Tidak mungkin terhitung betapa banyaknya jasa seorang ibu kepada kita. Bukan setakat membesarkan dan mendidik kita sejak kecil, tetapi pengorbanannya sudah bermula sejak kita berada di dalam kandungannya lagi.

Maka sebab ini juga selagi nyawa dikandung badan, kita sebagai anak akan cuba memberi yang terbaik buat ibu yang tersayang. Jika tahap kesihatan seorang ibu diuji dengan kesakitan, sebagai anak akan kita cuba ubati agar ibu tidak terus menanggung derita. Sedaya mampu akan diusahakan walau dengan apa cara sekali pun hatta terpaksa bergolok bergadai untuk membiayai kos perubatan.

Itulah juga apa yang cuba diusahakan oleh Achey ketika ini. Jika sebelum ini diuji dengan kehilangan ayah tercinta pada 19 Mac lalu dan perkembangan terkini, Achey diuji sekali lagi apabila ibunya pula iaitu Ngaisah Hassan mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 20 kilogram.

Menurut laporan di portal Artis Malaysia, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, berkata selepas menjalani pemeriksaan doktor mengesahkan ibunya mengidap penyakit kencing manis selain berdepan dengan masalah dalaman.

Selepas menjalani beberapa pemeriksaan, terdapat masalah antara saluran hempedu dan pankreas dan kini ibunya dirawat di KPJ Johor Specialist Hospital.

“Sanggup Gadaikan Harta Yang Ada Demi Rawatan Mak”- Achey Ralat Leburkan Duit Simpanan Buat Bisnes!

“Dua bulan selepas arwah abah meninggal, dia ada mengalami angin dekat ulu hati dan sejak akhir-akhir ini berat badannya turun mendadak sehingga hampir 20 kilogram.
“Melihat keadaannya itu, saya bawa mak jumpa pakar melakukan pemeriksaan. Tiba-tiba doktor sahkan dia ada kencing manis dan ujian darah pun menunjukkan ada masalah dalaman.

Ads

“Bila scan, ada masalah antara saluran hempedu dan saluran pankreas tapi doktor tak dapat nak sahkan. Sekarang mak di KPJ Johor Bahru untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya. Sebab di KPJ sahaja ada pakar untuk masalah itu.

“Ini kali pertama mak naik ambulan dan saya pun teman dia sekali. Mak berusia 73 tahun dan sekiranya ada pembedahan besar, ia agak risiko tinggi untuk dirinya,” kata Achey.

“Sanggup Gadaikan Harta Yang Ada Demi Rawatan Mak”- Achey Ralat Leburkan Duit Simpanan Buat Bisnes!

Achey menerusi laman Instagram miliknya ada memuat naik foto dia bersama ibunya di sebuah hospital dengan kapsyen dia sanggup menggadaikan hartanya yang ada demi memberikan rawatan terbaik buat ibunya berusia 73 tahun.

Ahli kumpulan Bocey ini yang sudah hampir tiga bulan berada di kampung halamannya Segamat, Johor berasa ralat kerana sudah menggunakan duit simpanan untuk beberapa perniagaan.

Ads

“Kita sebagai anak, apa saja harta yang ada kita akan cuba cairkan untuk rawatan dia. Mungkin ini cara untuk kita berbakti untuk dia. Kebetulan saya memang dekat Johor hampir tiga bulan sebab saya uruskan perniagaan.

“Yang agak merungsingkan saya ketika ini adalah duit simpanan saya sudah laburkan sedikit untuk perniagaan. Tapi duit simpanan untuk rawatan sekarang masih ada.

“Memang rasa amat ralat la… kalau saya tahu jadi macam ini, saya akan simpan duit itu. Kalau selepas ini nampak saya post nak jual motosikal ke, get ready la. Saya akan jual untuk perbelanjaan rawatan selanjutnya.

“Kita tak tahu mungkin ujian akan datang selepas kejayaan. Nak buat macam mana, kena reda. Adik-beradik dan isteri juga banyak membantu,” ujarnya.

Ads

Sumber : Artis Malaysia & @acheykintangkintung

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520 

“Sanggup Gadaikan Harta Yang Ada Demi Rawatan Mak”- Achey Ralat Leburkan Duit Simpanan Buat Bisnes!

 

Jika anda inginkan tawaran harga istimewa untuk bag tote COACH klik di sini

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI