
Apabila bergelar ibu, pastinya gelagat anak akan menjadi momen indah untuk kenangan.
Begitu juga dengan pelakon, Sari Yanti begitu teruja apabila cahaya matanya, Dariya Inara mula bertatih.
Berkongsi kegembiraan, pelakon ini muat naik di Instagram, dengan paparkan video pendek yang merakamkan anak perempuannya itu berjalan tanpa dibantu.
“Akhirnya… mau pun dia jalan takyah pegang, dah nak masuk setahun 3 bulan dah dia @dariyainaraofficial,” tulis Sari Yanti.
Dalam pada itu, netizen memberikan pelbagai reaksi serta pengalaman dalam membesarkan anak.
Untuk rekod, Sari Yanti dan suaminya, Jep mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dariya Inara pada 25 April tahun lalu.
Terdahulu, melalui perkahwinan pertamannya, Sari Yanti dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Sumber: Sari Yanti
Raja llya Rancang Bersalin Dalam Air, Peminat Titip Doa.

Muat naik terkini pelakon kesayangan ramai, pelakon Raja Ilya menarik perhatian ramai peminat aktres ini di media sosialnya. Raja Ilya memuatnaik foto dan video mengenai bersalin dalam air berserta kapsyen mengenai kesedaran mengenai bersalin dengan mengunakan kaedah natural.
Raja Ilya, yang hamil bayi perempuan dan dijangka bersalin pada Julai depan memilih kaedah melahirkan bayi dalam air di Perth, Australia.
Raja Ilya, 37, atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad ini memberi corentan mengenai manfaat dan pengalaman ahli keluarga suaminya yang menggunakan kaedah berkenaan.
“Rupanya ramai Tak tau tentang Kaedah water birth , dorang ingat kan water birth ni sebab bunyi English so ini cara Mat Salleh.”
Aiyoo Tak cik Abang & Akak oi … di sebab kan kita ni dah di manjakan sangat dengan technology , sebab tu kita Tak tau wujudnya semua ni .. bukan saja water birth , even home birth .. Zaman2 dulu mana ada hospital sebelah Rumah , epidural laa apa la.. kau salin mana kau sempat, orang Kat perdalaman semua mana ada facility semua tu .
Now semua nak admit MASUK Hospital swasta untuk beranak lagi ada laa..
End of the day , it’s a choice ( Tak ada orang paksa , hidup masing2 pilihan masing2 )
CUBA SELAGI MAMPU
Katanya lagi, dia akan mencuba melakukan proses bersalin secara natural selagi mampu. Malah turut berkongsi bahawa saudara sebelah suaminya juga melakukan perkara yang sama.
Bagi ilya Selagi kita mampu dan Boleh buat secara natural kita buat , epidural tu pun sejenis drugs juga and kalau salah cucuk mampus lumpuh seumur hidup .. it’s not that straight Forward..
Family adik ipar ilya semuanya Home birth pakai bidan , padahal dorang Mat saleh kot .. sebab tu bila baca COMMENT COMMENT macam orang Tak bertamadun , Tak habis sekolah rasa nak share pasal ni ..
Mana korang nak tau semua benda ni kalau 24 jam main phone..
Terdapat beberapa kelebihan water birth ni.
Macam ni Contoh nya ;-
Wanita yang bersalin dalam air melaporkan berasa lebih terkawal, dengan kontraksi yang kurang menyakitkan. Mereka kurang berkemungkinan memerlukan epidural untuk pengurusan kesakitan atau ubat-ubatan untuk mempercepatkan kelahiran mereka. Nampaknya juga peringkat pertama bersalin mungkin berjalan lebih cepat.
End of the day , kita cuma merancang … semuanya dia tanganNya ..
PEMINAT TITIP DOA
Melihat perkongsian dan kapsyen mengenai perancanganya itu, ramai peminatnya menitipkan doa dan ada juga yang berkongsi pengalaman.
Sumber: rajailya
Bahaya Darah Tinggi Ketika Hamil, Ramai Wanita Tak Ambil Kisah, Dengar Apa Kata Doktor Ini!

