Siapa sangka, ramadan kali ini merupakan tahun ke 12 buat pelakon, penyanyi dan pensyarah, Prof Madya Dr Soo Wincci, 38, menjalani aktiviti berpuasa!
Perkara ini dikongsikan sendiri kepada pengikutnya di laman Instagram tentang menu berbuka, bersahur serta berkongsi jadual waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadan.
Memetik laporan dari Harian Metro, Wincci, dia bukan saja berpuasa penuh pada bulan Ramadan, malah turut berpuasa enam pada bulan Syawal.
“Berpuasa bukan saja untuk menjaga kesihatan tetapi dapat membantu kekuatan mental dan fizikal serta lebih fokus ketika bekerja,” katanya.
Berkongsi pengalaman berpuasa, Wincci berkata, dia berasa agak letih pada hari pertama berpuasa semalam kerana terbabit dengan penggambaran drama 15 episod berjudul The Queen’s Ploy.
“Saya sibuk dengan penggambaran drama pada Ramadan ini dan hanya berbuka juadah yang ringkas untuk berbuka di lokasi.
Ads
“Kalau ada kelapangan, saya memang akan membeli juadah berbuka di bazar Ramadan,” katanya.
Ditanya mengenai bersahur pula, kata Wincci, dia pastikan bangun pada jam 5 pagi.
Ads
“Saya memilih untuk makan kurma, buah anggur, makan makanan yang mentah dan minum kopi untuk mendapat tenaga sepanjang berpuasa.
“Kalau makan nasi ketika bersahur, saya akan berasa sangat lapar sepanjang hari,” katanya.
Sementara itu, ditanya penerimaan keluarganya pula, kata Wincci, ibu bapanya serta anggota keluarga yang lain juga sudah dapat menerima rutinnya yang berpuasa pada bulan Ramadan itu.
Ads
“Ketika mula-mula berpuasa dulu, memang ramai yang membantah kerana saya bukan beragama Islam. Namun, lama kelamaan ibu bapa dan anggota keluarga lain sudah menerima dengan hati terbuka. Malah, ibu bapa juga menemani saya membeli kurma dan berbuka puasa bersama,” katanya.
Sumber : Harian Metro
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki keluarga bahagia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Perkahwinan ibarat ikatan untuk hidup berpasangan. Banyak penyesuaian yang perlu dibuat untuk memastikan rumah tangga bahagia.
Namun, biasalah kadang kala dalam hubungan suami isteri perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit. Apa pula suami isteri. Setelah bergaduh jangan lama-lama, kenalah berdamai.
Selain itu, pasangan suami isteri kenalah saling melengkapi dan bertolak ansur demi memastikan rumah tangga kekal bahagia. Inspirasi perkongsian Datin Paduka Eina Azman, 27, apabila Majalah Keluarga bertanya kepadanya mengenai pendapat isu poligami yang hangat diperkatakan di media sosial.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Eina Azman yang pada mulanya bimbang pandangannya disalah erti namun katanya dengan lembut bahawa sebagai wanita, isteri dan ibu, dirinya punya pendirian mengenai isu berkenaan.
Lebih manis, nasihat ibu sentiasa menjadi pedoman diri untuk memastinya keluarganya bahagia bersama suami tercinta, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet.
“Sebagai wanita, isteri dan ibu kita cubalah buat yang terbaik untuk rumah tangga kita. Kita buatlah sehabis baik untuk suami, anak-anak, ibu ayah kita.”
“Jika zaman dulu, kita ikat perut suami, InsyaAllah tak lari ke mana. Tapi zaman sekarang, kita ikat macam mana pun, tapi ‘still’ nak ‘makan luar pun kita tak boleh buat apa.”
“Apa yang Mummy (Ibu Ena Azman) cakap, yang selalu ingatkan Ina. Buatlah sehabis baik untuk keluarga kita. Yang lain ke depan kalau nak jadi , jadi juga. Kita laranglah macam mana pun, buat lah apa pun, cantik lah macam mana pun, kalau benda tu nak jadi, tetap akan jadi juga,” ujarnya dengan ikhlas ketika di temui di majlis pelancaran Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®
Eina yang tampil dengan busana rona merah, turut memberikan kata-kata semangat kepada wanita bahawa wanita semua kena sentiasa kuat terutama suri rumah. Katanya lagi, kena ada simpanan sendiri kerana masa hadapan tiada siapa yang tahu.
