadiah untuk umi dan papa
AJAK IBU AYAH NAIK ATAS PENTAS
Ads
Mengenang jasa ibu ayah, kelihatan pelajar berkenaan memohon kebenaran guru untuk menjemput ibu ayah untuk naik ke pentas.
Suasana menjadi lebih sebak apabila ibunya menaiki pentas dengan kata-kata bahawa inilah impiannya.
Malah sambil menangis mengucapkan terima kasih kepada guru-gurunya yang mendidik anaknya.
Memiliki kediaman untuk keluarga itu juga satu rezeki, apatah lagi dapat melakukan ubah suai untuk membesarkan rumah dari masa ke semasa mengikut kesesuaian jumlah keluarga yang bertambah. Tentunya akan memberi lebih keselesaan kepada anak-anak dan keluarga.
Menyentuh tentang kisah renovation rumah, Nik Munazzah berkongsi di akaun fbnya di mana rumah yang dihuni 15 tahun hingga kini melalui beberapa fasa baik pulih tanpa merobohkan rumah asal dan hanya menyambungnya hingga kini menjadi dua tingkat.
Ini perkongsiannya.
Sekadar perkongsian dan inspirasi untuk geng rumah kampung …dibeli dengan harga 24k… walaupun beratap ardex… walaupun tak ada pagar ribu riban.. rumah kampung pun kita boleh buat bagi sedap mata memandang, damai dan selesa… tanpa merobohkan rumah asal.
Saya beli rumah tu pada 2004, dan terus pindah ke rumah itu pada tahun yang sama selepas membuat sedikit renovation sebab rumah tu terlalu kecil.. dan tinggal hingga ke hari ni.. dengan kata lain, saya dah tinggal dirumah itu selama 15 tahun. Ini bukan rumah warisan tetapi adalah rumah pertama saya..
Bermodalkan 45k , rumah ini diubah suai dengan tambahan ruang tamu di depan dan bilik tidur utama di kanan.. rumah lama masih dikekalkan diruangan tengah sebagai ruang makan.. menjadikan rumah ini 3 bilik tidur 2 bilik air..
Besarkan rumah untuk keselesaan
Selepas 14 tahun, bagi memenuhi keperluan anak-anak yang semakin membesar, kami membesarkan ruangan dapur dan menambah 2 bilik lagi menjadikannya 5 bilik tidur 4 bilik air tanpa mengusik rumah asal.
Atap zink warna kelabu di pasang bagi memberi keseragaman dengan bumbung ardex rumah lama… dan sekali gus menjimatkan kos.
Saya mengekalkan rumah asal lain tidak bukan sebabnya untuk meminimakan kos..Dulu saya memang mengimpikan untuk membeli rumah kecil atas tanah lot dan mengubahsuai mengikut citarasa dan kemampuan saya secara berperingkat. Maklumlah dengan pendapatan sederhana mana mungkin saya mampu dan layak membeli rumah idaman.. jadi dengan cara ini sahaja saya mampu memenuhi impian saya.
Rezeki tak pernah salah alamat. Tular di media sosial seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai adik Arman diperlekehkan oleh netizen gara-gara tidak memakai kasut sukan original daripada salah satu jenama terkenal.
Difahamkan kasut sukan tersebut adalah pemberian hadiah daripada ibu adik Arman yang dikatakan tidak mampu untuk membelikan kasut original buat anaknya. Pun begitu anak kecil ini amat menghargai pemberian ibunya.
Dek keprihatinan itu, stesen radio terkenal, Era FM menghadiahkan kasut sukan baharu buat adik Arman yang telah berjaya menarik perhatian warganet.
Arman dan keluarga terlebih dahulu di bawa ke konti radio dan ditemubual bersama ibunya.
“Saya rasa macam sedih sebab itu hadiah dari mak.
“Saya rasa macam sebak, walaupun copy original tapi ibu beli bukan murah,” kata adik Arman berkongsi ketika di konti radio.
Menerusi temubual itu, akui ibunya, anak kecilnya itu kelihatan murung selepas membaca komen-komen yang tidak sepatutnya ditinggalkan diruangan komen.
“Waktu dia baca tu, dia terus jadi murung dan terus tidur.
“Saya beli online campur postage tak sampai RM80,” katanya berkongsi.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Era.je di laman Instagram, penyampai radio Nabil Ahmad, Azad dan Radin Amir telah membawa adik Arman dan sekeluarga di sebuah kedai kasut.
Tidak hanya Arman bahkan adik dan abangnya serta kedua ibu bapanya juga turut dibelikan kasut baru. Memang rezeki.
Rata-rata wargamaya memuji Tindakan anak kecil ini malah amat berterima kasih atas keprihatinan stesen radio berkenaan yang prihatin.
