Baru-baru ini tular sebuah video yang dikongsikan di akaun TikTok Teerayutjayjak berkenaan seorang kanak-kanak sekolah berjalan kaki dengan membawa beg sekolah yang sangat berat hingga menyebabkan timbul perlbagaia reaksi.
Klip itu menunjukkan kanak-kanak itu berkali-kalu cuba meletakkan tali beg sekolah di atas bahunya. Terlihat anak itu tidak berupaya dan tidak mampu untuk melakukannya sambil berdiri kerana beg itu nampaknya terlalu berat.
Dia akhirnya duduk di tepi jalan dan berjaya meletakkan tali pada bahunya tetapi kemudian tidak dapat berdiri semula kerana beban beg yang digalas terlalu berat.
Video itu telah ditonton lebih 9.7 juta kali sebelum penghujung hari dan telah dikongsi secara meluas di media sosial, membawa kepada kritikan pedas terhadap sekolahnya dan sistem pendidikan Thai.
Pun begitu guru dan ibu kanak-kanak tersebut memberi respon berkenaan video yang tular itu. Ini sepertimana memetik berita yang dikongsikan oleh The Nation Thailand.
Dalam beg itu bukan buku teks….
Difahamkan, beg yang dibawanya itu rupa-rupanya berisi 36 kotak susu kecil. Salah seorang guru di sekolahnya (namanya tidak ingin didedahkan) memberitahu pemberita bahawa gadis berusia tujuh tahun itu tidak ingin menyusahkan kedua-dua ibu bapanya.
Menurut cikgu itu, sekolah mereka mempunyai kelas sehingga tengah hari pada hari Selasa dan pelajar-pelajar sekolah sepatutnya menunggu ibu bapa menjemput mereka. Hal ini demikian kerana masing-masing perlu membawa pulang kotak besar karton susu ke rumah masing-masing.
Teruja Bawa Balik
Bagaimanapun, kanak-kanak itu mungkin terlalu teruja untuk menerima keseluruhan kotak susu itu dan terus memasukkannya ke dalam begnya dan berjalan keluar tanpa menunggu ibunya seperti biasa.
Ads
Ibunya, yang hanya dikenali sebagai Suchada, mengesahkan bahawa beg berat itu memuatkan semua kotak karton susu, bukan buku sekolah seperti yang didakwa oleh netizen
Kotak besar itu mengandungi 36 karton di dalamnya dan hanya ada empat buku nipis dan ringan, tambah si ibu.
Dia juga berkata sekolah itu terletak satu kilometer dari rumahnya dan dia biasanya dia akan menunggang motosikal untuk menjemput anaknya.
Apabila dia tiba di sekolah , dia mendapati anak perempuannya sudah pergi. Dia kemudian mendapatkan anaknya di tepi jalan dan membawanya pulang.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Pernah tak masa tengah siang ikan atau bersihkan ayam, kebetulan ada pula tetamu yang datang. Lalu segera kita membasuh tangan dengan sabun tapi tangan masih tetap berbau hanyir. Ini menyebabkan kita akan rasa tidak selesa pula untuk menghulur tangan menyambut salam yang diberi dek kerana tangan masih tetap berbau hanyir.
Jadi apakah petua yang paling cepat untuk menghilangkan kesan hanyir tersebut? Melalui perkongsian info berdasarkan pengalaman Puan Yatie Eimra ini diharap dapat memberi manfaat untuk semua. Ayuh ikuti perkongsiannya.
Petua Hilangkan Bau Hanyir & Rasa Pijar Pada Tangan
Pernah tak masa tengah siang ikan/bersihkan ayam, kebetulan ada tetamu datang.. Walaupun dah basuh tangan dengan sabun, tangan masih tetap berbau hanyir.
Kadang-kadang saya tengah siang ikan, time tu lah anak nak susu bagai.. Tak pun tengah menggunting cili kering, anak poo² pulak.. Kalau setakat pegang cili sikit-sikit, bolehlah lumur minyak pada tangan sebelum pegang cili.
Tapi kalau dah banyak cilinya, tangan tetap terasa pijar. Kalau terkena mata pun dah terasa azabnya, ni kan pula nak sentuh anak kecik. Sebelum ni saya lumur garam je pada tangan untuk hilangkan hanyir & pijar. Tapi kena buat beberapa kali untuk pastikan bau hanyir/rasa pijar tu hilang.
Bagi yang ada anak kecik, pasti pernah alami masalah macam saya ni.. Hari ni saya nak share petua dapur untuk cepat hilangkan bau hanyir & juga rasa pijar. Kalau kat rumah ada ubat gigi yang dah tinggal sikit/dah nak habis tu, jom buat cara ni. Cuma perlukan 2 bahan je..
Bahan-bahan:
Ubat gigi
Garam
Cara-cara
1. Gunting tub ubat gigi, masukkan baki ubat gigi ke dalam bekas (sebaik-baiknya bekas bertutup supaya ubat gigi tak kering).
2. Tambahkan garam sehingga adunan menjadi seperti scrub. Kacau sebati. Siap!
Bila nak guna, hanya lumur bancuhan ubat gigi+garam ni. Gosok tapak tangan & biarkan seketika.
