Sanggup Jadi ‘Dinding’ Selamatkan Murid, Guru Terkorban Ketika Serangan Tembakan Rambang.

Share

Ketika ini suasana pilu menyelibungi perkarangan Sekolah Rendah Sandy Hook pada 2012 di Newtown, Connecticut setelah berlaku insiden tembakan rambang sehingga mengorbankan ramai kanak-kanak dan guru.

Memetik laporan Astroawani, angkat kematian telah meningkat kepada 21. Suspek yang dikenal pasti sebagai Salvador Ramos, 18, turut terkorban dalam insiden itu.

Kejadian yang berlaku di dalam sekolah berkenaan telah menyaksikan seorang guru yang sedang mengajar sanggup mengorbankan dirinya demi melindungi muridnya.

 

Bagaikan menjadikan dirinya ‘dinding’ tembakan itu telah mengakibatkan dirinya terkorban.

Mangsa dikenali sebagai Eva Mireles, seorang guru yang telah mengajar selama 17 tahun di sekolah tersebut.

Ibu saudara Mireles, Lydia Martinez Delgado, berkata anak saudaranya itu ditembak dan dibunuh lelaki bersenjata ketika cuba melindungi pelajarnya yang berusia di antara 9 hingga 10 tahun.
Dalam temu bual telefon dengan New York Times, Delgado berkata Mireles yang berusia awal 40-an, dan mempunyai seorang anak merupakan seorang yang sangat suka mengajar.

 

 

Sumber: Astroawani

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club