Setiap kanak-kanak pasti mengharapkan sesuatu yang hebat dan meriah untuk sambutan hari lahir mereka. Tidak hanya mengharapkan hadiah, tiupan kek hari jadi sebagai simbolik juga adalah penting bagi mereka sebagai acara penting sambutan.
Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga berasa lebih dihargai jika ibu bapa mereka sudi meluangkan sedikit masa dan tenaga pada hari istimewa mereka. Kehadiran sahabat handai untuk acara tersebut juga akan membuatkan mereka lebih terharu.
Baru-baru ini, tular sebuah seorang budak lelaki menitiskan air mata apabila sambutan hari jadi kanak-kanak lain berubah menjadi sambutan hari jadinya!
Menerusi video yang dimuat naik oleh Faiezah Amran di TikTok, Farish Rizzqi dan kanak-kanak yang lain pada mulanya menyanyikan lagu hari jadi kepada sepupunya, Zara Alana.
Tak lama kemudian, lagu yang sama dinyanyikan semula namun menggunakan nama kanak-kanak berusia 8 tahun ini.
Yang membuatkan Farish sebak dan terkejut, bapanya datang dari belakang dengan membawa kek.
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
Farish hanya mampu terdiam dan kaku memandang ke arah bapanya sebelum mengalirkan air mata terharu.
Bagaimanapun Farish sempat tersenyum tanda bahagia hari lahirnya diingati dan disambut oleh keluarganya.
Mungkin juga kanak-kanak itu beranggapan ibu bapanya lupa hari jadinya, tetapi mereka berjaya kejutkan Farish sambil berpakat dengan yang lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak selepas melihat reaksi Farish selain tumpang bahagia melihat kanak-kanak sepertinya disambut begitu.
[ARTIKEL PANAS]
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club