Sate Menu Special Raya & Nak Buatnya Ikutkan Je Resipi Yang Dikongsikan Peniaga Ni!
Mungkin ketika ini sudah ada antara kita terfikir-fikir menu apa yang ingin dimasak di Hari Raya nanti. Ini tujuannya lain tidak bukan untuk mudahkan kita siap-siapkan bahan terlebih dahulu agar proses memasak di pagi Raya berjalan lancar.
Dalam banyak-banyak menu istimewa yang disenaraikan, mungkin sate menjadi pilihan utama. Jadi ayuh realisasikan dengan menyediakannya sendiri. Bab resipi usah gusar, ikut sahaja resipi yang dikongsikan oleh Aisyah Md Nor yang juga merupakan peniaga sate. Bukan resipi sate je, tapi siap dengan pakej resipi kuah kacang.
Bahan-bahan:
Isi dada@peha ayam 10kg
Gula 3 kilo
Garam 5 sudu jangan membukit ngam2 saja
Aji 2 sudu
Kunyit babas 125g
Bahan-bahan diblend:
Jintan manis biji 20 sudu
Jintan putih biji 10 sudu
Serbuk ketumbar babas 10 sudu
Serai 10 batang
Lengkuas agak-agak 2 ibu jari
Halia agak-agak 2 ibu jari
Bawang putih 1 labu
Bawang besar 2 biji
Cara-caranya:
1.Potong dadu isi ayam, kulit ayam celur sekejap potong kecik agak-agak boleh cucuk.
2. Masuk semua bahan-bahan di atas gaul rata.
3.Perap sehingga 2 3 jam.
4. Kemudian boleh lah cucuk bakar.
Bahan renjis masa bakar
2 sudu susu pekat manis@santan, air perap satay, air masak sikit, minyak masak campur buat untuk renjis, bau harum semerbak masa bakar nanti
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Untuk kuah kacang
Bahan-bahan:
Kacang tanah 3kg
Minyak masak 1kg
Cili kering
Gula 1 kg
Garam
Air perapan satay 5 cawan
Bahan tumis sama macam bahan bland tadi sukatan separuh dari tadi
Cara-cara buat kuah kacang
1.Tuang minyak dalam kuali terus letak kacang bila minyak panas kacang pun masak jangan sampai hitam nanti lemak kacang hilang, goreng cabai kering angkat bila sejuk boleh lah tumbuk atau blend(saya blend dengan air).
2.Tumis bahan blend(serai lengkus bawang putih/merah halia jintan manis/putih ketmbar) dalam kuali dengan minyak sampai pecah minyak, kemudian tuangkan bahan tumis dalam kacang dengan cabai yang di blend tadi perasakan dengan gula garam. Kalau suka aji bubuh lah sikit dan kalau tak suka manis boleh kurang kan gula ikut cita rasa sendiri.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club