Demi anak, ibu sanggup melakukan apa sahaja. Pengorbanan yang tidak terhitung harganya. Demikian juga dengan ibu bernama Karinda Warsito, gara-gara memakai topeng superhero ‘ultraman’ demi memastikan anaknya, Husna pergi ke sekolah.
Di dalam perkongsiannya di lamann facebook, Karinda memberitahu Husna merupakan kanak-kanak autisme selain mempunyai masalah gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD).
“Anak dara bongsu saya Husna 7 tahun… autisme dan ADHD, tengah suka sangat ultraman. Dia nak emak dia pun jadi ultraman setelah sebelum ni dia suruh emak dia jadi mask rider,” kata Karinda dalam posting di Facebook miliknya.
Viral gara-gara memakai topeng tersebut, Karinda tidka kisah dan sanggup menanggung malu ketika berhadapan orang ramai bagi memastikan anaknya itu seronok ke sekolah.
Ads
“Dia (Husna) ugut tak nak sekolah dan nak mengamuk kalau emak tak nak jadi Ultraman. Jadilah emak dia Ultraman hantar pi sekolah.
“Yihaaa… tebal muka orang tengok… janji anak happy sekolah,” katanya.
Selain Husna, Karinda memberitahu dua anaknya yang lain turut menghidap penyakit sama.
Ads
“Saya ada tiga anak autisme dan ADHD. Dulu masa Mubarak pun saya jadi Power Ranger,” katanya.
Ads
Akui Karinda lagi, bukan mudah bergelar ibu kepada 3 anak istimewa. Pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi. Yang sulung kini 14 tahun ada masalah Autism, ADHD dan Dyslexia manakala yang kedua pula berumur 9 tahun ada masalah Autism dan Dyslexia.
“Kebetulan anak saye bukan jenis autism yang terlalu agresif. Yang sulung bernama Mubarak pun dah kurang agresif sebab ada dapat ubat selain follow terapi dan saye buat banyak something kat rumah. Selain itu, pihak sekolah juga membantu anak anak saya jadi elok.
“Mubarak tu dari umur 18 bulan saye rasa dia tak macam kanak kanak lain yang normal. Tapi masa tu 2005 informasi tentang autism tak banyak. Saya tak tahu apa tak kena dengan anak saya, dia tak de eye contact, tak suka bila kena peluk dan pegang, Very agresif dan tak bercakap, maksud saya tak de verbal dan cakap bahasa planet.
“Masa tu kami duduk Sungai Buloh. Pernah Mubarak duduk atas air cond dekat luar tingkap. Saya kena call bomba,”cerita Karinda lagi.
Karinda hanya mengedari anaknya Autism ketika bertemu dengan seorang kawannya.
“Waktu itu saya bertemu dengan kawan orang indonesia. Dia transit nak terbang ke Doha kalau tak silap. Kawan saya yang suruh bawa anak saya jumpa pakar kerana nampak anak saya macam autism
“Lepas tu saye bawak Mubarak pi jumpa doktor dekat klinik kesihatan. Terus dapat surat untuk jumpa pakar dekat Klinik Psikiatri Mekar di Hospital Selayang. Waktu itu tak banyak lagi pakar masalah nak kesan anak autism. Hanya ada dekat hospital selayang.. HKL.. PPUM.. HUKM. Saya sendiri pun waktu tu jadi ‘blank’.
“Itu baru Mubarak, Adiknya aisyah pulak dia memang dia ada pica dan sensory issue. Tapi aisyah verbal hanya dia selalu echolalia. Echolalia ni adalah dia suka ulang ulang cakap banyak kali. Cakap benda sama ulang banyak kali.
“Husna pula saya sudah syak dia ada yang tak kena tapi hati saya nak tengok dulu macam mana dia sekolah aliran perdana.Tapi rupanya dia tak boleh.. Cikgu pun cakap Husna ada masalah dalam pembelajaran.. Jadi saya sekarang ni tengah tunggu surat daripada doktor untuk memasukkan Husna ke PPKI.
