“Sanggup Berpeluh & Berpanas, Sejuk Perut Ibu Mengandung.” Ebit Lew Jadi Mickey Santuni Anak-Anak Istimewa Buat Ramai Sebak!

Share

Melihat beliau ke sana ke mari menghulurkan bantuan, ramai hati yang tersentuh, banyak jiwa yang bersyukur. Biarpun terselit cercaan dan kata-kata yang tidak sedap di dengar, namun empunya diri tetap tabah meneruskan usaha membantu orang lain.

Walaupun terpaksa berpisah berhari-hari dan meninggalkan anak serta isteri, Pendakwah bebas bernama Ebit Lew ini cekal dan tabah mengharungi segala ujian. Cukup tersentuh hati melihat betapa besar pengorbanan yang dilakukan demi membantu golongan yang memerlukan.

Terbaru, Ebit Lew menyantuni anak-anak istimewa  dengan menyamar memakai maskot Mickey selain belanja makan di restoran miliknya membuatkan ramai meluahkan rasa sebak dan terharu.

Bahagia sangat hati di Petang Jumaat. Saya jadi Mickey belanja belanja adik istimewa di Paramount Coffee House. Belanja anak ini anak patung dan sedikit angpow. Happy sangat tengok anak ini semua.


Di kala kita rasa berat ada anak yang sangat istimewa. Mak ayah nya terpilih melalui ujian kerana kasih sayang Allah. Ustaz, saya berdoa nak jumpa ustaz. Minat sangat dekat ustaz. Rezeki kami dapat bertemu ustaz. Allah sayang abang kakak semua. Semoga sentiasa bahagia dan Allah kabulkan doa.


Saat tengok anak ini senyum atau happy. Terasa bahagia. Lagi bahagia dapat senyuman wajah mak ayah yang hadir. Ada rezeki kita bertemu lagi ye.