Sebak bila mendengar kisah beliau ditinggalkan dengan ibu angkat kerana ayahnya terpaksa bekerja.
“Nama saya Armaya Bin Aman Ramli. Dilahirkan di Singapura dan dibesarkan di Johor. Kemudian saya ditinggalkan pada ibu angkat memandangkan bapa saya sibuk membawa rombongan Sandiwara dari satu tempat ke satu tempat.
Waktu di Johor, saya hidup seperti orang biasa di kampung. Malah, semua kerja kampung saya boleh lakukan. Saya cuma jumpa bapak saya 2-3 tahun sekali. Biasalah bila bapak datang dia dari bandar dan kita di kampung. Jadi bila dia nak balik ke bandar, pelbagai helah dia lakukan. Supaya saya tak ikut kerana bapak nak saya terus belajar.
Yang sedih waktu nk ditinggalkan bapak, dia saja buat tak tahu dan pergi. Saya menangis dan meraung sampai merangkak. Sampai satu tahap saya sapu bekas tayar dan cium. Begitulah rindunya Kita pada bapa kita.
Menurut Ar Badul, beliau dahulu dikenali dengan panggilan Badul di Parit Jawa. Tak banyak yang tahu nama sebenarnya adalah Armaya.
“Kami selalu pindah menumpang sana sini, sampai saya dapat hubungi ayah dan di bawa ke Kuala Lumpur. Di sana saya bersama dengan mak tiri yang garang dan keluarga pun tak senang. Jadi saya ambil keputusan ikut rombongan Kasuma Booty. Waktu tu saya menari dan belajar main muzik. Waktu itu pentas Sandiwara dan kami pergi satu tempat ke satu tempat. Saya pun waktu tu tak sekolah dah.
“Sampai kami dapat tawaran dari Felda buat persembahan. Ketika itu saya menari dan mereka cakap ayah saya je pelakon, tak semestinya kuah tumpah ke nasi. Memang betul kerana ayah pun tak pernah ajar untuk berlawak. Jadi saya merangkak satu persatu sehingga masuk dalam bakat tv bersama arwah R Jaafar.
Selepas itu saya dapat tawaran berlakon dan filem pertama adalah Si badul dan 9 bulan shooting. Ia di anggap filem ‘Hampas’ tapi box office, daripada situ saya dapat tawaran berlakon. Kemudian saya jadi pengarah dan filem pertama Pagar-Pagar Cinta Bersama Liza Abdullah,” ujar Ar Badul yang mendapat pelbagai anugerah termasuklah filem terbaik, pengarah terbaik, pelakon kanak-kanak terbaik dan pelakon komedi terbaik.
Walaupun ada pelakon dan pelawak cakap susah nak hidup, namun kenyataan tersebut dibantah oleh Ar Badul. Menurutnya seorang anak seni hidup di negara kita ini tak susah asalkan benar-benar berbakat dan ada komersil memang tak ada susah.
“Kalau ada yang nak jadi pelawak setakat 1-2 hari esok dah tua dan meninggal. Kemudian ada cakap tengok pelawak, pelakon atau penyanyi tu nak tanam pun tak ada duit. Itu sudah salah persepsi sebaliknya kena tengok siapa diri kita.
“Untuk beri gelaran artis baik pelakon, pelawak dan sebagainya kena tengok kredabiliti dan latar belakang yang penuh dan jangan hanya setakat pelakon sampingan.
“Sebagai artis saya hidup tak susah, cuma tak kaya raya. Malah waktu zaman saya ramai cakap saya kaki perempun, enjoy kerana saya pelakon,. Tetapi mereka tak tahu ada perempuan ludah saya. Jadi, hidup ini kena bayangkan yang manis, walaupun dalaman, kejadian atau masalah dalam diri kita ini pahit.
AR BADUL JUMPA BAPAK TIGA TAHUN SEKALI
Bila rindu, sanggup cium bekas tayar kereta bapak ..Sedutan dari rancangan Di Balik Tawa, di Astro.
Posted by The Rohani on Sunday, 23 September 2018
Sumber: The Rohani