“Saya Menangis Sebab Tak Ingat Suara Abah..”- Wanita Ni Kongsi Rasa Ralat, Buat Warganet Turut Bersedih!

Share

Rindu, ungkapan yang cukup romantis bila diluahkan pada pasangan yang bercinta. Namun bagi sesetengah orang rasa rindu itu juga cukup menghimpit perasaan. Apatah lagi andai rindu pada yang telah tiada, cukup sakit untuk di tanggung.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Begitulah yang cuba dikongsikan oleh wanita ini di aplikasi TikTok mengenai apa yang dirasainya setelah ketiadaan lelaki bergelar abah dalam hidupnya.

Perkongsian daripada pemilik TikTok @the.otherbunga nyata menjentik hati warganet malah hingga ada yang berasa sedih.

“Minggu pertama abah meninggal saya langsung tidak sedih. Bahkan saya rasa lega, sebab abah struke, dia akan sentiasa buat perangai yang menduga kami adik beradik dan ibu hingga saya kasihan tengok ibu saya. Kena angkat abah, mandikan bapa dan urus segalanya. Kami adik beradik semua perempuan dan nasib baik juga dalam adik beradik saya antara yang paling gagah,” ceritanya di dalam video tersebut.

Meskipun menurutnya, semasa hayatnya dia tidaklah begitu rapat dengan ayahnya namun kehilangan itu amat dirasai. Tak semua orang mampu menelan pahitnya realiti apabila terpaksa menerima hakikat kehilangan insan tersayang dalam ahli keluarga.

“Masuk hari ke tujuh, ketika saya ingin solat Maghrib. Tiba-tiba saya macam terlintas difikiran, bagaimana suara abah ye?  Puas pejam mata cuba ingat, memang tak boleh ingat.  Terus capai phone, scroll galeri cari semua yang ada gambar abah, tapi tak ada satu videonya.

“Ralat sangat, punya sedih sampai saya menangis masa solat tersedu-sedu macam budak kecil sebab tak ingat suara abah saya sedangkan saya sangat rindu padanya.

Hidup Dalam Penyesalan

“Sampai sekarang saya tak ingat suara abah saya. Menyesal tapi sekadar menyesal sahaja sebab abah dah tak ada. Sepanjang hidup saya ni, saya tak pernah cakap dengan abah yang saya sayang dengan dia.

“Malah saya pun tidak tahu ada atau tidak sepanjang hidup ini momen-momen membanggakannya.Padahal saya fikir-fikir perangai saya ni sama macam perangai abah saya.”

Ujian Sebagai Anak

“Jika ibu bapa korang masih ada, hargai. Ada masa balik, tengok ibu bapa. Kalau dah jadi macam saya  dah tak ada guna. Boleh pergi kubur sedekahkan al fatihah dan doa, so saya  boleh hidup dalam penyesalan sahaja.

“Hargai, ambil gambar ambil video banyak-banyak. Cuba call hari ini, jika  selama ni tak pernah cakap sayang tapi cuba cakap abah saya sayang abah. Apa agaknya mereka rasa kan?

@the.otherbunga Replying to @Jerry PART 3 : CERITA TENTANG ABAH ❤️‍🩹 “There’s nothing I wouldn’t do To hear your voice again Sometimes I wanna call you But I know you won’t be there.” Hurt // Christina Aguilera 🌱 #childhoodmemories #healingprocess #healingjourney #abah #sadboy ♬ original sound – Bunga

Meninjau di ruangan komen warganet cukup tersentuh hati dan turut sama berkongsi pengalaman masing-masing setelah insan yang tersayang tiada lagi disisi.

“Kita sebagai anak..buat la apa apa kebaikan pun tetap merasa ada yg kurang… Contoh MCM aku ni,masa mak aku strok…aku jaga mak aku sehabis baik…Smpai kan aku bersih kan najis dgn tangan kanan aku tanpa sarung apa apa…aku dukung mak aku yg berat badan nya lebih dari berat badan aku tanpa bantuan org lain..aku yg uruskan mak aku tanpa bantuan org lain..aku rasa aku da buat yg terbaik…tp bila mak aku da meninggal…penyesalan tu buat kan kita menyesal Smpai bila bila…menyesal xjaga mak sebaiknya..padahal da jaga da..itu la die buat la terbaik MCM ne..akan tetap rasa kurangnya…”komen salah seorang daripada warganet.

 

“Ye betul sgt..sy pulak baru kehilangan suami..hanya gambar dan video menjadi kenangan.. suami sy pulak kerja sendiri..jadinya mmg byk masa dgn keluarga..mmg terasa sgt pemergian dia.. sebenarnya ayah @ suami ni terlalu banyak berkorban untuk kita..” kongsi yang lainnya.

 

“Alhamdulillah ptg tadi video call dengan umi…n saling cakap i love you… Arwah abah dah takda.. Masa sakit abah ada minta maaf kalau anak2 malu atau susah sbb abah sakit.. Tapi kami semua bangga dengan abah.. Sampai saat terlantar kat katil. Masih menyampaikan.ilmu…” kongsi yang lain pula.

ARTIKEL MENARIK : Rupanya Kena ‘Unlinked’ Akaun Tabung Haji Dengan Mybank2U, Elak Duit Hilang Angkara Scammer!

Baca Ini Juga :Main Kon Tersangkut Di Kepala, Anak Darjah 4 Terpaksa Tahan Sakit 30 Minit!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club