Sandwich adalah salah satu menu ringkas untuk sarapan yang mudah dan berkhasiat. Terdapat pelbagai resipi untuk membuat hidangan ni.
Salah satu resipi yang mendapat share ramai dari saudara Ritzuwan Syde melalui perkongsiannya di Masak Apa Hari Ni
Hari ni saya nak kongsikan satu menu yang ringkas dan mudah.
Sandwich telur ataupun eggcellent sandwich ala Ritz THE BAKER!
Musim-musim hujan ni, waktu minum petang dapat secawan teh panas disulam dengan eggcellent sandwich ni memang ngam!
Bahan-bahan (inti) yang diperlukan adalah telur rebus, mayonis, gula dan serbuk lada hitam.Mudah kan?
Sebaiknya, inti di sediakan awal dan disimpan didalam peti sejuk.
Tak ada ”secret ingredient”, cuma nisbah yang seimbang untuk dapatkan inti yang lemak berkrim.
BAHAN-BAHAN
15 keping roti sandwich
4 biji telur rebus
60g mayonis (lady’s choice)
1/4 tsp gula
1/4 tsp serbuk lada hitam
5 keping keju
lettuce
tomato
*sayur-sayuran mengikut selera masing-masing ye
Langkah-langkah rujuk pada gambar
Selamat mencuba!