Naluri seorang ibu tidak pernah silap. Lebih-lebih lagi perkara yang membabitkan anaknya.
Ibu seakan dapat merasa apa yang diinginkan oleh anak dari kecil hinggalah dewasa, hanya ibu akan memahami anaknya.
Baru-baru ini, seorang ibu bernama Nurul Labis telah berkongsi pengalaman melahirkan anak kedua di Hospital Melaka pada September 2022.
Menurutnya, anaknya itu telah disahkan mengalami Hipoglisemia sehari selepas dilahirkan dan ianya kekal hingga ke hari ini.
“Anak saya songsang jadi doktor bagi tarikh awal dan terpaksa lahirkan dia secara pembedahan sebab berat waktu tu dah 3.9 kilogram pada usia 37 minggu.
“Selepas lahirkan Ahnaf dan kesan bius hilang, saya diminta untuk memberikan susu badan tetapi diuji pula dengan payudara bengkak dan tidak keluar susu badan.
“Anak dah nangis waktu itu sebab lapar. Sebagai ibu saya tak putus asa, cuba juga tapi memang tak keluar susu,” katanya.
Nurul yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu meluahkan rasa sedih dan kesal apabila mendakwa dia dilayan secara kasar oleh jururawat ketika dia meminta anaknya diberikan susu formula.
Menurut Nurul, dia bertambah sedih kerana Ahnaf ketika itu tidak berhenti menangis dan akhirnya tidur dalam kelaparan apabila seharian tidak diberikan susu.
Lebih membuatkan Nurul terkejut apabila keesokan harinya doktor memaklumkan keadaan Ahnaf yang menggigil disebabkan dia mengalami Hipoglisemia.
Nurse marah saya dan minta saya tengok pampers atau periksa takut anak kembung perut. Tetapi saya sebagai ibu, saya tahu anak sedang lapar. Rasa macam mengemis pula.
“Sepanjang malam anak berada dengan saya tapi tak boleh minum susu. Dia akan diam kalau penat menangis dan akhirnya tidur dalam keadaan berlapar.
“Esoknya, bila doktor datang periksa, dia cakap anak saya menggigil. Saya ingatkan itu normal dan beritahu doktor yang saya dah minta susu formula daripada jururawat tapi kena marah dan dia berulang kali minta maaf kepada saya,” katanya.
Kesan Hipoglisemia, anaknya terpaksa ditahan di wad penjagaan bayi untuk dipantau paras gula dan dalam masa sama denyutan jantungnya juga bermasalah kerana lahir pramatang.
Malah, katanya, sehingga kini Ahnaf masih mengalami masalah tersebut walaupun sudah berusia empat bulan.
“Seminggu anak saya kena tahan di wad sebab masalah ini. Saya dah pulang ke rumah dan terpaksa ulang alik setiap hari ke hospital untuk datang melawatnya.
“Masih ada kesan tu sampai sekarang cuma tidak teruk. Bila lambat bagi susu dia jadi gelisah dan gelengkan kepala kiri dan kanan. Badan dia pun akan menggigil,” katanya.
Nurul turut berpesan kepada ibu yang kurang berpengalaman untuk mengambil kisahnya sebagai pengajaran supaya ia tidak berlaku kepada anak mereka.
Tambahnya, Hipoglisme tidak boleh dipandang ringan terutamanya kepada bayi yang baru lahir kerana ia mengundang risiko kesihatan dan mengancam nyawa.
“Memang susu ibu terbaik. Tetapi kalau macam kes saya ni nasi pun dah jadi bubur. Jadi sediakan susu formula kalau payudara bengkak dan tak boleh keluarkan susu sebab nyawa anak lagi penting.
“Ibu di luar sana boleh tuam pada bahagian payudara supaya bengkak mudah surut sebab susu ibu memang bagus untuk rangsangan bayi. InsyaAllah susu akan keluar,” katanya.
Rata-rata netizen meninggalkan komen meluahkan rasa simpati dan berpandangan susu formula perlu diberikan jika keadaan mendesak dan membahayakan bayi.
Memang kebanyakan hospital sekarang ini menggalakkan ibu memberikan susu badan namun doktor atau jururawat haruslah sedar jika ada situasi seperti ini, penggunaan susu formula sangat penting.
Antara simptom yang disebabkan oleh Hipoglisemia adalah jantung rasa berdebar, kepenatan, rasa menggigil, kulit menjadi pucat dan boleh mengakibatkan sawan.
Kolam takungan Taman Seri Alam pecah lagi, limpahan air masuk dalam rumah. Penduduk di Taman Seri Alam, Saujana Utama sekali lagi dikejutkan dengan kejadian kolam takungan pecah yang berlaku untuk kali ketiga pada awal pagi Rabu.