Setiap kali kita melihat anak-anak menggalas beg yang ‘sarat’ ke sekolah tentu kita berasa kasihan. Malah tidak dinafikan, sebagai ibu ayah kita sering juga mendengar anak-anak mengeluh kerana hari-hari terpaksa ‘memikul’ beg yang berat. Sekali sekala tersentuh juga hati kita, kalau boleh kita tidak mahu melihat anak-anak terasa susah.
Namun sedar atau tidak, andai kita melihat anak kita susah, sebenarnya masih ada yang lebih susah namun semangat mereka untuk terus berjuang menuntut ilmu tidak pernah pudar.
Ini sepertimana semangat yang ditunjukkan oleh adik Ayon Manson, anak kelahiran Kg Terian Penampang. Cukup luar biasa!
Jika anak-anak kita mengambil masa untuk sampai ke sekolah anggaran15 minit hingga 30 minit , itu pun dek kerana disebabkan kesesakan lalu lintas. Kemudian setibanya diperkarangan sekolah, kita akan hantar sampai ke depan pagar dan hanya beberapa langkah mereka berjalan sambil menggalas beg. Itu pun sudah ada yang mengeluh, penat!
Namun lain pula rutin harian yang dilalui oleh anak ini. Setiap hari demi menuntut ilmu dia sanggup berjalan kaki selama 3 jam seorang diri dengan menggalas beg yang sarat dengan buku.
Anak kelahiran Kg Terian Penampang ini tidak menghiraukan kepayahan dan keperitan yang perlu ditempuh demi menimba ilmu untuk berjaya di masa akan datang dan sekali gus merubah kehidupan keluarganya menjadi lebih baik.
Menurut perkongsian daripada Mimbar Raudhah ini, pastinya meninggalkan kesan di hati kita. Nyata betapa anak sekecil ini mempunyai jiwa yang besar dan tabah mengorak langkah saban hari demi mencari ilmu.
Ads
“Sanggup Jalan Kaki 3 Jam Untuk Ke Sekolah
Allahuakbar..
“Kuatnya semangat adik ni. Setiap hari adik Ayon berjalan kaki 3 jam seorang diri ke sekolah, dengan menggalas beg yang penuh dengan buku dan keperluan lain”
Berusia 13 tahun, adik Ayon Manson merupakan anak keempat daripada tujuh adik-beradik. Dia berasal dari pedalaman Kg Terian Penampang.
Difahamkan juga bahawa ibu Ayon tidak bekerja, manakala ayahnya merupakan seorang petani dan mereka hidup dalam serba kekurangan.
Ads
Terbaharu, dikhabaran bahawa ayahnya telah pun mendapat kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tular baru-baru ini pengakuan seorang selebriti Malaysia yang mengulas isu menutup aurat sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.
Di dalam siaran langsung tersebut, Ifa Raziah meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang sebanyak tiga kali untuk ke Tanah Suci sebagai tetamu Allah walaupun masih belum mengenakan hijab.
Seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai @nazrul_al_bangsari memuatnaik pengakuan Ifa tersebut menerusi laman sosialnya.
Apa yang membuatkan tidak berpuas hati dengan tindakan selebriti itu yang mempersoalkan terdapat golongan mengikut perintah Allah dengan memakai hijab tetapi perbuatan mereka tidak seiring dengan penampilan.
Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun mengulas mengenai isu tersebut sekaligus membuat teguran kasih sayang kepada artis terbabit.
Menurut Ustazah Asma, peluang menunaikan haji dan umrah memang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Namun, kayu ukur utama adalah perubahan yang dilakukan selepas pulang dari mengerjakan ibadah tersebut sama ada ibadah lebih baik, sama sahaja atau semakin buruk.
Beliau turut menjelaskan setiap teguran yang diberikan bukan bermaksud mahu mengambil kerja Tuhan tetapi ia juga bukan bermakna orang lain boleh senang-senang memperkecilkan perintah Tuhan.
Baru-baru ini pelakon Zarina Zainuddin berkongsi detik cemas yang dialaminya apabila tayar kereta yang dipandu tiba-tiba pecah dan terbelah dua. Pengalaman ngeri ini diceritakan sendiri olehnya di entri terkini laman sosial Instagramnya.