“Sebelum ni ade orang buat aduan dekat pibg sekolah konon saya sahaja OKU kan anak sebab nak dapat bantuan. Sebab anak autism ni tak nampak zahir dia macam OKU. Pandangan zahir orang awam anak autism ni elok je.
“Memang saya dah lali dengan komen orang bila nampak anak saya Mubarak dan Aisyah tak macam OKU. Orang masih beranggapan OKU tu macam down syndrome ke retard mental ke ataupun cacat fizikal. Tapi sebagai ibu saya reda dengan apa yang Tuhan berikan,” Ujar Karinda yang merupakan suri rumah sepenuh masa dalam masa yang sama membuat bisnes online.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun pendidikan terawal adalah dari rumah.
Ibu bapa yang mencorakkan anak-anak justeru cara mendidik mereka harus betul supaya tidak tersalah langkah.
Mulakan dari awal bak kata pepatah jika nak melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Menerusi satu catatan, wanita bernama Nurul Atika Moktar berkongsi tentang tip mendidik anak yang dikongsikan oleh seorang wanita cina kepadanya.
Ilmu keibubapaan ini cukup penting dan boleh digunapakai oleh ibu bapa sekalian dalam mendidik anak-anak.
Pergi pasar dengan Adra tadi, sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak.
Mulanya tegur aunty tu sebab muka dia nampak sangat sangat muda, tapi rambut semua dah putih. Saja tanya umur dia, dia cakap 58. Tapi serius muka dia macam umur 30 macam tu. Cantik sangat! Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.
“Nak bagi badan muda muka cantik, hati kena baik. Sentiasa positif, jangan selalu marah, hati cantik muka pun cantik”
“Kalau boleh biar anak pandai bahasa ibunda dulu. Lepas tu jangan campur-campur. Nanti anak confuse. Saya ajar anak saya harini 1 hari cakap Mandarin. Esok 1 hari cakap Bahasa Melayu. Lagi esok 1 hari cakap Inggeris. Tak ada campur. Lagi anak senang ingat”
“Benda basic macam atas bawah luar dalam, warna, bentuk, apa dia rasa macam suka sedih marah, semua kena ajar bukan guna buku,bukan guna telefon.
“Jadi mak bapak hati kadang-kadang kena keras. No means no. Kalau anak menangis nak telefon jangan terus bagi. Bagi anak faham bila kita cakap TAK, dia faham memang tak boleh”.
Sekadar gambar hiasan
Itulah permulaan perbualan kami. Lepas tu dia tengok Adra tengah belek-belek sayur. Tanya ni apa, tu apa. Haa tu yang terus aunty tu ajar macam-macam.
“Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar. Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia. Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.”
Sekadar gambar hiasan
“Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you. Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia “lai” sini mama mau tanya”
Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, “nak sikit”. Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.
Lagi aunty tu pesan. Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf. “Oh ya, mama salah tadi..sorry”
Ada lagi. “Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1. You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last? Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang”
okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah. Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar? Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu)
Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.
Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting 🙂
Tq aunty
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video seorang lelaki berang di hadapan kaunter penerbangan gara-gara menunggu terlalu lama hingga berjam-jam untuk menaiki pesawat yang sepatutnya dijadualkan berlepas pada jam 11.35 malam.
Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai @opmchimmy, dia mengatakan sepatutnya pesawat yang membawa mereka berlepas pada jam 2335 (11.35 malam) 22 Disember 2022 namun ditunda sehingga jam 0740 (7.40 pagi) 23 Disember 2022, tanpa sebarang pengumuman.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Dalam video tersebut, jelas terdengar suara tegas seorang lelaki yang sedang marah di kaunter untuk menggesa agar pihak pengurusan bertangungjawab kepada para penumpang yang keletihan lebih-lebih lagi kepada warga emas.
