Setiap orang mengimpikan hubungan yang berkekalan bersama pasangan hingga ke Syurga. Namun, siapalah kita nak menidakkan takdir jika hubungan yang dibina rupanya terputus di tengah jalan.
Bila putusnya hubungan suami isteri, maka berpecahlah juga hubungan kekeluargaan yang dibina bagi kedua-dua pihak. Tetapi tidak bagi individu ini dikurniakan ibu mentua yang baik dan menerimanya seadanya meskipun sudah berpisah hubungan dengan suami.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh individu tersebut di akaun Tiktoknya yang dikenali sebagai Sha pernah diuji rumah tangga yang dibina dengan bekas suami tidak bertahan lama.
Meskipun gelaran isterinya sudah lenyap, namun tetap disayangi sebagai menantu. Paling menyentuh hati, dia bahkan turut ditemani oleh ibu mentua semasa hadir ke mahkamah syariah bagi selesaikan urusan perpisahan.
Walaupun jodoh dengan bekas suami terhenti setakat di situ saja, namun jalinan hubungan antara Sha dengan keluarga mentuanya tetap akrab. Bukan setakat terus bercuti di Genting Highlands untuk pulihkan kembali semangatnya, malah sehingga kini dia sering diajak untuk pergi berjalan serta raikan perayaan bersama-sama.
@shashushen Hargai yang bersama kita, ketika kita diuji. Terima kasih, masih ada bersama sehingga kini.💖 Kita seMua diuji mengikut kemampuan hambaNya. percaya lah. 🥰 Semoga yang diuji, dipermudahkan segala urusan🌹❤️ #fyp #fypシ #foryoupage #mertuakirimansyurga #CapCut ♬ original sound – Doc70r
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terinspirasi dengan ikatan silaturahim antara mentua dan menantu yang tak pernah terlerai khususnya demi anak-anak kecil. Bukan setakat susah ingin jumpa keluarga yang sangat baik dan penyayang seperti ini, mereka turut akui kisah Sha seakan hampir sama dengan artis Puteri Sarah Liyana.
Sumber : @shashushen
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini