
Melihat beliau ke sana ke mari menghulurkan bantuan, ramai hati yang tersentuh, banyak jiwa yang bersyukur. Biarpun terselit cercaan dan kata-kata yang tidak sedap di dengar, namun empunya diri tetap tabah meneruskan usaha membantu orang lain.
Walaupun terpaksa berpisah berhari-hari dan meninggalkan anak serta isteri, Pendakwah bebas bernama Ebit Lew ini cekal dan tabah mengharungi segala ujian. Cukup tersentuh hati melihat betapa besar pengorbanan yang dilakukan demi membantu golongan yang memerlukan.
Terbaru, Ebit Lew menyantuni anak-anak istimewa dengan menyamar memakai maskot Mickey selain belanja makan di restoran miliknya membuatkan ramai meluahkan rasa sebak dan terharu.
Bahagia sangat hati di Petang Jumaat. Saya jadi Mickey belanja belanja adik istimewa di Paramount Coffee House. Belanja anak ini anak patung dan sedikit angpow. Happy sangat tengok anak ini semua.
Di kala kita rasa berat ada anak yang sangat istimewa. Mak ayah nya terpilih melalui ujian kerana kasih sayang Allah. Ustaz, saya berdoa nak jumpa ustaz. Minat sangat dekat ustaz. Rezeki kami dapat bertemu ustaz. Allah sayang abang kakak semua. Semoga sentiasa bahagia dan Allah kabulkan doa.
Saat tengok anak ini senyum atau happy. Terasa bahagia. Lagi bahagia dapat senyuman wajah mak ayah yang hadir. Ada rezeki kita bertemu lagi ye.
6 Cara Ni Untuk Memupuk Tabiat Menabung Pada Anak Sejak Kecil.

‘Melentur buluh biar dari akarnya’ ayat ini bermaksud, jika kita ingin anak menjadi seorang yang baik dan berjaya, kita perlu mendidik mereka sejak kecil lagi.
Begitu juga untuk mendidik anak suka menabung. Sebagai ibu bapa, ini adalah masa yang terbaik bagi anda mendidik anak-anak.
Didik mereka untuk menyimpan duit sekiranya mereka ingin membeli barang idaman mereka.
6 Tips Mengajar Anak Menabung Dari Kecil
Peningkatan kos sara hidup sekarang merupakan satu isu yang tidak habis-habis diperkatakan oleh semua orang. Jadi,kita sebagai ibu bapa haruslah mendidik dan menggalakkan anak –anak untuk belajar dalam menguruskan perbelanjaan mereka dari kecil lagi. Agar mereka tidak membesar menjadi seorang yang boros dan tidak tahu hargai duit.
.
Tabiat kewangan yang baik seharusnya dipupuk oleh ibu bapa itu sendiri dengan menjadi idola yang hebat di mata anak-anak. Pada peringkat awal ini, boleh jer ajar anak menabung bermula di rumah. Kita pupuk minat mereka untuk menyimpan dan kena mulakan daripada sekarang.
.
Bila dah makin meningkat dewasa mereka akan secara sendiri suka menyimpan kerana sudah diajar dari kecil. Dibawah ni Ahyat ada kongsikan tips yang Ahyat guna untuk anak-anak Ahyat supaya suka menabung.
.
1. Sediakan Tabung Yang Cantik
Terdapat pelbagai jenis tabung yang dijual di pasaran. Ikutlah yang mana anak kita berkenan kalau boleh carilah tabung yang cantik ataupun cari tabung lutsinar yang boleh nampak supaya mereka dapat melihat sendiri hasil simpanan mereka yang semakin banyak itu.
.
Kalau nampak ruang-ruang kosongnya, sudah tentu duit yang simpanan belum banyak. Bila mereka nampak hasil tabungan mereka, mereka akan rasa lagi bersemangat nak tambah dan terus menyimpan.
.