“Kepada suri rumah pastikan ada simpanan sendiri. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Kita tidak mendoakan atau benda yang tidak baik kepada rumah tanggga. Cuma kena sediakan payung sebelum hujan.”
“Kepada wanita di luar sana, ingat pesana Ina, kita buat sehabis baik untuk keluarga kita. Apa yang nak berlaku ke hadapan tetap akan berlaku. Jadi cubalah jadi isteri dan ibu yang terbaik,” ujaranya yang mengakhiri perbualan petang itu.
Kisah wanita bernama Mahsuri sering menjadi bualan ramai sejak zaman berzaman. Apatah lagi berkenaan kisahnya melafazkan sumpahan apabila difitnah.
Dalam bait sumpahan itu, dinyatakan bahawa disebabkan kezaliman terhadap dirinya, maka Mahsuri berdoa supaya menjadikan Langkawi tidak aman dan makmur bagai ‘padang jarak padang tekukur’ selama tujuh keturunan.Kisah sumpahan ini dipercayai berlaku penghujung abad ke-19.
Pun begitu pada tahun 1998, jika ada yang masih ingat lagi mengenai penemuan remaja yang disahkan sebagai waris ketujuh keturunan Mahsuri. Kisah Wan Aishah Nawawi, gadis manis yang menetap di Phuket pernah tersebar luas.
Bahkan ketika wanita itu ingin berkahwin pada tahun 2010, Wan Aishah Nawawi atau nama Siamnya Sirintra Yayee bersama suaminya telah bertandang ke makam nenek moyangnya di Langkawi sambil menggayakan busana pengantin serba putih yang memukau.
Wan Aishah Kembali Lagi!
Baru-baru ini, dilihat Wan Aishah berkongsi video kenang-kenangan berkunjung ke Langkawi bertemankan suami dan anak lelakinya. Lebih menarik lagi lawatannya kali ini dia tidak lupa melawati lokasi penuh sejarah nenek moyangnya iaitu Makam Mahsuri.
Apa yang lebih mengujakan adalah penampilan Wan Aishah yang dilihat berhijab dan sekali gus menampakkan lagi keayuan dan kejelitaannya meskipun telah berusia 36 tahun kini.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tibanya esok, bermakna bermulanya sesi persekolahan anak-anak bagi kebanyakan negeri. Manakala di Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah pula hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan.
Ini bermakna juga akan bermulalah episod drama ‘tarzan’ di waktu pagi hari antara ibu dan anak.
Sebenarnya untuk mengejutkan anak memerlukan teknik dan skil yang betul. Selain perlu ada rasa sabar dalam diri si ibu, perlu juga patuh tip ini. Jom semak!
PERSEDIAN SEBELUM TIDUR
1) Seeloknya makan malam lebih awal supaya anak-anak boleh tidur lebih awal. Makan malam yang lewat dan berat sebelum waktu tidur boleh menggangu tidur dan membuatkan anak anda lebih susah untuk bangun di pagi hari.
2) Sesetengah pertarungan untuk bangun awal pagi adalah berpunca daripada tidur pada lewat malam. Hadkan penggunaan gadjet mahupun televisyen yang boleh melekakan anak-anak sehingga berjaga ke larut malam.
3)Siapkan juga kelengkapan untuk esok pagi seperti kerja sekolah, alatulis, pakaian sekolah, beg sekolah dan sebagainya dengan lebih awal. Bila semua sudah sedia, urusan pada waktu pagi insya Allah akan berjalan dengan lebih lancar.
TIDUR DENGAN BAHAGIA
1) Berikan motivasi sebelum tidur.Cetuskan keghairahan dengan cerita-cerita persekolahan yang menaikkan semangat mereka untuk seronok pergi ke sekolah. Beri dorongan dengan menjelaskan bahawa guru-guru dan kawan-kawan pasti tertunggu-tunggu kehadiran mereka di sekolah esoknya. Dan guru-guru suka siapa yang datang awal pagi ke kelas.