Selepas disahkan mengandung, kebanyakkan wanita sentiasa memperkatakan mengenai ketakutan untuk melalui proses bersalin. Tak ramai yang membincangkan mengenai proses kehamilan yang membimbangkan.
Sedangkan mereka terpaksa melaluinya pada tempoh waktu yang lama iaitu selama sembilan bulan. Bukankah ini lebih merisaukan?
Menurut Doktor Norintan Zainal Shah daripada Hospital Colombia Asia, dianggarkan lebih 8 peratus wanita hamil mengalami masalah penyakit darah tinggi ketika bersalin. Dan lebih bertambah buruk lagi, jika tekanan darah tidak dikawal, boleh menyebabkan masalah sawan.
Sawan inilah yang kita namakan sebagai eklampsia. Wanita yang mengandungkan anak pertama lebih berisiko untuk mengalaminya.
“Tak ramai wanita hamil terfikir untuk berbincang mengenai masalah darah tinggi ketika mereka hamil sedangkan hakikatnya mereka sangat cenderung untuk mengalami masalah ini. Lebih buruk lagi masalah yang dianggap biasa ini boleh mengundang risiko paling berbahaya, hingga menggadaikan nyawa.
“Eklampsia merupakan masalah yang sangat serius. Ia berlaku selepas usia kehamilan mencecah 20 minggu. Sawan yang dinamakan sebagai eklampsia ini merupakan kekejangan otot diluar kawalan dan tanpa disedari oleh pesakit. Sawan yang dikenali sebagai ‘kejang tonik-klonik’ ini, jika tidak dikawal dengan segera, pesakit boleh berisiko untuk mengalami koma.
Sebelum berlakunya eklampsia, pesakit selalunya mengalami pre eklampsia. Pre-eklampsia adalah keadaan di mana tekanan darah seseorang wanita hamil didapati meningkat dengan tinggi dan air kencingnya juga mengandungi protein.
Kedua-dua masalah ini tidak harus dipandang ringan kerana wanita hamil yang mengalami masalah ini perlu dirujuk sesegera mungkin ke hospital, bagi menstabilkan tekanan darahnya. Apabila pesakit menjadi stabil, doktor kemudiannya akan berbincang untuk melakukan proses melahirkan bayi pesakit pre – eklampsia ini walaupun bayi belum mencapai tempoh matang.”
Menurut Doktor Norintan, wanita yang menghidap penyakit darah tinggi sebelum hamil dinasihatkan untuk menstabilkan tekanan darah mereka terlebih dahulu dengan kawalan ubat dan pemakanan yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk hamil.
Mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi sebelum hamil lebih berisiko untuk mengalami pre eklampsia dan eklampsia.
Faktor-Faktor Eklampsia
Bagi wanita yang mengalami tekanan darah tinggi sewaktu hamil ( usia kehamilan 20 miggu ke atas) tetapi ujian air kencing adalah normal ( tanpa kehadiran protin), golongan ini lebih dikenali sebagai ‘pregnancy induced hypertension’ atau ringkasnya PIH.
Pesakit PIH selalunya boleh mengawal tekanan darah tinggi dengan memakan ubat dan boleh menunggu hingga bayi matang sebelum bayi tersebut dilahirkan.
Faktor-faktor terjadinya PIH, pre-eklampsia dan juga eklampsia dilihat masih samar dan masih belum diketahui punca sepenuhnya terjadi masalah ini. Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tekanan darah akan mula menurun dan kembali ke tahap normal.
Daripada sinilah timbulnya teori bahawa bayi dan uri di dalam pesakit PIH dan pre eklampsia menghasilkan bahan toksin yang mencetus kenaikan tekanan darah tinggi. Setelah kelahiran bayi dan uri, serta keluarnya bahan toksin, tekanan darah secara automatik akan kembali stabil.

“Tanda-tanda para ibu hamil yang mengalami pre-eklampsia ini di antaranya adalah kenaikan tekanan darah, berat badan naik mendadak, pengeluaran protein dalam air kencing, bengkak di kaki dan wajah, gangguan atau penglihatan sedikit kabur, pandangan silau dan juga masalah sakit kepala seperti pening, mual, muntah dan juga sakit ulu hati.
Kebiasaannya gejala dan tanda ini muncul pada kehamilan trimester kedua. Jika mengalami masalah ini, wanita hamil dinasihatkan untuk segera ke klinik dan mendapatkan bacaan tekanan darah atau terus merujuk masalah ini kepada hospital.”
Kesan Eklampsia
- Menjadi koma atau maut akibat pendarahan dalam otak.
- Setelah sedar dari koma, berkemungkinan buta atau lemah anggota seperti pesakit angin ahmar.
- Bayi dalam kandungan menjadi kecil dari segi perkembangannnya.
- Berlaku pendarahan dalam uri (Abruptio placenta)
- Bayi terpaksa dilahirkan pra-matang bagi menyelamatkan nyawa ibu.
Ibu hamil dinasihatkan sentiasa mengambil ubat-ubatan pada kadar yang disyorkan dan teratur seperti yang disyorkan oleh doktor untuk mengawal tekanan darah ini. Walaupun setelah melahirkan anak, bacaan tekanan darah juga hendaklah sentiasa dipantau kerana eklampsia masih boleh berlaku di dalam tempoh berpantang.
“Maafkan Umi Tak Sedar Kehadiran Awak.’ Tidak Sedar Sedang Hamil, Ardell Aryana Dedah Usia Kandungan Sudah 4 Bulan!

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mendamkan kehadiran si kecil dalam rumah tangga mereka. Apabila si isteri disahkan mengandung, pasti momen itu adalah paling indah buat mereka.
Alahan, mengidam dan sebagainya dilalui pada saat ini. Namun ada juga yang tidak mengalami sebarang masalah. Demikianlah yang dialami oleh pelakon Ardell Aryana.
Empunya diri tidak menyedari dia sedang berbadan dua sehinggalah disahkan hamil baru-baru ini. Lebih mengejutkan, kandungannya itu sebenarnya sudah mencecah empat bulan.
Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, memuat naik berita tersebut menerusi perkongsiannya di Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, rezeki tanpa saya sedar esok genap empat bulan usia ini dalam perut umi. Maafkan Umi tak sedar kehadiran awak.
“Tiba-tiba awak dah boleh gerak tendang-tendang je. Masya-Allah,” kongsinya.
Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu turut berkongsi rakaman video ujian imbasan ultra bunyi yang dilakukannya.
View this post on InstagramA post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on
View this post on InstagramA post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on
suami Ardell yang juga pelakon Nadzmi Adhwa sebelum itu turut berkongsi berita gembira mengenai kehamilan isterinya pada minggu lalu.
View this post on InstagramA post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on