Selepas didesak, pihak pengurusan memberi jawapan bahawa hotel mereka penuh dan tidak dapat berbuat apa-apa.
Penjelasan tersebut membuatkan para penumpang semakin naik angin kerana mereka membiarkan penumpang menunggu selama 8 jam tanpa sebarang pengumuman.
8 Jam Kena Sidai
Susulan daripada itu, individu yang menengking staf yang bertugas di kaunter tersebut telah tampil menjelaskan keadaan ketika itu yang mana ia berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui ciapannya di twitter.
YB @anthonyloke please do somethinglah to Malaysia punya airline operator. @malindoair tak ada hati perut ker nak maklum kan kepada pelanggan hantar blanket atau neck pillow at least. Delayed dari jam 11 ke 6 pagi dalam airport sejuk macam ni? Tolonglah elok sikit. pic.twitter.com/uRv1i8bgWG
Firdaus Jailan mengatakan yang dia sepatutnya menaiki pesawat jam 11.35 malam untuk ke Kuching, Sarawak namun penerbangan telah ditunda dan tiada sebarang pengumuman sehingga mereka perlu menanti terlalu lama.
Susulan daripada itu, ramai yang bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh lelaki terbabit dek kerana pernah alami masalah yang sama.
Mereka juga merasakan apa yang dilakukan dengan menunda waktu penerbangan tanpa memberitahu dan terlalu lama sangat keterlaluan memandangkan ia telah menyusahkan penumpang yang tidak membuat persediaan berhubung kejadian seperti itu.
“flight delay xpe ye…penumpang lmbt seminit dua korg reject blh plk ye…..adil ke xadil????”, komen netizen.
“flight lambat 8 jam, ok penumpang lambat 1 minit, tutup gate” ujar salah seorang wargamaya pula.
“Saya perna delay 8 jam tapi pihak flight bayarkan hotel untuk Saya rehat,pergi balik hotel pun pihak flight tanggung,” komen yang lain pula.
Buat pasangan yang mendirikan rumah tangga andai sudah beberapa tahun berkahwin jika tidak juga dikurniakan zuriat, orang di kiri dan kanan akan mulah lah cakap itu dan ini. Hatta bagi pasangan ini, kecintaannya memelihara kucing juga dijadikan asbab orang bercakap.
Berkongsi kisah tentang kucing dan zuriat, jom kita baca perkongsian ini. Mana yang baik dijadikan sebagai tauladan, mana yang sebaliknya dijadikan sempadan.
Ini perkongsiannya.
Kalau siapa kenal Fluffy, dia mesti akan ada dalam setiap gambar kami. Dia akan ada dibahu bila bergambar. Kami nikah dia pun ada. Kami sanding atas pelamin pun ada.
Selepas 2 tahun kahwin, baru ada rezeki ada baby. Tahun ni alhamdulillah selamat lahirkan baby.
Tapi… selepas genap sebulan baby lahir, Fluffy tinggalkan kami. Memang sayu sangat rasa.
Masa belum ada zuriat, org selalu cakap “kau sayang sangat kat kucing. Sebab tu Allah tak bagi rezeki anak”. Macam-macma lagi lah orang cakap. Bila dah ada baby, dan Allah ambik Fluffy, kami fikir, Baby ni seolah-olah pengganti Fluffy. Allah bagi baby, Allah ambil Fluffy. Dua-dua kesayangan kami. Dia dah puas teman kami sepanjang takde baby. Allahu. Memang sedih sgt2. Terasa kehilangan dia.
Raya kali ni, Fluffy dah takde. Kita cuba letak cucu dia pula kat bahu. Tapi Fluffy tetap tiada ganti.
Meninjau di ruangan komen, ramai memberi respon di atas tanggapan orang bila ada yang selalu cakap “kau sayang sangat kat kucing. Sebab tu Allah tak bagi rezeki anak”. Netizen rata-rata menyangkal dakwaan tersebut dan meletakkan rezeki zuriat itu adalah kententuan Allah.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.