Pelbagai cara seorang suami menzahirkan rasa kasih, sayang dan penghargaan kepada isteri tercinta. Tidak hanya dengan dilafazkan dibibir malah dibuktikan dengan tindakan dan perlakuan bagi memastikan pasangan berasa bahagia dan gembira.
Ini samalah kisahnya seperti yang dilaporkan Harian Metro, demi menggembirakan isteri yang disayangi, seorang suami iaitu Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman sanggup menjahit 30 pasang baju raya untuk digayakan oleh isterinya sepanjang Syawal nanti.
Sejak Tahun Pertama Berkahwin Jahitkan Baju Isteri
Syed Muhammad Shah Hasif, 29, atau mesra disapa Syed dari Seri Alam, di sini berkata, rutin itu dilakukan sejak tahun pertama mendirikan rumah tangga lagi.
Menurut Syed, isterinya, Fatin Syazwani Ishak, 23 tidak pernah meminta namun dia sendiri yang mahu menjahit baju raya berkenaan.
“Ini tahun ketiga saya menjahit baju raya buat isteri dan saya lakukannya kerana gemar menjahit.
“Malah, saya turut menjahit pakaian untuk dipakai isteri sewaktu majlis pertunangan dan perkahwinan kami, tiga tahun lalu.
“Isteri tidak cerewet, dia terima saja dan mengakui seronok kerana dapat menggayakan baju raya hasil kerja tangan saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Syed berkata, dia membuat persiapan enam bulan lebih awal untuk menghasilkan semua baju berkenaan.
Katanya, kerja menyiapkan baju itu dilakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa dan lazimnya ia siap sebelum Ramadan.
“Enam bulan sebelum hari raya, saya akan membeli kain untuk digunakan bagi menjahit baju.
“Bila ada kelapangan, saya akan menjahit baju berkenaan supaya semua 30 pasang baju siap awal dan dapat digayakan isteri sepanjang Syawal,” katanya yang mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun diberi nama Syed Muhammad Nouie Jaeden El-Alawi.
Syed berkata, dia tidak berasa apa yang dilakukannya itu satu pembaziran, sebaliknya mahu baju itu menjadi kenangan buat isterinya seandainya dia tiada suatu hari nanti.
Menurutnya, dia tidak hanya menjahit baju untuk dipakai isterinya ketika hari raya saja.
“Ini kerana saya ada hasilkan baju untuk dipakai isteri ke majlis kenduri dan lain-lain lagi.
“Ini cara saya menghargai dan memberi kegembiraan buat isteri dan Syawal tetap perlu diraikan walaupun dalam tempoh pandemik Covid-19.
“Saya pernah pakai baju raya sama selama lapan tahun ketika zaman bujang dulu, jadi saya tidak mahu isteri dan anak melalui pengalaman sama,” katanya yang turut menghasilkan baju raya buat anaknya.
Seluruh Malaysia sudah mengetahui kejayaan yang dikecapi oleh Pasaraya Mydin yang terkenal sebagai sebuah pasaraya menawarkan harga terendah dan mampu milik untuk setiap golongan di Malaysia.
Baru-baru ini, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin telah mengungkap rahsia disebalik kejayaannya dalam satu temubual bersama pihak penyiaran radio.
Disebalik liku-liku yang perlu ditempuhinya, tanpa sebarang usaha dan pengorbanan, pastinya sukar untuk dia berada di punca kejayaan. Malah bongkarnya lagi, ada satu kunci kejayaan yang menjadi penyumbang utama kejayaannya sehingga hari ini.
Beliau berkata, mengahwini pasangan yang tepat merupakan kunci dalam bidang keusahawanannya.
Ujarnya, kejayaan yang dikecapi kini bukanlah berasal dari titik peluhnya seorang diri, melainkan ada sosok tubuh yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.
Kahwin Dengan Pasangan Tepat – Ameer Ali Mydin
“Kejayaan seseorang usahawan bergantung kepada siapa dia berkahwin, dengan wanita atau lelaki yang tepat. Hal ini kerana anda memerlukan sokongan daripadanya.
“Dia perlu sentiasa berada di sisi dan dia adalah orang yang sanggup berkorban untuk segalanya,” katanya.
“Dalam buku MYDIN: The Untold Story sebenarnya dia ( Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd) yang telah menulisnya. Tetapi anda dapat lihat gambar saya pada bahagian kanan.
“Semua orang berkata, Wah, awaklah orangnya! Sebenarnya tidak, saya bukanlah lelaki itu. Ada seorang wanita bersama saya yang menulis buku itu,” katanya.
“Bukan Berjalan Di Belakang Tetapi Melangkah Bersama”
“Isteri saya juga berkata dia tidak berada di belakang saya, tetapi dia sentiasa seiring bersama saya,” katanya lagi.
Beliau turut berkata demikian dalam satu hantaran di platform media sosial Facebook.
“Berkahwin dengan orang yang betul. Berkemahiran, berpengetahuan dengan idea-idea dan pelbagai pemikiran kritis. Dalam masa yang sama tegas dengan pendirian dan mempunyai daya tahan untuk kejayaan dalam bidang keusahawanan.
“Seorang pasangan yang sentiasa menyokong dan penyayang sepanjang mengharungi perjalanan merupakan sebahagian daripada faktor kejayaan dalam bidang keusahawanan,” tulisnya.
Untuk makluman, MYDIN pertama kali ditubuhkan pada tahun 1957. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat halal terbesar dengan reputasi kukuh dalam industri runcit negara.
Ia telah diasaskan oleh Allahyarham Tuan Mydin Mohamed. Lebih enam dekad, MYDIN terus menyediakan perkhidmatan yang sesuai untuk orang ramai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ruang terhad tak ada masalah jika ada kerajinan. Di sini admin kongsikan cara penanaman Rock Melon yang dimuat naik Asyiq hassan Baseri menerusi facebooknya.
Saya merupakan peminat rock melon. Jadi saya cuba menanam rock melon di tepi rumah. Permulaanya saya beli buah rock melon jenis Hami, China untuk dimakan. Buah jenis Hami, berbentuk lonjong. Berikut apa yang saya lakukan.
1)Biji rock melon saya keringkan dan dijadikan biji benih.
2) Setelah kering, saya semai didalam cocopeat. 10 hari selepas itu saya pindahkan ke dalam polybeg berisi cocopeat.
3) Saya mula memberi baja AB kepada anak pokok. Kepekatan baja AB dinaikan secara berperingkat setiap minggu.
4) 3 hari/sekali saya sembur racun kulat dan racun serangga
5) Siraman harian dilakukan secara manual sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di