Sapu Rumah, Buang Sampah dan Lipat Kain Sikit-Sikit Dah Bukti Betapa Suami Sayang Pada pasangannya. Begini Rupanya Cara Ustaz Ebit Lew Bahagiakan Isterinya

Share

Keindahan sebuah perkahwinan bukan sekadar romantik sahaja tetapi tolong menolong isteri menguruskan rumahtangga. Biarpun sekadar sapu rumah, buang sampah dan lipat baju, ia sudah cukup bahagiakan isteri.

Begitulah cara yang dilakukan oleh penceramah terkenal, ustaz Ebit Lew.8

Dah sampai rumah tengah malam dari Kuala Terengganu. Tengok bidadari dah tidur. Anak sulung jer tengah hafal Al-Quran. Bidadari dah pengsan urus anak-anak. Kasihankan. Tengok bidadari rehat tidur kebahagiaan buat saya. Ya Allah. Andai diberi pilihan mahu rasanya sentiasa bantu bidadari di rumah.

Perlahan-lahan masuk rumah. Sapu rumah, buang sampah, lipat kain sikit-sikit. Penat tau kerja ni semua. Sebenarnya kerja saya seorang suami. Bidadari saya buat semuanya. Ya Allah. Tak pernah merungut. Jika bidadari saya terjaga, dia tak bagi buat semua ini. Ya Allah sakit pinggang masa angkat baju dan lipat. Nak susun ikut almari masing-masing. Itupun ada seninya. Lepas tu start kereta pergi isikan minyak kereta bidadari saya. Sebab susah bawa anak 4 orang nak isi minyak. Cek angin tayar. Terima kaseh Allah.
.
Anak saya suka rakam saya untuk motivasi dirinya. Nanti supaya mereka ingat betapa pengorbanan uminya. Dan betapa ayahnya sayang pada uminya. Jadi kenang-kenangan yang baik. Terimalah ya Allah asbab kebaikan dan hidayah.