2) Sebelum tidur, pesanlah untuk mereka baca doa sebelum tidur beserta surah Al-Muawwizat (3 Qul).
3) Elakkan konflik sebelum tidur. Jika ada, selesaikan dengan segera. Pujuk anak dan terus bermaaf-maafan. Berikan pelukan dan ciuman pada si manja sebelum mereka tidur. Pastikan mereka tidur dalam keadaan gembira dan mencium tangan ibuayah terlebih dahulu sebelum mereka lena dibuai mimpi.
4) Ketika mereka dalam zon separa sedar (tidur-tidur ayam), selitkan juga doa ibuayah dan programkan minda si manja untuk mereka mudah bangun awal untuk ke sekolah.
5) Pastikan anak-anak tidur dalam suasana aman, jauh dari gangguan dan kebisingan. Jika memasang rakaman bacaan Al Quran semasa anak-anak tidur, minimakan kelantangan bunyinya.
KEJUTKAN DENGAN KASIH-SAYANG
1) Beri salam kepada anak yang sedang tidur. Gunakan nada suara yang lembut, bukan suara yang tinggi seperti, “Assalamualaikum anak soleh. Bangun sayang, anak ibu ni suka bangun awal”.
2) Gerakkan mereka dengan sopan, bukan agresif. Sentuh hujung ibu jari kaki mereka dan goyangkan perlahan-perlahan. Jangan direntap ibu jari kaki mereka, kelak mereka menyimpan dendam.
3) Elakkan mengetuk pintu bilik mereka dengan keterlaluan sehingga menyebabkan anak bangun dalam keadaan terkejut dan ketakutan.
4) Kejut anak secara berperingkat. Jangan memaksa mereka. Jangan terus disimbah air ke atas mereka.
5) Panggil nama mereka dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya. Jika masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.Teruskan memanggil namanya dan panggillah panggilan yang baik.Kejutkannya sambil memujinya : “Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin. Anak ummi ni senang bangun. Ummi kejut, terus bangun.”
6) Sebaik saja anak bangun, terus berikan anak anda ganjaran ciuman dan pelukan supaya timbul rasa gembira pada diri mereka untuk bangun tidur. Usap kepalanyasambil bercakap dengan lembut agar si manja terus mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
7) Berilah ganjaran dari sudut pujian dan galakan apabila si manja memberikan kerjasama yang baik untuk bangun tidur di awal pagi sebelum ke sekolah. Hargailah setiap perkembangan mereka, teruskan mendorong dan berdoa.
Dari sudut segi psikologi, jika seorang anak itu dikejut dengan herdikan atau pukulan, maka minda separa sedar akan diaktifkan sedikit demi sedikit untuk membenci dan berdendamdengan orang yang membangunkan itu. Seandainya rutin setiap dinihari kita mengejutkan anak-anak dengan cara yang kurang beradab, maka sebenarnya kita telah menyalakan api kebencian yang bahaya dalam minda separa sedar anak itu.
Oleh itu, elakkanlah perbuatan yang DILARANG sewaktu mengejutkan anak bangun dari tidur seperti :
> DILARANG meninggikan suara.
> DILARANG menggunakan kata-kata kesat atau makian.
> DILARANG menepuk dengan pukulan kasar atau kuat.
> DILARANG menyimbah air.
> DILARANG membebel berterusan tanpa henti.
Diharap cara dan langkah-langkah di atas mampu memotivasikan ibubapa untuk mengejutkan si manja di awal pagi dengan lebih tenang.
Sekiranya si manja terus-terusan meragam dan liat untuk bangun di awal pagi, laluilah ia dengan sabar dan positif. Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza mengikut perkembangan masing-masing.
Semoga warna-warni di pagi hari ini menjadi episod eksklusif untuk dikenang baik untuk si manja mahupun buat mama dan papa. Hiburkanlah hari anda dengan sketsa pagi si comel.
Kredit: ExcelQhalif via Solusi Minda
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.