“Sangat Berbeza Bergelar Ibu Sekarang.” Tak Sabar Sambut Raya Bersama Anak, Mizz Nina Mahu Tampil Sedondon Satu Keluarga!

Share

Kehadiran si kecil yang diberi nama Musa menyuntik sinar bahagia kepada pasangan selebriti Mizz Nina dan suaminya Noh.

Perkongsian pasangan ini berkenaan si kecil meraih perhatian ramai, rata-rata menantikan untuk menatap wajah si kecil. Namun sehingga kini, pasangan muda ini memilih untuk tidak berkongsi.

Perkongsian terbaru Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, kelihatan dia sedang memangku Musa meraih perhatian. Jelas terpancar seri keibuan dan kegembiraannya usai dikurniakan anugerah terindah dalam hidup mereka.

Menerusi kapsyennya, isteri kesayangan Noh meluahkan rasa syukurnya dengan setiap ujian yang diberikan kepadanya, lebih-lebih lagi apabila ujian tersebut hadir ketika bulan Ramadan.

“Banyak kali kita tersesat dan lupa tentang kebaikan dan pertumbuhan yang berlaku disebalik ujian ini, bagaimana Allah menghapuskan dosa-dosa kita untuk setiap air mata yang jatuh, dan juga setiap kesakitan.

“Saya bersyukur dengan ujian yang datang, tepat pada Ramadan, saya berdoa agar Allah izinkan saya memasuki Ramadan dengan hati yang lembut, suci dan bersedia untuk beribadah dengan sebaik-baiknya,” tulisnya berkongsi.

Akuinya, selepas memegang status ibu, kehidupannya kini banyak berubah.

“Sangat berbeza bergelar ibu sekarang,” tulisnya sambil memberitahu tidak sabar untuk mengenakan busana sedondon dengan suami dan anaknya.

Awal Mac lalu, Nina dan suami menerusi Instagram mengumumkan kehadiran Musa dalam hidup mereka dan kini sedang melalui detik bahagia bersama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti meluahkan rasa syukur melihat kegembiraan pasangan ini sambil menitipkan doa buat mereka.

therealfafau ❤️❤️ selamat berpuasa Nina. nanti kalau nak keluar berbuka berdua dengan Noh bgtau … Nanny Fafau on standby 😅🥰🥰🥰🥰
alizakim Aameen! Ohhh the little kicks and the little faux hawk! MashaAllah 😍
mizzmunee This year fasting with baby Musa, MasyaAllah Tabarakallah, Alhamdulilah😍
lynnextraoildinary You can do this mommy… Mommy natural instinct will prevail… and Allah will ease.. Aamin
tohpuanjenab Mommy must drink lots of water and eat more protein if mommy plan to breastfeed while fasting. ربنا تقبل منا ومنكم
arjaygee Alhamdulillah, beruntung Musa to have both of you as parents ❤️❤️❤️
suzalinaosman Sending virtual 🤗 💕 😘 & Ramadhan Al Mubarak to both of you!

ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!

ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club