Sangka anak Demam, selesema biasa, ibu terkejut anak hidap penyakit sinus kronik. Mulanya seorang ibu menyangka anaknya mengalami demam dan selesema biasa. Namun sangkaan itu meleset.

Sangka Anak Demam, Selesema Biasa, Ibu Terkejut Anak Hidap Penyakit Sinus Kronik

Bukan hanya sedih, suri rumah, Aimie Nadia Zahruddin sangat terkejut dan sedih apabila mendapati anaknya menghidapi penyakit Sinusitis atau radang pada rongga sekitar saluran hidung tahap kronik hingga membahayakan nyawa.

Sangka Anak Demam, Selesema Biasa, Ibu Terkejut Anak Hidap Penyakit Sinus Kronik
Nur Faziqqyah Alina yang ketika ini dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya.

Aimie Nadia, 33, berkata, anaknya, Nur Faziqqyah Alina Mohd Faizul, 8, sering mengalami demam, selesema dan kegatalan pada bahagian hidung sebelum disahkan doktor menghidap penyakit kronik Sinusitis.

“Sebelum ini memang ada perasan dia selalu garu hidung, kalau demam dan selesema sampai sebulan dua kali. Sampailah 28 Januari baru-baru ini, anak mengadu demam, sakit kepala dan sakit di bahagian kening.

“Saya dan suami mula bawa ke klinik berdekatan, kemudian doktor nak rujuk kepada hospital. Ketika itu matanya sudah bengkak sebelah kiri dan ini kali pertama jadi seperti itu.

“Pada 31 Januari, dia dimasukkan ke hospital dan ketika itu matanya sudah membengkak sampai ke dahi dan sampai satu tahap mata sebelah kanan juga membengkak. Bukan itu sahaja, ada ketika yang anak cakap dia nampak mama ada tiga, bermaksud penglihatannya juga terganggu,” katanya.

Sangka Anak Demam, Selesema Biasa, Ibu Terkejut Anak Hidap Penyakit Sinus Kronik
Aimie Nadia (kanan) dan anaknya Nur Faziqqyah Alina (kiri). (Gambar kanan: Nur Faziqqyah Alina yang menghidap penyakit Sinusitis atau radang pada rongga sekitar saluran hidung tahap kronik.)

Aimie Nadia yang menetap di Johor Bahru itu berkata, doktor memberitahu keadaan itu berlaku kerana ketiga-tiga bahagian sinus atau rongga bahagian sekitar hidung anaknya telah bernanah.

Jelasnya, pembedahan terpaksa dilakukan dengan kadar segera untuk menyedut buang cecair nanah agar tidak merebak ke bahagian otak.

“Doktor ada cakap kalau lambat untuk pembedahan, takut nanah akan merebak ke otak, kalau nanah sudah merebak ke otak lagi bahaya… boleh pulih tetapi mungkin keadaan tak akan sama.

“Penyakit ini merebak dengan sangat cepat, bayangkan dalam masa empat hari sahaja sudah membengkak dengan banyak,” ujarnya.

Ads

Berkongsi mengenai keadaan anaknya ketika ditimpa penyakit itu, Aimie Nadia berkata, Nur Faziqqyah Alina seperti kemurungan dan tidak dapat menerima kenyataan keadaan mukanya membengkak sebegitu.

Sangka Anak Demam, Selesema Biasa, Ibu Terkejut Anak Hidap Penyakit Sinus Kronik
Keadaan Nur Faziqqyah Alina sebelum melakukan pembedahan dengan keadaan mukanya yang semakin teruk.

“Saya nampak dia banyak diam, kemudian dia cakap, kenapa muka adik macam ini… adik tak mahu muka macam ini.

“Sebagai ibu, saya tak tipu saya banyak menangis, risau tengok keadaan dia macam itu. Saya tidak menyalahkan takdir cuma saya salahkan diri sebab leka. Kenapa masa dia garu hidung, demam banyak kali saya tidak periksa betul-betul?” tambahnya.

Berkongsi mengenai keadaan anaknya sekarang, Aimie Nadia berkata, doktor berjaya mengeluarkan cecair nanah yang berada pada muka Nur Faziqqyah Alina dan bengkaknya juga sudah beransur pulih.

Ibu kepada tiga anak itu turut berkongsi nasihat terhadap ibu bapa agar tidak mengambil mudah kesihatan anak-anak walaupun mereka hanya mengalami demam biasa.

Ads

“Jangan sambil lewa tambah lagi sekarang macam-macam penyakit. Mungkin anak demam biasa tetapi kena ambil tahu juga, jangan leka dan rajinkan membaca,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Anak Asyik Bersin Aje, Jangan Buat Main Sinus Dikalangan Kanak-Kanak. Ibu Ayah Take Note!

Sinus Dikalangan Kanak-Kanak. Ini Wajib Ibu Bapa Tahu.

 

Ads

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI