Santan Perah Sendiri Lagi Pekat Bila Buat Begini & Ada Tipsnya Wanita Ni Kongsikan!

Share

Bagi anda yang suka memasak menggunakan santan kelapa asli, tentunya pakar untuk membezakan rasa hidangan yang dimasak  dengan berasakan santan.

Dikatakan, rasa santan kelapa yang diperah lebih berlemak dan segar rasanya. Jadi tidak hairanlah, walau banyak produk santan dipasaran, namun santan dari parutan kelapa tetap jadi pilihan utama.

Pun begitu memastikan santan yang diperah pekat hasilnya, ada tips dan teknik yang boleh dilakukan oleh anda. Hal ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Yatie Eimra.

Tip Perahan Santan Pekat/Kepala Santan

Kalau beli santan dah siap perah, selalunya jadi sakit hati jer.. Macam pekat, tapi ramai penjual campurkan tepung dalam santan nak bagi nampak pekat. Bukan setakat santan kurang lemak, tapi sesetengah tu ganggu gak rasa & hasil masakan.

Walaupun boleh jer perah sendiri, tapi kekadang nak cepat tu, beli la gak santan dah siap perah. Tapi last² kena perah sendiri gak baru puas hati.

Untuk masakan yang perlukan santan pekat, memang saya buat macam ni jer..

Ni cara yang mak saya ajarkan untuk dapatkan perahan santan pekat. Alhamdulillah, sejak dari zaman sekolah dulu sampailah sekarang saya masih gunakan cara mak.

Mungkin ramai yang tahu untuk dapatkan santan yang pekat, kena gunakan air panas² suam & gunakan blender.

Kalau guna air terlampau panas (air panas menggelegak) boleh sebabkan santan pecah minyak.

Nisbah air

Samada gunakan air panas & air masak dalam anggaran 1 : 1 ataupun kalau korang simpan kelapa parut dengan cara frozenkan, boleh gak guna air panas & air masak dalam nisbah 2 : 1 (supaya tak terlampau panas & dalam masa yang sama kelapa parut tu jadi suam² sikit). Air kena suam² sikit supaya santan lebih mudah diekstrak/diperah.

Air panas² suam tadi dituang sikit² je dalam bekas berisi kelapa parut, ramas kelapa parut agar sekata. Kemudian bahagi kelapa parut pada 2 bahagian.

Ini Rahsia Dapatkan Santan Pekat

Ambil 1 bahagian, masuk dalam blender, tambah air suam sikit² (sampai boleh blend jer). Perah/tapis santan tadi.

Blend 1 lagi bahagian kelapa parut. Tapi kali ni gunakan santan yang telah diperah tadi. Tak perlu tambah air lagi dah. Gunakan santan perahan pertama tadi jer semata².

Kenapa kelapa parut kena bahagi 2?

Sebab kalau sekali blend jer, lebih banyak air yang perlu ditambah untuk pastikan kelapa parut dikisar dengan lancar.

Tapi dengan asingkan 2 bahagian & blend 2 kali, hanya kali pertama jer kita tambah air. Tengok dalam gambar ke-3, lapisan air (air yang ditambah) tak sampai ⅓ bahagian pun.

Santan pekat/kepala santan

Lapisan atas semuanya santan pekat/kepala santan. Biasanya jika saya buat sekali blend jer, lapisan air dah hampir separuh dari santan..

Bila dah blend semua kelapa parut, barulah blend sekali lagi (semua sekali) & tambahkanlah air untuk dapatkan santan cair. Walaupun blend kali ke-2 ni dapat santan cair jer, masih ada sikit lagi lapisan pati santan pekat.

Santan cair

Yang saya tunjukkan ni untuk sebiji kelapa jer. Kalau nak buat lebih dari sebiji kelapa, biasanya saya blend sebiji demi sebiji. Tambah air hanya untuk kelapa yang first, kelapa selebihnya gunakan perahan santan untuk blend. Kalau guna cara ni, nak buat tahi minyak pun kejap jer sebab kandungan air sikit jer..

Ekstra tip

*Kalau nak santan tahan lama, pastikan guna air masak (jangan guna air paip) & taburkan garam sikit pada lapisan atas santan (jika simpan santan bahagian fridge bawah untuk beberapa hari). Kalau nak frozenkan pun boleh gak..

Sumber : Yatie Eimra 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club