Sate Goreng Versi Jawa, Rasanya Memang Sedap. Buat Pun Mudah Tak Perlu Nak Bakar!

Share

Selalunya kalau kita hendak buat sate, nak tak nak mesti kita kena bakar. Tapi tahukah anda sate jika digoreng juga mempunyai keenakan rasanya yang tersendiri.

Andai kata anda sekeluarga belum pernah mencuba rasa, memang kena cuba resipi yang dikongsikan ini. Mudah, sedap dan membuka selera.

Sama enaknya seperti sate yang diba Tak perlu la nak repeat asyik masak daging resepi yang sama sahaja. Jadi jom cuba!

Resipi Sate Goreng Versi Masakan Jawa

Bahan-bahan:
1kg daging
5 sudu gula
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam
Ajinomoto

Bahan untuk dikisar:
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 inci lengkuas
3 inci halia
2 batang serai
1 genggam biji ketumbar
1 genggam jintan putih

Cara-cara penyediaannya:
1. Potong kecil daging dan basuh sehingga bersih. Toskan.

2. Perap daging dengan gula, biar gula tersebut meresap ke dalam daging anggaran 10-15 minit.

3. Satukan bahan-bahan kisar dan kisar halus. Masa kisar, jangan letak terlalu banyak air.

4. Lumurkan bahan kisar bersama daging dan ratakan.

5. Tambahkan garam, pati ayam dan ajinomoto jika perlu dan sebatikan.

6. Hasil setelah digaul sebati. Boleh rasa di hujung lidah untuk tahu mana terkurang rasa manis ke masin. Perap semalaman. Jika tidak berani cuba rasa ketika masih mentah, boleh juga cuba bila daging sudah separuh masak nanti.

7. Setelah perap semalaman, masak perapan daging dalam kuali. Tak perlu guna minyak sebab daging tersebutkan keluar minyak secara semulajadi.

8. Masak daging hingga kering dan empuk. Bila sudah sempurna, angkat dan sedia untuk dinikmati.

Nota: Daging perlu diperap lama supaya rasanya sebati dan daging cepat empuk apabila dimasak.

Selamat mencuba!

Sumber: Wana Zainal via myresepi

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club