Ketika kejadian berlaku, Zarina bersama ibu dan seorang anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai atau lebih dikenali sebagai Azil. Bertambah bahaya, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan kenderaan yang dibawanya berada di sebelah lori.
“Masa pergi okay masa balik hari hujan lebat, saya tak bawak laju sebab bawak anak dengan mak. Masa tayar tu meletup tepi belah kiri ada lori, kereta saya dah hilang haluan.
“Saya pegang handle kuat-kuat dah hanya mampu jerit Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar. Ya Allah Ya Allah Ya Allah. Tayar tu dah terbelah dah tapi masih lekat pada rim.
“Saya terbau benda terbakar risau saya. Nasib baik masa kejadian tak ada kereta atau lori belakang kereta saya. Saya handle stering kereta ke bahu jalan rapat-rapat. Ya Allah permudahkan lah,” jelasnya di ruangan kapsyen.
Tambah Zarina lagi, walaupun cemas namun dia sebagai ibu harus mengambil tanggungjawab untuk menenangkan Azil yang ketakutan.
“Azil agak takut dia duduk diam-diam pegang tangan saya. Kita orang nak terkencing pun kena tahan. Terima kasih atas doa doa semua, syukur alhamdulillah. Mak saya dapat saya bawak balik KL walaupun dengan keadaan begini,” tulisnya.
Dalam pada itu, Zarina juga menjelaskan kepulangannya ke Perak adalah untuk mengambil ibunya pulang ke Kuala Lumpur adalah tidak dirancang. Disebabkan itu juga, Zarina turut dimarahi suaminya kerana suka melakukan sesuatu perjara tanpa perancangan selain tidak memaklukan kejadian itu lebih awal.
“Saya sampai rumah dengan selamat. Sampai di rumah ingat nak mengadu dengan suami akhirnya kena marah. Suami cakap saya suka buat satu benda tu tanpa rancangan. Terus gerak je sampai Sungai Buluh baru teringat nak bagitahu suami. Abah, ibu gerak ke Ipoh ambik mak rindu sangat kat mak. Ina bawa Azil sekali.
“Dia kata boleh ke handle tu sorang-sorang. Insya-Allah boleh. Kereta okay ke, saya kata okay sahaja. Padahal saya tak check pun. Saya tahu check minyak je.
“Dia pun tak cakap apa-apa, saya dah gerak. Dia tahu isteri dia ni main redah je pergi mana-mana. Bagi saya, saya curi-curi masa yang ada, kebetulan saya free,” tambahnya.
Berikut merupakan tips atau langkah penting yang perlu anda lakukan sekiranya tayar kereta pecah ketika memandu:
Kawal diri, jangan tekan pedal minyak
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah kawal diri anda. Cuba bertenang dan jangan sesekali tekan pedal pendikit atau brek. Ingat, meskipun tayar kereta akan mula membelok dan bergegar, namun anda perlu tahu bahawa kereta itu sebenarnya masih kekal seimbang. Jadi, kekalkan sahaja kaki pada posisi pedal sedia ada.
Untuk makluman anda, apabila brek ditekan secara mengejut, tayar akan mula terkunci dan pemandu akan mula hilang kawalan stereng, dan seterusnya menyebabkan kereta akan berubah haluan atau terhuyung-hayang mengikut hukum fizik berbanding arah yang kita mahukan.
Apabila tayar terkunci, ia akan meningkatkan peluang kereta untuk roll over memandangkan berlaku ketidakseimbangan mengejut kerana tayar pecah secara tiba-tiba.
Jangan brek secara mengejut
Jika sudah cemas, otak kita kadang kala sememangnya secara automatik akan terus menghentam pedal brek. Namun, jika boleh jangan lakukannya. Jika brek ditekan secara mengejut, ia boleh menyebabkan kereta hilang imbangan lalu berpusing dan terbalik, selain merosakkan sistem brek seperti menyebabkan brek terkunci.
Jika kereta anda mempunyai ciri keselamatan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), maka ia mungkin akan membantu anda. Namun untuk kenderaan yang tidak ada, anda perlu menahan diri daripada menekan brek secara mengejut ya.
