Rindu, ungkapan yang cukup romantis bila diluahkan pada pasangan yang bercinta. Namun bagi sesetengah orang rasa rindu itu juga cukup menghimpit perasaan. Apatah lagi andai rindu pada yang telah tiada, cukup sakit untuk di tanggung.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Begitulah yang cuba dikongsikan oleh wanita ini di aplikasi TikTok mengenai apa yang dirasainya setelah ketiadaan lelaki bergelar abah dalam hidupnya.
Perkongsian daripada pemilik TikTok @the.otherbunga nyata menjentik hati warganet malah hingga ada yang berasa sedih.
“Minggu pertama abah meninggal saya langsung tidak sedih. Bahkan saya rasa lega, sebab abah struke, dia akan sentiasa buat perangai yang menduga kami adik beradik dan ibu hingga saya kasihan tengok ibu saya. Kena angkat abah, mandikan bapa dan urus segalanya. Kami adik beradik semua perempuan dan nasib baik juga dalam adik beradik saya antara yang paling gagah,” ceritanya di dalam video tersebut.
Ads
Meskipun menurutnya, semasa hayatnya dia tidaklah begitu rapat dengan ayahnya namun kehilangan itu amat dirasai. Tak semua orang mampu menelan pahitnya realiti apabila terpaksa menerima hakikat kehilangan insan tersayang dalam ahli keluarga.
“Masuk hari ke tujuh, ketika saya ingin solat Maghrib. Tiba-tiba saya macam terlintas difikiran, bagaimana suara abah ye? Puas pejam mata cuba ingat, memang tak boleh ingat. Terus capai phone, scroll galeri cari semua yang ada gambar abah, tapi tak ada satu videonya.
“Ralat sangat, punya sedih sampai saya menangis masa solat tersedu-sedu macam budak kecil sebab tak ingat suara abah saya sedangkan saya sangat rindu padanya.
Hidup Dalam Penyesalan
“Sampai sekarang saya tak ingat suara abah saya. Menyesal tapi sekadar menyesal sahaja sebab abah dah tak ada. Sepanjang hidup saya ni, saya tak pernah cakap dengan abah yang saya sayang dengan dia.
“Malah saya pun tidak tahu ada atau tidak sepanjang hidup ini momen-momen membanggakannya.Padahal saya fikir-fikir perangai saya ni sama macam perangai abah saya.”
Ujian Sebagai Anak
Ads
“Jika ibu bapa korang masih ada, hargai. Ada masa balik, tengok ibu bapa. Kalau dah jadi macam saya dah tak ada guna. Boleh pergi kubur sedekahkan al fatihah dan doa, so saya boleh hidup dalam penyesalan sahaja.
“Hargai, ambil gambar ambil video banyak-banyak. Cuba call hari ini, jika selama ni tak pernah cakap sayang tapi cuba cakap abah saya sayang abah. Apa agaknya mereka rasa kan?
Meninjau di ruangan komen warganet cukup tersentuh hati dan turut sama berkongsi pengalaman masing-masing setelah insan yang tersayang tiada lagi disisi.
“Kita sebagai anak..buat la apa apa kebaikan pun tetap merasa ada yg kurang… Contoh MCM aku ni,masa mak aku strok…aku jaga mak aku sehabis baik…Smpai kan aku bersih kan najis dgn tangan kanan aku tanpa sarung apa apa…aku dukung mak aku yg berat badan nya lebih dari berat badan aku tanpa bantuan org lain..aku yg uruskan mak aku tanpa bantuan org lain..aku rasa aku da buat yg terbaik…tp bila mak aku da meninggal…penyesalan tu buat kan kita menyesal Smpai bila bila…menyesal xjaga mak sebaiknya..padahal da jaga da..itu la die buat la terbaik MCM ne..akan tetap rasa kurangnya…”komen salah seorang daripada warganet.
Ads
“Ye betul sgt..sy pulak baru kehilangan suami..hanya gambar dan video menjadi kenangan.. suami sy pulak kerja sendiri..jadinya mmg byk masa dgn keluarga..mmg terasa sgt pemergian dia.. sebenarnya ayah @ suami ni terlalu banyak berkorban untuk kita..” kongsi yang lainnya.
