Wanita yang ayu, lemah lembut dan sopan antara kriteria-kriteria biasa yang selalu kita dengar. Apatah lagi tidak ramai wanita yang sanggup melakukan kerja-kerja lasak seakan lelaki.
Namun tidak bagi gadis genit ini yang berusia 21 tahun ini. Nor Syazwani Nor Azman, gadis yang bertubuh kecil ini membuktikan bahawa wanita boleh melakukan kerja setanding lelaki.
Dengan berat badan 40 kilogram tidak menjadi penghalang untuk gadis manis ini mengangkat dan memunggah buah kelapa sawit boleh tahan beratnya bagaikan berat tong gas!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
NEKAD KERJA DI KEBUN
Dengan hanya memperolehi upah sekitar RM400 sebulan, dia tidak pernah merasa ralat memilih bekerja di kebun mandi peluh, gadis ini tekad untuk melakukan kerja di kebun yang kebiasaan dilakukan oleh orang lelaki tambahan pula tidak mempunyai kelulusan tinggi dalam pelajaran.
Melihat kerja lasak ini yang memerlukan tenaga yang kuat dan mampu mengangkat mengangkat setandan buah kelapa sawit yang dianggarkan seberat 25 kilogram, Syazwani memberitahu tiada makanan istimewa seperti vitamin tambahan. Sebaliknya makan apa yang dimasak oleh ibunya.
Ads
“Selain membuat kerja pemunggahan buah kelapa sawit, saya juga sedang belajar menuai daripada bapa saudara dan mahu menjadi sebahagian kemahiran jika bekerja di ladang.
“Sakit-sakit badan selepas bekerja di ladang adalah normal dan kebiasaan saya meminta ibu mengurut badan supaya segar semula.”
BANTU AYAH BUAT DAN BAIKI RUMAH
Katanya lagi, jika tidak ke kebun dia akan mengikut bapanya, Khairul Mohd Senawi, 43, yang terbabit dalam kerja pembinaan seperti membina dan membaiki rumah di sekitar kawasan berhampiran.
Syazwani memberitahu tidak pernah gayat apabila melakukan pembinaan rumah seperti memanjat bumbung rumah bagi memasang dan membaiki atap rumah.
“Saya sudah biasa melakukan kerja sedemikian selain tidak pernah berasa gayat.”
Ads
Bukan itu sahaja, gadis ini turut mahir menebar roti canai dan pernah membantu ibunya meniaga berniaga makanan di gerai berhampiran rumahnya.
IBU AKUI ANAK SUKA KERJA LASAK
Sementara itu, ibunya, Mastura Masran, 39, berkata, anak kedua dari sembilan beradik itu memang gemar melakukan kerja lasak.
Katanya, dia tidak hairan anaknya boleh melakukan kerja yang sering dibuat orang lelaki kerana dia juga pernah membantu orang tuanya di kebun .
“Kebiasaan anak gadis yang tinggal di tanah rancangan Felda akan membantu ibu bapa bekerja di ladang.”
Semalam ( 7 Mei 2021) kita dikejutkan kes baharu COVID-19 yang merekodkan angka membimbangkan melonjak naik sebanyak 4,498 kes!
Pastinya ini bukan situasi yang menggembirakan tambah lagi menjelangmya Aidilfitri. Jangkitan yang tidak mengenal usia masih belum nampak penurunan. Para frontliners kini bagaikan kembali di medan perang yang kritikal.
Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi facebook berkongsi Siaran Media Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. – Hotspot Identification for Dynamic Engagement ( HIDE ) atau dengan kata mudah kawasan titik panas yang bahaya untuk dikunjungi.
Nyata, tindakan ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada keselamatan rakyat agar berhati-hati apabila berkunjung ke pusat membeli belah ketika membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Turut menjelaskan bahawa Majlis Keselamatan Negeri (MKN) telah mengeluarkan senarai lokasi serta premis berisiko yang dikenalpasti oleh sistem amaran awal HIDE sebagai lokasi titik panas penularan COVID-19. Ia bertujuan membantu masyarakat membuat perancangan perjalanan dan keputusan yang wajar sebelum menuju ke sesebuah lokasi atau premis.
Senarai premis yang berisiko tinggi berlaku penularan jangkitan #COVID19 yang dikenal pasti menerusi Hotspot Identification For Dynamic Engagement System (HIDE). Ini memudahkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dilakukan lebih awal. Rancang perjalanan anda. Elak kawasan sesak, sempit dan sentiasa pakai pelitup muka.- KKM
SOALAN LAZIM MENGENAI HIDE
Moga kita semua menjaga SOP demi mengurangkan kes jangkitan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi video yang dipaparkan itu menunjukkan anaknya sedang santai bersama suaminya.
Kelihatan suaminya leka melayan anak kesayangan mereka. Bahkan ketika kaki Talita mula menendang muka, suaminya bagaikan reda. Tiada marah sebaliknya tersenyum melihat gelagat anak kesayangannya. Memang anak ayah ni!
Menerusi kapsyen, Raja Ilya memberi tahu jika orang lain berbuat demikian memang cari nahas. Sebaliknya anak sendiri terima dengan senyuman.
Kalau orang lain yang buat , mau di kaki kan.Tapi bila anak sendiri , terajang laa macam mana sekali pun Daddy terima dengan senyuman Ikhlas .. the power of Love
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminatnya terhibur dengan dua beranak itu. Malah ada yang mengakui itu lumrah apabila anak masih kecil. Bahkan kebanyakan ibu ayah akan ‘kalah’ dengan anak.
Ayda Jebat dalam satu perkongsian memohon maaf kepada keluarga dan sahabat handai kerana dia dan Nabil belum bersedia untuk mempertemukan anak mereka sejak dilahirkan pada September tahun lalu.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi Instagram Storiesnya. Ibu kepada Ana Nayla bagaimanapun turut meluahkan kerinduan untuk bertemu keluarga seperti dahulu.
Namun akui Ayda atau nama Sebenarnya Nur Suhada Jebat, buat masa sekarang dia terpaksa mengutamakan keselamatan dan kesihatan sementelah pandemik Covid-19 ini belum berakhir.
“Mohon maaf kepada keluarga dan sahabat handai kalau ada yang berasakan saya dan Nabil keterlaluan mengenai perkara ini. Bukan tak nak jumpa, hati memang dah rindu.
“Nak gelak ketawa bersama, nak bagi jumpa bayi kami. Tapi, tanggungjawab nak jaga keselamatan dan kesihatan keluarga kita dan anda, kami utamakan.” ujar isteri kesayangan Nabil Mahir ini lagi.
Dalam pada itu, pelantun lagu Pencuri Hati ini turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang memahami situasi sekarang.
“Kami belum bersedia. Insya-Allah, satu hari nanti. Terima kasih kepada yang faham. Kami sayang anda dan rindu semua termasuklah AJ Screamer.
Sebelum ini, Nabil sanggup menempah keseluruhan panggung di ibu kota baru-baru ini bagi menyaksikan filem Spider-Man: No Way Home dalam keadaan selamat bersama ahli keluarganya.
Menurut Nabil, disebabkan jarang keluar sejak penularan Covid-19 dia juga menempah bilik hotel berdekatan untuk memudahkan urusan solat Maghrib selepas selesai menonton.
“Apabila sudah menempah panggung wayang, saya terfikir pula, bagaimana nak solat? Jadi, saya tempah bilik hotel berdekatan supaya kami dapat solat dengan selesa,” katanya.
Untuk rekod, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.