Mendidik anak-anak semestinya tanggungjawab ibu bapa. Menghormati dan menyantuni orang lain semestinya dituntut terutamanya bagi individu yang lebih tua dari kita, tidak kira status pekerjaan seseorang itu.
Misalnya kisah yang baru-baru ini tular seorang anak lelaki berkelakuan baik dengan pemuda bekerja sebagai pengutip sampah. Malah yang lebih menjadi perhatian apabila dia begitu teruja mengambil gambar bersama abang lori sampah itu.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh ibu bernama Eyja Rahim itu, dia menjelaskan anak lelakinya sangat menyukai lori sampah dan membuatkan mereka sanggup menunggu kepulangan ‘abang’ lori sampah di kawasan pembuangan sampah.
Jelas kelihatan dalam video itu, si ciliknya berlari ke arah abang lori sampah tersebut dan kegembiraan kanak-kanak itu dapat dilihat apabila mereka bergambar bersama.
“Dia kata “kerja angkat sampah baik. Kasih sayang.” Terima kasih ‘abang lori sampah’ melayan kerenah anak kami,” ujar ibu itu di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara didikan mereka dan turut teruja melihat kedua-dua si kecil itu bergambar bersama abang lori sampah.
@eyjarahimDia kata “kerja angkat sampah baik. Kasih sayang.” Terima kasih ‘abang lori sampah’ melayan kerenah anak kami. ❤️✨♬ original sound – Rachel Grae
Sumber: TikTok Eyja Rahim