Kasih sayang seorang ibu sepanjang jalan. Papatah tersebut menggambarkan betapa jiwa penyayang seorang ibu seakan tidak berbatas (tak terkira) kepada anak-anaknya.
Ibu pastinya selalu menjaga dan membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang, dengan hati yang tulus. Malah seorang ibu itu tahu dan memahami perasaan anak-anaknya. Biarpun hanya melihat riak wajah dan gerak geri anak-anaknya.
Begitulah yang terjadi kepada seorang ibu. Kuatnya nalurinya telah menyelamatkan nyawa anaknya. Demikian kisah yang diceritakan oleh Doktor Rashdan Mohamed menerusi facebook miliknya.
Ikuti perkongsianya.
Dan sebaik-baik naluri itu, naluri wanita. Dan sebaik-baik naluri wanita itu naluri ibu
Suatu ketika (lama) dahulu
“AsSalam Dr R, ada patient kat red zone”, beritahu pegawai bertugas. “OK, saya datang stat!”, pantas aku bergegas ke kecemasan. Red-zone (zon merah) adalah ruang di mana pesakit yang kritikal dirawat di jabatan kecemasan, keutamaan (priority) kami dan sentiasa didahulukan (berbanding pesakit lain yang lebih stabil).
(Maaf, jika sedikit lama menunggu rawatan di zon kuning dan zon hijau bagi pesakit-pesakit yang lebih stabil kerana kebiasaannya doktor bertugas tertumpu merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit di zon merah)
“Alhamdulillah, hantar pesakit segera ke ICU untuk rawatan lanjut”, ujarku setelah bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa si anak kecil, yg dgn izin Allah, berjaya di selamatkan, distabilkan dan sekarang ini perlu disegerakan ke ICU untuk rawatan selanjutnya.
“Fuh, 2 jam, tak perasan pun masa berlalu, mujur dah solat”, monologku dalam hati
Alang-alang di kecemasan.
Ads
“ED team, ada kes nak refer (rujuk) Paeds tak? Saya nak tengok stat (segera) ni. Yang belum refer pun boleh refer terus”, pelawaku separa memberi “pengumuman”
Mungkin di tempat lain petugas ED akan terkesima, jarang doktor jabatan lain “volunteer” untuk lihat pesakit, terkadang pesakit yg dirujuk pun mereka “diceramah” oleh si doktor yang menerima rujukan tersebut. Very territorial. Very difficult. Tapi tidak di sini. Semua orang kenal. Kalau Dr R dah turun ED baik refer kes paediatric (kanak-kanak) siap-siap. Maka gegap gempitalah ED refer case. Satu per satu dilihat, dirawat dan disantuni. Settle semua sekaligus. Tatkala kaki baru hendak melangkah keluar.
DISANGKA SAKIT MATA,
“Dr R, maaf, ada satu lagi nak discuss”, teriak MA bertugas (yes, MA pun boleh refer terus, kita permudahkan) “Boss, sorry, patient ni takde kat ED. Kat Ophthalmology (mata) sekarang. Private, surat dari “Consultant Paediatrician” refer, fever dan conjunctivitis (sakit mata, mata merah). Jadi, kita channel lah ke Ophthal. Mak dia nampak bimbang, jadi kita pun ambil lah FBC (full blood count) tadi, sebab fever,” beritahu pegawai tersebut sambil hulur keputusan darah
Allahu Akbar. Sel darah putih, rendah. Sel darah platelet, rendah. Kepekatan darah, tinggi (……… diagnosis?)
“Baby OK tak?”, “Vitals?..” Semua diam. “OK, panggil patient datang sekarang ke ED dari ophthalmology”, keputusan darah ini pun dah sejam lebih yang lepas, aku perlu lihat segera. Bergegaslah pegawai ED ke jabatan ophthalmology mencari pesakit ini dan segera dibawa ke ED semula
NADI LEMAH – RED ZONE
Ads
Baby, lingkungan usia 8 bulan. Comel, diperiksa.. Mata nya bukan merah. Bukan conjuctivitis. Sebaliknya beliau menangis “air mata darah”. Ya air mata darah sebenar. Bukan relativiti. Not literally. Ini pendarahan. Sebab bacaan plateletnya rendah (platelet penting utk pembekuan darah, jika rendah, berlaku pendarahan spontan) Baby ini lemah. Pucat. Nadi nya lemah. Tekanan darahnya lemah
Lantas dia segera dihantar ke zon merah. Jarum dimasukkan. Segera oksigen diberi. Bantuan pernafasan tersedia untuk dimasukkan. Aliran air dimulakan. Tanda vitals diambil segera.
“Patient in compensated shock. Run NS bolus. 20mls per kg, stat!” arahku pantas
RUPANYA DENGGI BERDARAH!
Alhamdulillah, tindakan segera dan cekap petugas-petugas di ED (sekali lagi dengan izin Allah) menyelamatkan nyawa si baby. Kalaulah lambat 15 minit lagi, mungkin… mungkin tidak berjaya diselamatkan
“Maaf puan, adik sebenarnya dapat denggi. Dan ini denggi berdarah! Beliau sedikit stabil sekarang. Tetapi perlu pemantauan rapi di ICU, kita doa yang baik-baik ya, sama-sama”, terang ku sambil memberitahu ujian darah awal yang diambil menyebabkan kami syak denggi dan terbukti melalui ujian susulan Dengue serology. Dan hakikatnya mata merah itu sebenarnya pendarahan spontan
Pegawai di kecemasan, bila melihat rujukan dari pakar pediatrik sebuah institusi swasta dengan rujukan conjunctivitis, menyangkakan kes sakit mata biasa dan sewajarnya menerima rawatan di unit mata. Namun mereka telah terlatih untuk sentiasa berhati-hati
Ads
NALURI IBU SELAMATKAN NYAWA ANAK
Dan ibu ini, nalurinya kata bukan sakit mata biasa. Ibu bukan perawat kesihatan. Tetapi dia ada naluri. Nalurinya kata “tidak sedap hati, masakan ini sakit mata biasa, ada sesuatu… ada sesuatu yang lain. Tidak bisa dizahirkan, tetapi pastinya bukan sakit mata biasa…”.
Sebab itu beliau lantas ke kecemasan. Bimbang. Dan memohon ujian lanjut. Naluri ibu ini yang disantuni pegawai, dan ujian darah diambil. Bayangkan, jika tidak diambil ujian darahnya. Dan dianggap kes yang biasa, di hantar pulang dgn ubat titis mata. Bayangkan… Kita terlepas…. Nauzubillahiminzalik
Sesungguhnya. Sebaik-baik naluri itu, naluri wanita. Dan sebaik-baik naluri wanita itu adalah naluri ibu (…. dan isteri).
Mohon HCWs (perawat kesihatan) untuk ambil berat sebarang kebimbangan keluarga dan tidak terus memperlekehkannya. Do not brushed off parental concern
+++++++++++++
Astaghfirullahalazim Sahabat semua, hari Jumaat penuh barakoh ini, mohon titipkan doa untuk anak rakan baik saya Anak ini baru berusia 15 tahun, sudah hafaz 20 juzuk AlQuran Anak yang baik, sewaktu kecilnya itu di hadapan mata saya Kedua-dua ibu bapanya doktor, dan sama-sama bertugas sebagai HO/PPS bersama saya dahulu Anak ini baru sahaja disahkan kanser tulang Dan naluri ibunya juga yang berjaya “mengesan” masalah ini awal Moga dikurniakan kesembuhan & kemudahan, InSyaAllah
Terasa hendak keluar rumah dengan tujuan untuk membeli barang-barang keperluan ketika ini perlu ada perancangan.
Ini penting sebagai langkah untuk menghindarkan diri daripada terdedah pada virus covid-19.
Lagi senang kalau beli barang secara online, taklah terdedah dengan virus. Jimat masa! Klik sini Ramadhan Big Sale, yang penting free delivery.