Jika anda perlu juga brek, cuba brek secara mengepam, iaitu tekan dan lepas berkali-kali sehingga kereta mencapai kelajuan yang mampu dikawal.
Kawal stereng dengan perlahan
Roda stereng adalah komponen yang sama mengawal roda tayar. Secara amnya, tayar kereta akan mengikut haluan yang dibawa oleh stereng. Namun dalam situasi tayar pecah, ia akan berubah. Mungkin jika anda mahu belok ke kiri, kereta anda akan belok ke kanan dan sebaliknya.
Ingat, meskipun tayar pecah, kereta anda sebenarnya masih dalam kawalan walaupun keseimbangan kereta sudah tidak sama lagi. Ini membuatkan stereng bergegar dan membelok ke arah tayar pecah. Contoh, jika tayar depan kiri pecah, stereng kereta anda secara automatik akan cenderung belok ke kiri kerana berat tertumpu ke bahagian pecah tersebut.
Jadi, cuba pegang stereng dengan kuat dan pastikan kereta terus bergerak lurus ke hadapan.
Rendahkan gear
Anda memandu kereta auto? Jadi, terus turunkan gear daripada D4 ke D3 dan D2. Jika kereta yang dipandu anda pada ketika itu pula adalah kereta manual, segera tukar gear tanpa menekan klac.
Ini bagi memastikan anda dapat menghentikan kelajuan kereta secara selamat dalam situasi seperti ini.
Kekal pada lorong sama
Cuba kawal kereta dalam laluan atau lorong anda sedang memandu pada waktu itu. Apabila anda sudah berjaya memandu dalam keadaan yang lurus, biarkan kereta anda berhenti secara sendiri dan perlahan-lahan ke tepi (pada ketika ini, kereta biasanya sudah berada dalam kawalan).
Walau bagaimanapun, pastikan tempat anda memberhentikan kereta itu adalah selamat dan tidak berisiko untuk menyebabkan kemalangan lain.
Nyalakan lampu kecemasan
Apabila sudah berhenti dengan selamat, pastikan anda menyalakan lampu kecemasan sebagai tanda amaran kepada pengguna jalan raya lain. Ini bagi memastikan pengguna lain lebih berhati-hati dan memperlahankan kenderaan mereka apabila menghampiri kereta anda.
Kemudian, anda boleh mula menukar tayar kereta anda dengan tayar spare yang ada di dalam kereta. Jika anda tidak arif, anda juga boleh mendapatkan bantuan tepi jalan atau khidmat tunda yang disediakan oleh syarikat insurans anda.
Tak perlu tunggu modal yang banyak, sebaliknya dengan bakat dan kemahiran yang ada, banyak yang boleh dijimatkan. Ini cara yang ditunjukkan oleh saudara Syahrum Shukri untuk membuat kaunter bar.
Saya nk berkongsi projek DIY saya iaitu buat bar counter baru bagi menggantikan counter yg lama yg dh reput. Asalnya ingat nk order dgn company yg asal buat kitchen cabinet sblm ni tp sbb projek kecil je dan kewangan x berapa cukup so try buat sendiri je lah. Huhu
Counter top solid wood dan laminated board putih saya beli kat lazada. Kayu selebihnya beli kat hardware. Design sendiri ala kg. Janji berfungsi dan kukuh insyaAllah.
Cara buat:
Bar counter yg lama. Dh reput sbb bukan solid wood. Kena air lama2 reput. Pakai dh masuk 2 tahun.
Rangka buat drpd kayu2 yg beli kat hardware.
Plywood beli kat hardware untuk cover bahagian counter top.
Keadaan yg dh separuh siap. Tunggu nk cat bahagian depan dan sapu wood coating kat counter top
Selepas cat bahagian plywood
Apply wood coating untuk naikkan seri
Apply wood coating jenis clear untuk naikkan seri dan bagi tahan lama.
Setelah apply keseluruhan surface dgn wood coating. nampak kemas skit.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila hidup berjiran ini sememangnya tidak mudah namun jika kita saling hormat-menghormati serta bertolak ansur pasti semuanya dapat hidup dengan harmoni. Baru-baru ini, sebuah video...