2. Beri Wang Saku Dan Ajar Cara Mengurus Pembelanjaan
Ini merupakan ‘pendapatan’ pertama mereka. Ajar mereka untuk belanja secara berhemah. Sekiranya kita ada sediakan bekal makanan untuk anak bawak ke sekolah, kita juga boleh berikan wang saku kepadanya.
.
Disini lah kita boleh ajar mereka, bila mereka pulang sekolah cuba kita tanya, apa yang mereka beli, berapa baki dan berapa banyak boleh mereka simpan untuk hari tersebut.
.
3. Ajar Anak Buat Matlamat Menyimpan
Ajar mereka setiap duit yang mereka simpan mempunyai matlamat. Apakah yang nak dibelanjakan setelah duit dalam tabungan cukup. Kita sebagai ibu bapa kena tanya mereka apa yang mereka inginkan dan matlmat dalam menyimpan. Contohnya anak lelaki nak beli playstation 4 ataupun patung Barbie bagi anak perempuan.
.
Disamping itu,kita juga boleh bawa mereka ke kedai dan dapatkan harga tersebut supaya mereka tahu dan teruskan bersemangat untuk menyimpan agar dapat barang yang dikehendakinya itu. Apabila sudah jelas dengan matlamat simpanan anak-anak, kaji berapa lama mereka perlu simpan dan buat jadual khas untuk perkara ini.
.
Buat jadual berkotak dan gunakan pelekat bewarna, supaya mereka boleh kenal pasti berapa jangka masa yang perlu mereka simpan untuk mencapai matlamat tersebut.
.
Ajar mereka tiada apa yang percuma dan senang nak dapat sekarang. Ayah dan emak terpaksa kerja keras untuk sekolahkan dan membesarkan mereka semua. Ajarkan mereka konsep bersyukur. Dalam proses menabung,inilah masa yang sesuai untuk kita terapkan erti nilai wang kepada mereka.
.
4. Ajar Untuk Dapat Wang Tambahan
Beritahu mereka, sekiranya mereka inginkan duit tambahan dengan cepat, mereka perlu lakukan kerja rumah atau membantu kita supaya kita dapat memberi mereka upah. Upah tersebut bolehlah mereka menyimpan untuk membeli barang yang diingini.
.
Lagi satu cara kita juga boleh mengajar mereka untuk berniaga secara kecil-kecilan, contohnya bawa mereka ke pasar lambak untuk menjual mainan terpakai mereka dan ia dapat melatih mereka mengira wang dan lebih sistematik dalam kehidupan apabila dewasa nanti.
.
5. Didik Belanja Ikut Kemampuan
Ajarlah anak-anak sejak dari kecil lagi untuk berbelanja mengikut kemampuan sendiri. Jangan berlagak kaya dan sentiasa merancang perbelanjaan walaupun ketika berada di sekolah. Didik mereka untuk tidak meminjam duit rakan jika tiada duit tetapi hanya menggunakan wang saku dengan cermat.
.
6. Berikan Ganjaran Kecil
Sesekali berikan mereka ganjaran daripada usaha mereka dalam meningkatkan tabungan. Benda yang paling simple, biarlah hadiah kecil saja namun bergantung kepada kita nak beri hadiah apa pada mereka. Contohnya, masukkan lauk kegemaran mereka, belikan buku atau belanja makan aiskrim.
.
Percayalah selepas sebulan kita akan nampak hasil dan tabung semakin penuh kerana anak dah mula tahu bila dia menabung makin banyak ibu bapa mereka akan memberi hadiah kepadanya. Hadiah ni salah satu pembakar semangat untuk mereka lebih suka menabung.
.
Kesimpulannya, kita sebagai ibu bapa perlu menjadi modal atau contoh yang baik untuk mengajar anak2 kita menabung dari kecil supaya bila besar nanti mereka jadikan satu tabiat untuk menyimpan bagi masa depan mereka juga.
Sumber: Ahyat Ishak
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Belum Rezeki Dapat Baby, Boleh Kumpul Emas.” Empat Tahun Kahwin, Wanita Ni Kongsi Hasil Minat Suami Kumpul Emas!

