Siti Sarah semalam selamat melahirkan bayi lelaki pramatang secara pembedahan petang. Dalam perkongsian terbaru, Shuib Sepahtu berkata mereka sepakat memilih nama Ayash Affan untuk cahaya mata keempat itu.
“Alhamdulillah sedikit perkembangan terkini untuk Ayash Affan. Dr Faiz dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagitahu, pagi ini dia dah buka mata, kaki dah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan baby stabil.
“Sarah yang nak sangat beri nama Ayash Affan. Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh. Doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini,” katanya.
Dalam masa sama, Shuib juga memanjatkan rasa syukur atas perkembangan tersebut dan mengucapkan terima kasih untuk doa-doa yang dikirimkan orang ramai kepada isteri dan anaknya.
“Ya ALLAH syukur. Ini juga berkat doa anda semua yang tak henti-henti mendoakan kesihatan Ayash.
“Saya balikkan doa-doa kalian. Semoga anda juga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik dan terhindar dari segala kemudaratan. Insya-ALLAH,” katanya.
Mengakui dia hampir hilang pertimbangan di atas apa yang berlaku, bagaimanapun, Shuib berkata dia reda di atas segala kemungkinan dan ujian.
Kini saya sangat berlapang dada, tadi saya almost lost dan tercari-cari. Saya reda dengan ujian Allah ni, akan ada kebaikan nanti.
“Saya buka mata, buka hati saya untuk apa saja yang berlaku lepas ni… walaupun benda itu tidak baik tapi itu adalah yang terbaik buat keluarga saya,” ujarnya.
SUMBER: MSTAR ONLINE