Ia juga berkesan menanggalkan warna kunyit/pewarna makanan pada tapak tangan (utk hilangkan warna perlu lumur, gosok & basuh beberapa kali)
Nota Kaki
*biasa saya guna ubat gigi biasa je, ni kebetulan ada baki ubat gigi kayu sugi
*jangan gunakan ubat gigi jenis gel (kurang berkesan)
*kesan hilangkan pijar mungkin berbeza pada individu bergantung pada keserasian. Jika tangan masih terasa pijar, boleh juga sapukan susu pekat/minyak/vaseline/vicks/losyen/toner wajah (jenis beralkohol) pada tangan.
sumber : Yatie Eimra Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon cantik jelita, Puteri Aishah yang bakal bergelar ibu sedikit masa lagi berkata dia tidak mengalami sebarang alahan teruk sepanjang kehamilan.
Pun begitu kata Aishah, dia mudah rasa letih dan malas keluar rumah ketika di awal trimester kehamilannya.
Pun begitu tambah Aishah lagi, semuanya kembali normal sebaik melepasi trimester getir itu.
“Trimester kedua saya dah okay. Cuma trimester perkama itu saja saya macam tak nak keluar rumah dan malas.
“Nak makan dan tidur saja, tapi muntah-muntah dan alahan saya sangat sederhana,” katanya.
Aishah yang kini sarat tujuh bulan mengakui dia tidak mengidam makanan pelik-pelik namun teringin makan kek tapak kuda selepas ianya viral di media sosial.
“Ada teringin kek tapak kuda sebab selalu lalu dekat sosial media. Tapi susah nak dapat jadi rasa macam lambatnya nak dapat dan buat saya rasa tertunggu. Alhamdulillah dapat dan saya beli secara atas talian saja,” katanya.
Ditanya mengenai persiapannya untuk bergelar ibu dan mempersiapkan segala kelengkapan untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama itu, ujar bakal ibu cantik manis ini dia masih belum mempersiapkan sepenuhnya.
Malah adakalanya rasa tidak tahu untuk mendahulukan barang penting agar tidak membazir.
“Kami pertama kali jadi ibu bapa tak tahu sebenarnya nak beli apa yang penting dan tidak.
“Kami tak nak main ambil saja tapi tak tahu benda itu penting atau tidak, jadi membazir.
“Saya akan pilih nama sebab suami tak pandai sangat tapi saya dah beri beberapa nama namun belum ada kata putus. Mungkin bila dah lahir nanti. Bila nampak muka dia sikit kami akan pilih nama yang sesuai.” katanya.
Terdahulu, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan Firdaus pada November 2021. Pasangan ini mengumumkan kehamilan bayi sulung mereka pada ambang tahun baru lalu.
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi status Facebooknya, berkongsi berita gembira beliau sudah dibenarkan untuk keluar dari wad dah disahkan sembuh.
Memuat naik dua keping gambar ketika mengucapkan selamat tinggal buat warga Hospital Tuanku Ja’far, beliau berterima kasih atas layanan sepanjang beliau berada di hospital berkenaan.
Dalam masa yang sama, Datuk Dr Zulkifli turut berbesar hati menghulurkan sedikit sumbangan beserta buku yang dihasilkannya sendiri sebagai kenangan.
Saya tak ada apa-apa nak berikan sebagai buah tangan buat warga Hospital Tuanku Ja’far yang menguruskan saya sepanjang menerima rawatan di sini sehinggalah pulih sepenuhnya hari ini. Saya doakan semua warga HTJ dimurahkan rezeki, dinaikkan pangkat, dikurniakan keluarga yang memahami, hati yang sabar dan jiwa yang kuat dalam perjuangan ini. Yakinlah Allah SWT menilai setiap titisan peluh dan air mata anda yang tertumpah demi perjuangan ini.
Harap dengan sedikit sumbangan dari saya, beserta buku “Inilah Doaku” susunan saya, dapatlah ia menjadi kenangan berharga buat anda semua. Buku “Inilah Doaku” adalah antara buku yang teristimewa di hati saya. Saya mula menyusunnya seawal PKP untuk berkongsi dengan umat Islam, doa-doa yang ma’thur dan sesuai dengan suasana pandemik ini. Maha Suci Allah yang menggerakkan hati saya untuk menyusun doa ini; akhirnya turut saya amalkan sepanjang berada dalam rawatan COVID-19 di sini. Boleh muat turun secara percuma mira.gov.my/buku/
Sebelum itu, Datuk Dr Zulkifli memuat naik berkongsi keadaan dirinya yang sembuh dari Covid-19.
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kebangkitan. Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19. الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات “Segala puji bagi Allah yang mana dengan nikmatnya sempurna segala kebaikan.” Pun begitu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan saya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Ahli-Ahli Jemaah Menteri, para ulama’ di seluruh dunia yang menghantar pesanan mesej kepada saya dan semua rakyat Malaysia yang mendoakan saya. Tidak lupa kepada Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan warga KKM khususnya di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban. Buat masa ini, saya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja. Saya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya dari rumah. Apa-apa makluman umum akan disampaikan melalui media sosial saya.
Fokus utama saya buat masa ini adalah penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutamanya di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor. Ini kerana PKPB telah bermula dan bantuan-bantuan perlu disalurkan dengan sesegera mungkin. Semoga Allah SWT melimpahkan kebaikan, keberkatan dan keharmonian kepada Malaysiaku yang tercinta.
Moga perpaduan kita rakyat Malaysia terus terpelihara. Sentiasa ingat pepatah lama, “Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.” Saya doakan semoga rakyat Malaysia yang menghidap COVID-19, segera sembuh dan dapat kembali meneruskan kehidupan bersama-sama keluarga tercinta.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...