
Kisah adik Rayan yang terjatuh ke Dalam perigi dengan kedalaman 32 meter mengundang perhatian seluruh dunia.
Dalam usaha pihak penyelamat membawa keluar anak kecil ini, namun ternyata Allah lebih sayangkannya.
Seluruh dunia termasuklah rakyat Malaysia yang bersimpati dengan perkara tersebut tidak putus-putus menzahirkan rasa sayu atas kematian kanak-kanak comel tersebut.
Malah Laman Twitter rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut memuat naik ucapan takziah buat keluarga Rayyan, sekitar 7.54 pagi Ahad.
“Seluruh dunia bersedih. Adik Rayan disahkan meninggal dunia oleh kerajaan Maghribi.
“Salam takziah buat ibu ayah dan keluarga arwah. Berehatlah adik Rayan di syurga sana. Al-Fatihah,” tulis pengendali Twitter rasmi Jakim.
“Jangan bimbang tentang dia. Allah telah pilih Rayan untuk ke syurga. Dia kini anak yang paling gembira di dunia. Jangan sedih ibu, Allah pilih dia antara yang terbaik berbanding kita. Jangan bersedih, anakmu akan bertemu denganmu di syurga, innsyaAllah. “
Tak boleh nak jelaskan perasaan bila lihat wajah sang ibu. Tenang di sana Rayan Awram. Innalillahiwainailahirajiun😢
Terdahulu, Istana Diraja Maghribi mengesahkan berita kematian kanak-kanak tersebut.
Hasil pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan pada paru-paru dan tulang belakang.
Rayan terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa.
Sumber: Twitter @husseinMe95 & mStar
Hanya Klik-klik Je Dah Boleh Simpan Duit Raya Anak Di Tabung Haji. Cukup Mudah!

Pejam celik pejam celik rupanya hari ni sudah raya ke-8, dan sepanjang lapan hari ini jugalah anak-anak kita telah mengumpul duit raya.
Pastinya bukan sedikit jumlahnya dan harus segera disimpan di dalam bank agar tidak habis dibelanjakan begitu sahaja.
Ada macam-macam cara mudah untuk menyimpan duit tersebut. Ikuti perkongsian Aya Chalo ini melalui akauan fbnya tentang cara mudah simpan duit di dalam akauan Tabung Haji.
Macam kak dulu bertahun2 kak peram duit raya anak tu sbb liat ke bank, malar bz kannnn… ??
Rugi juga simpan di rumah sbb duit tu tidak boleh beranak berbanding masukkan dlm Tabung Haji. Masuk TH tahun-tahun dapat dividen.
Lagi rugi kalau mak bapa terguna pula duit raya anak tu kannn ??. Jgn macam tu mak mak, jom kita menyimpan utk masa depan anak2.
So, hari ni kak mahu kongsikan 1 tips cara mudah simpan duit anak ke Akaun Tabung Haji memasing melalui perbankan atas talian maybank2u.
Lepas ni tidak perlu berbaris, tidak perlu keluar rumah dan hanya berurusan secara online untuk masukkan duit, keluarkan duit dan check baki akaun.
So ini step-step kena buat sebelum kita boleh just klik-klik. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian katanya.
Follow setiap step ya.
?Step 1: Ibu/Bapa WAJIB ada akaun Tabung Haji dan WAJIB daftar terlebih dahulu di ATM Maybank.
?Step 2: Selepas ibu/bapa daftar di Maybank, barulah boleh daftarkan akaun anak-anak pula. Ini pun buat melalui ATM Maybank.
?Step 3: Selepas daftar, bolehlah TRANSFER duit raya anak2 melalui website maybank2u (atau kalau rajin ke ATM pun boleh) ke dalam akaun TH memasing.
Mudah kan?
Inilah cara mudah kak buat bertahun-tahun setelah insoffff memeram duit raya anak.
Info : Bagi yang belum buka Akaun Tabung Haji, anda boleh buka akaun TH di TH, Bank Islam dan Bank Rakyat. Bawa dokumen Mykad ibu/bapa/penjaga (ibu bapa tiri bawa sijil nikah), bawa Mykid dan Sijil Kelahiran anak.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Aya Chalo
“Alahai Mini Tokti. Sejak Nak Jadi Kakak Ni Makin Cantik.” Pandu ‘Kereta Mewah’ , Reaksi Comel Aafiyah Jadi Perhatian!

Kalau dah namanya anak selebriti, ke mana sahaja kaki melangkah , apa yang dipakai semuanya menjadi perhatian.
Apalagi kalau bergelar anak kepada penyanyi nombor satu negara. Penangan bergelar anak Tokti, tempias glamour turut dirasai Siti Aafiyah Khalid, puteri dan anak sulung kepada pasangan sejoli Dato Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Terbaru, pasangan ini meraikan majlis hari lahir Aafiyah kali ketiga dalam satu majlis yang berlangsung mengikut SOP tapi tetap meriah.
Majlis yang berlangsung sehari lebih awal itu diraikan bersama dengan pelancaran produk minuman kesihatan Beaukids kolaborai Beausiti X WonderLab serta majlis pelancaran single lagu kanak-kanak terbaharu, Medley Klasik Siti 1.
Di dalam majlis tersebut, Aafiyah tampil manis dalam persalinan gaun merah jambu sambil memandu sendiri kereta ferrari memasuki ruang dewan berkenaan sambil disambut oleh tetamu dan juga ahli keluarga.
Kelihatan tulisan ‘Aafiyah 19’ tertera pada kenderaan tersebut simbolik kepada tarikh lahir puteri keayangan Datok K dan Siti Nurhaliza.
Turut hadir meraikan majlis berkenaan, Asyraf Khalid bersama isteri dan anak, Izara Aisyah Bersama suami dan anak serta ahli keluarga Siti Nurhaliza.
Dalam pada itu, Siti yang kini memasuki bulan kelapan kehamilan berharap proses kelahiran anak keduanya berjalan dengan lancar pada bulan depan.
“Alhamdulillah saya sihat, anak dalam kandungan juga sihat. Doakan proses bersalin berjalan dengan mudah.
“Saya akan berpantang dan berharap pandemik akan segera selesai agar dapat bekerja seperti biasa selepas ini,” ujar Siti lagi.
Dalam pada itu, rata-rata memuji kecomelan puteri sulung Siti Nurhaliza dan Datuk K ini. Tak kurang yang menggelar si kecil ini sebagai ‘mini Tokti’.

