Selagi ada kemahuan, di situ ada pasti ada jalan. Begitu juga dengan rezeki, seandainya kita sering berusaha untuk mencapai segala yang di impikan, ianya pasti akan termakbul suatu hari nanti.
Seperti kisah seorang bekas anggota polis ini, dia sanggup berhenti kerja sebagai anggota polis dan kini bertugas sebagai pengawal peribadikepada seorang ahli perniagaan.
Menurut Ameyza Yaacob yang berusia 35 tahun ini, biarpun pada awalnya dia mendapat banyak tentangan dari banyak pihak namun dia tidak menyesali keputusannya itu.
“Saya kerja dalam kerajaan selama lima tahun. Saya resign Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2019. Sebabnya, saya dapat better offer daripada syarikat swasta.
“Saya mengambil masa dekat setahun untuk resign. Saya berfikir dalam tempoh setahun, Saya tanya orang lama dalam unit saya, kemudian saya berbincang dengan keluarga.”
[TRENDING] Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Buat Mak Dan Ayah Di Semenanjung
[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL
Cerita wanita ini lagi, pada awalnya keluarga seakan tidak menyokong tindakannya itu kerana dia sudahpun mempunyai pekerjaan tetap.
“Mereka berat hati tapi saya jelaskan sebab saya ambil keputusan ini. Akhirnya mereka bagi green light.” Ceritanya mengimbas kembali detik itu.
Bagi wanita yang senang disapa sebagai Aimey ini, dia merasakan kehidupannya kini lebih terjamin. Malah dia bersyukur kerana dapat terus menabur bakti kepada keluarganya di Kelantan.
Tambah Aimey, dia percaya dengan takdir Allah dan yakin rezeki itu ada di mana-mana asalkan ia disusuli dengan usah dan kerja keras.
Mengenai keistimewaan yang akan didapati oleh setiap penjawat awam, menurut Aimey dia tidak akan menyesal dengan keputusannya.
“Menegnai pencen, benda itu saya tidak pernah fikirkan sejak resign sehingga sekarang. Jika orang tanya, tak sayang ke? Rugi sebab kerja kerajaan ada pencen. Macam saya, saya dah buat keputusan kenapa nak menyesal?
“Sayang memang sayang. Siapa cakap tak sayang? Sebab dari sekolah rendah saya nak jadi polis. Bila dah dapat kerja polis, saya berhenti pula. Tapi saya fikir tanggungjawab serta komitmen yang perlu ditanggung.”
“Saya ada mak ayah yang pelu disara. Bila dapat offer, gaji tiga kali ganda berbanding gaji lama, why not saya lepaskan benda ini. Rezeki Allah itu luas, bukan dalam sektor kerajaan sahaja.”
“Alhamdulillah, saya rasa ini keputusan terbaik untuk diri saya dan keluarga sebab saya boleh bagi macam-macam untuk mereka. “
@amiey_daisya Replying to @Walnut Carrot ♬ original sound – Amiey_yaacob
Dalam pada itu, mengenai kritikan yang dilemparkan padanya termasuk ada yang menuduh dia diberhentikan kerja, wanita kebal ini tidak kisah dengan tuduhan yang dilemparkan dan menyangkal bahawa tuduhan itu tidak benar sama sekali.
“Yang tuduh saya kena buang kerja, saya sebenarnya dah pernah jelaskan. Saya sendiri pernah cerita kenapa saya berhenti kerja. Saya tak kisah pun, sebab keluarga dan sesiapa yang kenal saya, mereka tahu saya resign bukan kena buang.”
Perkongsian Aimey ini telah mendapat pelbagai reaksi dari para pengikutnya. Ramai yang menyokong tindakannya kerana pada zaman ini, segala peluang tidak harus dilepaskan dan kita harus ‘work smart’, dont work hard.
[TIP KEWANGAN]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club