Apabila berada di rumah dalam tempoh yang lama, macam-macam hal berlaku kan. Perkongsian Shuib Sepahtu di laman instagramnya mengenai remote tv nya rosak mengundang kelucuan dikalangan pengikutnya.
Dalam perkongsian tersebut, Shuib bertanyakan sama ada alat tersebut masih boleh dibaiki atau pun di mana boleh beli baru.
Nak mintak tlg,,,,Remote tv ni dah rosak,,,mcmana skng???Nak btolkan remote ke atau ade ktmana2 boleh beli??? Remote tv jenama SHARP … Sangap ni,dah la dok rumah,remote pulak rosak 😭
Luahan Shuib tersebut turut mendapat respond ramai. Pelbagai tip diberikan oleh pengikutnya.
Remote x rosak tu bang, bateri kong dah 🤣🤣🤣
Ketuk remote tu dua tiga kali dulu pastu mesti boleh guna balik 😂
Yang sy belajar bang..dia kena cri 1 set..beli dgn tv skali..beli baru 🤣🤣🤣
Boleh je beli remote, kat shopee ke, kat mydin ke, diy ke 😄😄
Beli baru je .yg th wt sendal tongkat moto k 😂
Luahan Shuib juga turut mendapat reaksi isterinya.