Sari Yanti Teruja Bila Anak Dah Mula Bertatih. Sweet Mama!

Share

Apabila bergelar ibu, pastinya gelagat anak akan menjadi momen indah untuk kenangan.

Begitu juga dengan pelakon, Sari Yanti begitu teruja apabila cahaya matanya, Dariya Inara mula bertatih.

Berkongsi kegembiraan, pelakon ini muat naik di Instagram, dengan paparkan video pendek yang merakamkan anak perempuannya itu berjalan tanpa dibantu.

Akhirnya… mau pun dia jalan takyah pegang, dah nak masuk setahun 3 bulan dah dia @dariyainaraofficial,” tulis Sari Yanti.

Dalam pada itu, netizen memberikan pelbagai reaksi serta pengalaman dalam membesarkan anak.

Untuk rekod, Sari Yanti dan suaminya, Jep mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dariya Inara pada 25 April tahun lalu.

Terdahulu, melalui perkahwinan pertamannya, Sari  Yanti dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Sumber: Sari Yanti