Baru-baru ini kecoh juga di media sosial berkenaan pendedahan daripada sebuah keluarga yang mendakwa dilayan buruk ketika menaiki pesawat penerbangan daripada Langkawi ke Kuala Lumpur.
Hal ini terjadi difahamkan disebabkan anak kecilnya tidak berhenti menangis kerana enggan duduk di kerusi berasingan hingga menyebabkan hampir dihalau keluar oleh kapten pesawat tersebut.
Kejadian tersebut turut mendapat perhatian pelakon dan usahawan, Nur Fazura yang mengakui pernah mengalami situasi seakan-akan sama dengan keluarga berkenaan. Ia terjadi sewaktu dia membawa Fatima tapi bernasib baik kerana mendapat layanan baik dari staf kabin.
“Sangat terkesan dengan isu ini. Sangat sakit hati sebab Faz pun pernah mengalami situasi ini dengan Fatima dulu tapi pihak airline tetap berikan infant belt.
“Bukan setakat itu je, siap bagi coklat dan colouring book, walaupun Faz dan suami dah sediakan juga. Kesian baby tu, umur pun lebih kurang Fatima. Maybe dia takut nak duduk kat seat sendiri dalam aircraft, rasa lebih safe duduk kat mommy dia. Kesian sangat!” luah Faz di Instagram story yang nyata memahami perasaan ibu bapa berkenaan.
Dalam pada itu Faz turut mempersoal sama ada benarkah kanak-kanak itu menangis selama 20 minit dan hampir dihalau keluar.
“Betul ke baby tu menangis 20 minit berterusan tanpa belas kasihan dan kerjasama dari airlines sehingga keluarga itu diminta keluar pesawat? Simply unacceptable because most of us have love and compassion.”
Baca artikel menarik lain di sini:
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club