Sumber: ctdk
Ibu bapa Yang Nak Anak Genius, Soleh & Solehah Boleh Cuba 10 Petua Ini

Apabila bergelar ibu bapa, tentu kita mahu melihat anak berjaya, genius dan soleh dan solehah. Itu semua adalah impian buat semua ibu bapa. Sememangnya anak-anak adalah harta berharga untuk kita di akhirat.
Apabila tibanya saat kematian, segala pahala dari amalan kita terputus dan anak-anaklah yang diharap dapat menyambung pahala dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah.
Justeru, apakah sepatutnya yang ibu bapa lakukan? Perkongsian Pendidik Ilmu Keibu bapaan, Dr Taufiq Razif boleh menjadi garis panduan untuk kita muhasabah diri dan mendidik anak mengikut cara Islam.
- Pilih pasangan yang solehah
Islam telah memberi garis panduan dalam mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW telah memberi panduan untuk mencari pasangan yang baik kepada lelaki yang baik iaitu dipilih atas dasar kecantikan, harta, keturunan dan agama.
- Jaga makanan
Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis diriwayatkan Muslim bersabda yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu”.
Sebagai ibu dan bapa hendaklah mengambil berat terhadap pemakanan anak-anak serta ahli keluarga yang lain. Pastikan makanan yang diberi bersih dan halal daripada sumber rezeki yang halal juga. Sesungguhnya memberi anak makanan yang halal memberi kesan kepada anak seperti cemerlang pelajaran, alim dan anak yang sholeh.
- Mindset perlu jelas .
Mempunyai anak yang soleh sudah sememangnya menjadi idaman kita semua. Sebelum lahir dah kena ada target spesifik untuk masa depan anak nanti. Jadi, baca info-info bagaimana mendidik anak menjadi soleh dan solehah serta genius. Didikan awal akan memberikan kesan kepada pembentukkan akhlak anak.
- Jaga adab semasa hamil
Terdapat pelbagai amalan-amalan postif semasa ibu hamil seperti doa, pemakanan dan petua untuk melengkapi keperluan si manja di dalam kandungan. Antara memperbanyakkan membaca Al-Quran. Ini kerana amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada baby dalam kandungan. Juga jaga percakapan walaupun anak masih di dalam kandungan kerana anak boleh mendengar walaupun dalam rahim lagi.
- Ubah sikap
Bila anak dah lahir, ubah perangai buruk yang lama kerana anak adalah peniru terhebat sikap ibu bapanya. Ia adalah salah satu cara mereka belajar. Tapi, ada juga perkara yang tak sepatutnya ditiru. Oleh itu, ibu bapa menjadi contoh tauladan terbaik buat anak dari segi solat, akhlak, membaca Al-Quran, percakapan dan melakukan aktiviti yang bermanfaat setiap hari bersama anak seperti membaca buku dan melukis.
Elak makan bergula tinggi dan makanan segera
Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast food dan junk food. Makanan sebegini boleh menyebabkan menganggu kepintaran anak.
- Kawal emosi
Anak-anak ini pelbagai ragam. Sebagai ibu bapa, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk mengatasi kanak-kanak sebegini. Ibu bapa, perlu kawal emosi bila berhadapan dengan karenah anak kerana anak bukannya beban tapi anak adalah ujian yang mendatangkan pahala jika betul cara mengendalikannya.
- Amalan membaca Al-Quran
Setiap ibu bapa tentu punya impian anak-anaknya gemar membaca Al-Qur’an. Jadikan ia budaya di rumah sendiri. Amalkan membaca Al Quran setiap hari walau sekadar sebaris ayat. Amalan membaca al Quran hendaklah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Kerap membaca Al-Quran didepan anak. Walaupun anak buat macam tak kisah tapi sebenarnya mereka simpan memori tu dalam otak mereka.
- Makanan berkhasiat
Semua ibu bapa inginkan anak yang cerdas dan bijak. Setiap yang kita ajar, mudah sahaja mereka faham dan praktik Pemakanan sihat dan berkahsiat bermaksud mengambil hidangan seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan utama untuk perkembangan otak yang optimum.
- Pujian buat anak
Banyakkan pujian penghargaan pada anak. Itu juga salah satu bentuk doa apabila anda mengeluarkan kata-kata yang postif buat dirinya. Memberi penghargaan seperti pujian, pelukan, dan ciuman akan memberikan kebanggaan kepada anak. Apabila hendak memberi pujian pada anak, pilihlah kata-kata yang sederhana, jelas dan spesifik.
- Doa khusus
Mendidik anak supaya menjadi seseorang yang lebih baik akan menjadi lebih sempurna apabila disertai dengan doa khusus buat dirinya. Selepas solat lakukan doa khusus untuk anak kita tiap-tiap hari. Lagi berkesan kalau doa sambil sebut nama penuh anak kita, di depan mereka. Biar mereka mendengar nama mereka disebut di dalam doa anda.