Pengakhiran kehidupan yang baik atau husnul khatimah menjadi impian dan dambaan bagi orang yang beriman. Dunia hanyalah tempat persinggahan yang bersifat sementara, manakala akhirat adalah destinasi yang kekal abadi.
Segelintir manusia tidak dikenali ramai, tidak mempunyai sebarang gelaran, menjalani kehidupan biasa seperti kebanyakan insan lain, namun mengakhiri kehidupannya dengan kisah luar biasa tentang kebaikan dirinya yang ditinggalkan.
Kembali tular foto Pensyarah yang meninggal dunia sebelum sempat menamatkan larian. Di sebaliknya foto itu sebenarnya mempunyai kisah yang harus menjadi teladan buat kita bahawa dalam ada jua keadaan mendirikan solat adalah wajib waima berada di mana jua.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
SELIT SEJADAH KECIL SETIAP KALI LARIAN
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi perkongsian Sheereen Zulkefly iaitu isteri kepada Allahyarham Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi, sudah menjadi amalan arwah setiap kali membuat larian dengan menyelit sejadah di pinggangnya.
Ia bertujuan memudahkannya untuk menunaikan solat dalam tempoh larian. Nyata arwah tetap menjaga solat dalam tempoh membuat larian.
Kisah Sejadah
WAKAFKAN SEJADAH KEPADA RUNNER LAIN
Terdahulu berita pemergian pensyarah kanan yang menyertai acara Langkawi International Half Marathon (LIHM) 2022 telah disiarkan beberapa hari lalu. Arwah tidak sempat menamatkan lariannya apabila tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Laporan Harian Metro memetik bahawa kejadian jam 10.20 pagi itu, Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi, 37, sempat diberi bantuan pernafasan (CPR) oleh petugas perubatan dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, Allahyarham adalah pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga peserta LIHM 2022.
Sumber: Sheereen Zulkefly
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club