Ini sebagainya yang dikongsikan oleh saudara Khairi Safwan.
Tips Keluar Rumah Untuk Stock-Up Barang Keperluan(in RMO / MCO situation)
Setelah abam membuat rundingan bersama Doktor Kesihatan Awam (Nadiatul Nadic) kat rumah ni, kami telah bersepakat yg salah sorg kena keluar harini untuk stock-up barang2 rumah especially food.. yerlah, takkan hari2 nak nasik goreng je ye dak?? So dalam keadaan sekarang ni, tak boleh lah nak main redah je.. strategi kne cun utk minimize risk terdedah pada virus Covid-19 ni
Alright, jom start:
1. Bismillah (or whatever prayer you believe in)
2. Jangan panik.. kalau panik, apa pon tak jadi
3. Decide sape yang nak keluar.. if possible, yang laki lah.. sbb nak angkut2 barang ni kena pakai strength lah sikit lagipun kalau bagi ppn takut kang 2-3 jam tak habih lg.. elakkan keluar berpasangan and paling utama jgn bawak kids or warga tua
Sambungan pada gambar2 kat bawah:
Prepare dgn barang2 ni:
1. Face mask – ada yg cakap tak payah sbb virus ni bkn airborne.. tp malas ah nak amek risk, alang2 dah ada pakai jelah
2. Gloves – pakai yg baru and disposable
3. Pakai pakaian bukan fevret.. sbb nanti kena terus basuh and kalau perlu, kena buang (tapi abam tak buang laa, baju beli Houston kot 😜)
4. Shopping bag – untuk elakkan dari pakai trolley.. mcm ni abam bawak 2.. 1 utk barang kering and 1 untuk basah
5. Kalau korang ada lebih dari 1 kereta, pilih kereta yang korang rasa takkan pakai kalau tiba2 terpaksa bawak family keluar
Shopping mall/supermarket
1. Pilih mall yang parking system dia tak payah tekan button untuk keluar tiket.. macam mall ni dia pakai QR code (fancy kan? Tp menyusahkan sbnarnye.. lol)
2. Park dekat level pasaraya tu.. ni untuk elakkan korang terpaksa naik lif
3. Seboleh mungkin elakkan pegang handrail ataupon pintu
Trolley:
Td ada shopping bag kan? Kalau takde, pakai jelah trolley ni tapi make sure korang sanitize dulu handle diaOh pastu nak membawang sikit hehe.. td ade laki bini ni pegi shopping.. yg bini lengkap gloves and mask.. yg laki rileks je seluar pendek siap.. pstu dia nk ambik trolley bini tak bagi.. tp sbb ego kot dia ambik jugak.. ni nak pesan.. virus ni tak kenal laki ke ppn ke kuat ke lemah ke.. dlm satu keluarga tu kena lah sama2 ambik berat pasal isu ni.. takde guna bini hang protected kalau hang terdedah.. balik rumah kang anak2 hang pulak berisiko.. k done bawang
Paper checklist:
Untuk kurangkan penggunaan handphone masa shopping (sbb takut phone pulak kena), buat list barang2 atas paper.. dah habis shopping nanti dispose terus list ni.. ni abam ambik gambar ni sblm abam start pegang2 barangNak ambik barang pulak kalau boleh ambik yang belakang.. sbb yang depan ni mungkin orang dah belek2
Paying and leaving:
1. Paying – kalau boleh, bayar pakai Paywave ke, eWallet ke.. elakkan pakai cash.. card pon tak payah bagi cashier tu pegang.. tap sendiri..Edited: lupa pulak nak highlight Social Distancing.. tp jgn lupa buat ok? All the time.. masa tgh shopping, masa nak bayar.. make sure jarakkan diri dgn org lain paling kurg 1m.. to add to this point, nak senang korang aim supermarket yang kurang org2. Leaving – dispose/buang checklist tadi and gloves. Cara2 dispose gloves korang boleh google sendiri kot naa?? Takkan semua nak kena bagitauuu
Leaving (cont’d):
1. Lepas dah bukak gloves tadi, sanitize tangan and handle shopping bags tadi