Setiap orang memiliki minat dan hobi masing-masing. Ada yang hobinya memerlukan modal ribuan ringgit, ada juga yang tak perlu keluar belanja mahal.
Biasanya kalau sebut barangan kemas, ia cukup sinonim dengan kaum wanita. Ibarat irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan. Namun perkongsian ini agak ‘unik’. Yang suka mengumpul barangan kemas adalah sang suami.
Menurut Noraina Raena, sebelum berkahwin dia langsung tidak berminat dengan emas. Semuanya berubah selepas mendirikan rumah tangga memandangkan suaminya sangat suka dengan emas.
Menerusi perkongsiannya di laman facebook, empat tahun mendirikan rumah tangga, Noraina berjaya mengumpul pelbagai rekaan barangan kemas.
Suami sy kata cukup 1kg stop tau , no more gold transaction ! 🤣🤣🤣 . Storynya kumpul dr hasil perkahwinan dekat 4 tahun . Belom ada rezeki nak dpt baby , tetapi ada rezeki boleh kumpul emas .
Sebelom kawen sis lgsg tak minat dgn emas pon , di sebabkan suami suka dgn emas , so inilah hasilnya ❤️ …
Seronok kan kalau dapat suami yang suka menghadiahkan isteri dengan barangan kemas sepertimana perkongsian ini, tetapi bagi pasangan yang tidak boleh berbuat demikian, jangan cemburu atau kecewa.
Kebahagian dalam rumah tangga bukan terletak pada kemewahan wang ringgit atau emas, sebaliknya bagaimana suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain. Kalau mampu, bolehlah manjakan pasangan dengan emas kan.
Kredit: Noraina Raena
“Budak Lebih Peka Apa Dia Nampak Dari Pesan” Praktikal Situasi Penculikan Raih Pujian Netizen

Baru-baru ini, kecoh di negara kita tentang kes culik yang berlaku melibatkan kanak-kanak dan dikaitkan dengan isu van putih. Disebabkan kes yang menjadi tular, sedikit sebanyak meninggalkan kesan dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa tentang keselamatan anak mereka. Lebih-lebih lagi dimomokkan dengan penjualan organ, lagilah cuak semua orang!
Untuk membendung masalah penculikan ini, tular satu video yang dikongsikan semula oleh pengguna Tiktok yang memaparkan usaha pihak sekolah bagi membendung masalah ini. Menerusi video tersebut, mereka telah melakukan satu situasi penculikan untuk memberikan kesedaran kepada kanak-kanak.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang individu yang berlakon memakai topeng muka sambil membawa beg plastik mengandungi makanan dan mainan. Dia kemudiannya menghampiri kanak-kanak di dalam kelas dan menghulurkan sebagai umpan bagi menarik perhatian mereka.
Salah seorang dari kanak-kanak itu mengambil makanan yang dihulurkan namun dia kemudiannya diangkat dan dibawa lari menyebabkan kanak-kanak lain takut melihatnya. Individu itu seterusnya menghulurkan makanan dan mainan yang dibawanya kepada yang lain tetapi masing-masing nampaknya sudah belajar dari situasi yang berlaku sebelum itu.
Mereka juga dilihat menolak pelawaan tersebut sambil menangis ketakutan seakan-akan tahu ianya akan membahayakan mereka jika menerima umpan tersebut. Walaupun situasi penculikan itu telah membuatkan kebanyakan kanak-kanak di situ menangis, ramai yang memuji usaha pihak sekolah memberikan kesedaran tersebut.
@nshyafira♬ original sound – ns🤍
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut berharap sekolah-sekolah di Malaysia dapat melakukan perkara yang sama bagi mendidik kanak-kanak tentang situasi penculikan seperti ini. Malah ramai yang menganggap kesedaran seperti ini dapat membantu melindungi mereka daripada sebarang bahaya pada masa hadapan.
Sumber : @nshyafira