“Sangat Humble, Ibarat Tengok Mak Kita Masak.” Permaisuri Agong Datang Rumah Rizalman & Masak 5 Hidangan, Netizen Puji Contoh First Lady Yang Dikagumi.

Share

“junjung kurnia Tuanku mencemar duli perkenan berangkat ke rumah patik dan berPungPang.

Demikian menurut perkongsian oleh Pereka Fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim yang teruja dalam masa yang sama terharu apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah berkenan mencemar duli memasak di kediamannya.

Perkara itu dikongsikan di laman sosial Instagram milik beliau yang memaklumkan Tunku Azizah telah memasak lima jenis lauk dalam masa sejam setengah sahaja.

Pereka fesyen terkenal tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim terharu apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah berkenan mencemar duli memasak di kediamannya.

“Gulai nenas udang, asam pedas ayam daun kesom, pindang serani ikan jenahak, ikan bilis masak kicap dan sayur buncis udang kering,” jelasnya melalui live video di Instagram.

‘Agongnya’ personaliti Baginda

Malah melalui Instastory pula, Rizalman turut menyiarkan bagaimana Tunku memasak di dapur dengan cara tersendiri.

Dalam pada itu, ramai pengikut  Datuk Rizalman turut teruja selain mengakui pereka fesyen berkenaan cukup bertuah kerana berpeluang bersama dengan Permaisuri Agong.

First lady yang dikagumi

makeupbyzarifahmr Kalau saya ni dah tak keruan tuanku mai dapoq. halia dengan lengkuas pun dah takleh nak beza ?

yatinor_abu_bakar First lady yg dikagumi..humble n suka tgk cara dia masak..simple tp nmpak sedap2..

fatin.vs.food Untungnya Malaysia ada permaisuri sprti baginda~ ???

Lambang wanita melayu terakhir

lizamatzin Ada satu part Duli Yg Maha Mulia Tuanku Permaisuri sebut ‘dok aih’ masa nak tambah serbuk asam kat lauk udang dan nenas tu … sooo comel … sooo spontan … sayangnya pada Permaisuri Agung kita yg sangat humble dan simple yet sooo beautiful and gebu gebas … kalah gebu gebas Dato’ … hehehe

surianie40330 Bertuahnya dato..semua syg kat dato..Alhamdulillah

principessagiuliana Congratulations The Queen is a true people’s queen.

suzaityibrahim Tuanku lambang wanita melayu terakhir. Ampun Tuanku. sgt meminati.

sherry_aljamalullail Untung dan istimewa bila Permaisuri menjunjung kasih berkunjung ke rumah rakyat biasa. Masya Allah.

Ibarat tengok mak masak

emma_razak Bertuah nya dato dpt sama2 memasak dgn Tuanku Permaisuri, klu sy dah ketaq tgn nih. Sgt2 humble, ibarat kita duk tgok mak2 kita yg masak.. Mau nangis terharu klu sy. ?

noralizaali Bertuahnya Dato dpt Permaisuri bertandang d rumah. Siap masak sama2 sekali….sesuai dgn rumah dan dapur mcm mahligai untuk sambut Permaisuri yg kita sayangi. She is so beautiful. MasyaAllah ?

queqiss umpama mimpi dlm mimpi raja permaisuri agong masuk ke dapur (siap memasak) dato’ rizalman…very casual yet classy, tq dato’ sudi share this very prestigious yet humbly moments???

Sumber: IG rizalman71