2. Simpan barang2 tadi dalam boot.. kalau boleh jangan letak atas seat
Car/transportation:
Sebelum keluar kereta ke motor ke bahkan lori sekalipun, sanitize dulu part2 kereta yang korang dah pegang macam – stereng, gear knob, aircond switch, signal stick, start/stop button, seatbelt and pemegang untuk bukak pintu tu (entah panggil apa entah)
Getting into your house:
Okay part ni penting.. JANGAN pegang or sentuh family korang okay?? Terus je bawak barang masuk and letak setempat.. mintak tolong bini bukakkan pintu rumah.. kalau takdak bini, hang bukak lah sendiri.. tapi pastu sanitize tombol tuLetak barang2 yg korang bawak and pegang tadi mcm jam tangan, wallet, kunci kereta and kunci rumah dalam satu bekas (termasuklah phone yang tgh pegang snap gambar ni).. yang ni semua korang kena sanitize jugak (nampak tak bnyk gila kena sanitize?? Sbb tu kalau tak perlu tak payah lah keluar ni.. tapi kalau terpaksa, kena lah berhati2 ok?)
Cleaning and Sanitize:
Okay, part ni kalau ade bini mintak tolong bini sanitize or bersihkan kan barang2 yang korang beli tadi.. make sure dia pon pakai gloves kalau boleh.. again, benda ni kena ada teamwork.. kita jaga kita 😉Pakaian korang tadi boleh masuk terus dalam baldi and rendam dengan sabunKorang boleh lah terus mandi sambil bini korang bersihkan barang tadi (thanks Nadiatul Nadic!). Elakkan tekan suis dengan jari.. pakai lah siku ke bahu ke hidung ke.. mandi bersih2.. syampu rambut, sabun, cuci muka, semua lah takkan tu pon nak kena ajar???
And….. Tu je.. pastu dah pakai baju bersih2 boleh lah korang nak gomol2 anak korang ke bini korang ke (eh?)
In summary, benda paling penting korang kena ingat is: cuba untuk minimize kan sebanyak mungkin direct contact dgn orang lain or surface apa2 je
Last sekali abam nak pesan, semua ni just tips semata2.. takdir semua ketentuan Tuhan.. bnykkan berdoa.. doakan abam and keluarga sekali k?
Take care gaisss and selamat ber-lockdown!!
Lagi senang kalau beli barang secara online, taklah terdedah dengan virus. Jimat masa! Klik sini Ramadhan Big Sale, yang penting free delivery.
Dah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri memberi kejutan atau meluahkan bait-bait indah buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan.
Sama juga bagi anak kepada Amy Search ini yang juga pelakon, Nabila Huda menzahirkan ucapan terima kasih buat suaminya, Mohd Izwan Johar sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-7.
Menurut Nabila, suaminya seorang lelaki yang baik dan selalu membantunya dalam melakukan kerja rumah.
“Dear husband, Terima kasih dengan segala cinta dan sayang mu yang sepenuh hati pada saya dan @lilkupukupu. Terima kasih kerana sentiasa bersabar melayan kerenah isteri mu yang dramatic ini.
“Kesabaran yang ada dalam diri awak tu takkan pernah ada sesiapa akan boleh lawan. Terlalu hebat awak handle seorang wanita bernama Nabila Huda. Kerana kesabaran awak, Alhamdulillah 9 tahun kite bersama. 7 tahun kite sebagai suami isteri.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ujar Nabila, suaminya rajin memasak dan melakukan kerja rumah seperti membasuh baju, melipat kain serta mengemas rumah setiap hari. Bukan itu sahaja, Izwan juga seorang penghibur yang sentiasa membuat mereka ketawa. Paling penting, Nabila berkata Izwan sentiasa ada bersamanya tatkala susah mahupun senang.
“We love you Abi! Please jaga kesihatan awak ok. I’m scared of losing you. I can’t imagine life without you my love. Saya nak hidup dengan awak sampai akhir hayat saya. Happy anniversary to us sayangku Mohd Izwan Bin Johar,” tambahnya.
Rumah tangga terasa hambarnya jika tidak dilimpahi dengan kasih sayang setiap ahlinya. Pun begitu kasih sayang haruslah dipupuk sejak awal, jangan terlambat untuk mempraktikkan apa jua elemen yang dapat membantu kerukunan rumah tangga.
Antara yang boleh diamalkan oleh suami mahupun juga isteri adalah dengan mempraktikkan 10 amalan ini.
Dalam membantu suami isteri mengecap kebahagiaan dan keindahan hidup berkeluarga 10 S berikut boleh dipraktikkan. Belum terlewat juga untuk diamalkan buat pasangan yang sudah lama berumah tangga.
1. SALAM
Membudayakan ucapan salam adalah salah satu sunnah Rasulullah. Lebih-lebih lagi ucapan itu di antara suami dan isteri. Di dalamnya ada terkandung doa untuk kesejahteraan yang boleh membawa kepada kebahagiaan.
2. SENYUM
Perbuatan yang tidak memerlukan kata-kata, tetapi difahami oleh pasangan kita apabila kita melakukannya. Jelas menunjukkan kita sentiasa berada dalam keadaan positif apabila kita melakukan sedemikian.
3. SAPA
Sewajarnya kita perlu saling bertanya khabar tentang pasangan kita termasuklah kesihatan, pekerjaan atau soal anak-anak, walaupun setiap hari tinggal sebumbung. Apatah lagi sekiranya berjauhan disebabkan tugasan yang terpaksa dilaksanakan.
4. SABAR
Pastinya dalam setiap kelebihan yang ada pada pasangan kita, ada pula kekurangan pada dirinya. Belajarlah dengan penuh sabar untuk menerima kekurangan itu agar kita dapat menjalani kehidupan dengan penuh bermakna.
5. SAYANG
Sifat ini perlu sentiasa dipupuk. Sayang bukan hanya terletak di bibir, tetapi perlu dibuktikan melalui perbuatan. Suami jangan hanya sibuk mengucapkan sayang pada isterinya sehingga nafkah yang menjadi kewajipan untuk diberikan turut diabaikan.
6. SUKA
Apa yang telah disediakan untuk suami seperti makanan umpamanya, walaupun kurang enak daripada sudut rasanya tetapi tunjukkanlah bahawa kita menyukainya. Jangan terus kritik dengan perkataan kurang sedap kerana isteri pula akan menunjukkan reaksi tidak suka.
7. SIMPATI
Sekiranya ditimpa kesusahan, masalah, musibah, sakit atau seumpamanya maka berikanlah sepenuh perhatian pada pasangan kita. Waktu itu masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain untuk membina kekuatan agar mampu bangkit kembali. Simpati sebeginilah yang amat diharapkan dalam rumah tangga.
8. SPONTAN
Sering kali kita melihat, isteri yang melakukan kerja rumah. Apalah salahnya kalau suami juga turut membantu. Tanpa menawarkan diri untuk menolong, adalah lebih cantik sekiranya dilakukan dengan cara spontan tanpa diminta. Sikap ini akan menyebabkan isteri bertambah sayang.
9. SEGAK
Penampilan diri yang baik akan menyebabkan pasangan kita senang. Walaupun hanya berada di rumah, tidak salah untuk suami atau isteri memperelok kemasan pada pakaian. Apatah lagi sekiranya ditambah dengan sedikit wangian. Barulah akan sentiasa segak di mata pasangan.
10. SIMPLE
Semua pasangan mengimpikan keharmonian dalam rumah tangga. Walaupun tidak mewah tetapi cukuplah sekadar semua kelengkapan asas tersedia tetapi bahagia. Inilah yang terbaik. Kekayaan bukan jaminan kebahagiaan, walaupun di mata manusia nampak senang. Tetapi apa maknanya kemewahan sekiranya tidak disulami dengan kebahagiaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...