“Alhamdulillah ptg tadi video call dengan umi…n saling cakap i love you… Arwah abah dah takda.. Masa sakit abah ada minta maaf kalau anak2 malu atau susah sbb abah sakit.. Tapi kami semua bangga dengan abah.. Sampai saat terlantar kat katil. Masih menyampaikan.ilmu…” kongsi yang lain pula.
Sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB), segelintir rakyat Malaysia mulai culas dengan konsep penjarakan. Malah kelihatan ramai yang mulai membanjiri pasaraya tanpa menghiraukan jarak antara satu sama lain.
Menerusi perkongsian seorang Doktor Hana Hadzrami, melahirkan rasa risau mengenai sikap tidak endah masyarakat.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Nampaknya kedai-kedai runcit dah tak perlu beratur untuk masuk. Dah tak kisah berapa pelanggan pun dalam kedai walaupun sesak macam sardin. Dengan pelanggan tak pakai topeng muka, siap riang-ria bawa satu keluarga.
Sesetengah kedai makan pun dah tak ambil suhu, apalagi ambil butiran pelanggan.
Rakan yang terbang dengan penerbangan domestik pun beritahu flight dia penuh sepenuh-penuhnya. Tiada jarakan antara tempat duduk.
Apa dah jadi dengan janji kita nak amalkan norma baru?
Nak untung maksimum punya pasal, nyawa pun dah tolak ke tepi.
Dah balik ke asal seperti zaman sebelum Covid nampaknya.
Kerajaan dah buat tindakan sepatutnya. Selebihnya terpulang kepada kita. Takkan nak berperangai seperti pahat dengan penukul. Kita ni dah dewasa. Bukan budak kecik yang perlu diawasi sepanjang masa.
Saya menyeru supaya sesiapa yang nampak perlanggaran peraturan, supaya buat aduan polis.
Kita cuma ada kita. Kitalah yang perlu jaga kita. Cluster pasaraya dah bermula. Jaga-jaga semua.
“Anak Awak Ke?” Suami Isteri Ini Luah Syukur Dikurniakan Dua Anak Perempuan Albino.
Kehadiran cahaya mata adalah satu perkara yang amat dinantikan bagi setiap pasangan yang berkahwin. Ini adalah saat yang paling mengembirakan.
Hakikatnya anak itu adalah anugerah terindah buat ibu ayah. Tular satu video di laman TikTok yang dikongsi oleh eyqa_razak telah meraih perhatian ramai.
Mana taknya, dua orang anaknya seakan ‘mat saleh’ telah membuatlan warganet teruja. Siapa sangka rupanya anak-anak comel itu dilahirkan sebagai albino.
Perwatakan anak albino seperti berkulit putih, bermata kelabu serta rambut perang sudah membuatkan ramai tertanya-tanya lebih-lebih lagi keadaan fizikal normal seperti kanak-kanak lain.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Melihat anak-anaknya bagaikan ‘mat saleh’, suami isteri ini sering diajukan soalan adakah anak-anaknya kacukan Inggeris. Lebih mengejutkan pasangan ini menjelaskan bahawa keluarga kedua belah pasangan tidak mempunyai keturunan albino.
Seterusnya ikuti video berdurasi 39 saat ini yang telah meraih tontonan sebanyak 2.6 juta.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji anak istimewa ini. Ramai yang suka melihat adik beradik ini bagaikan anak ‘mat saleh’. Antara komen adalah seperti berikut.
“Albino cantik tau. Walaupun org cakap tu kekurangan tapi saya suka tengok orang-orang albino. cantik.”
“Comelnye. Allah SWT tu Maha Adil kan.. Dia bg adik sama mcm kakak.. jd kakak xde la rasa diri dia lain dar iadik… Semoga ke2 nya membesar dengan baik.”
“Semua macam anak orang putih. Rezeki tu.”
“Subhanallah comelnya anak albino. Rambut keemasan, semoga membesar dgn sihat cergas sepanjang hari aammin.”
Pelakon Fikry Ibrahim seperti umum ketahui begitu sayangkan ibunya dan sering berkongsi momen bahagia bersama ibu tercinta di media sosial. Baru-baru ini, di lihat Fikry sedang bercuti ke Langkawi bertemankan ibu tercinta dan ianya mendapat respon positif daripada warganet.
Pun begitu apa yang lebih mencuri tumpuan netizen apabila melihat Fikry menyantuni ibunya yang meskipun berkerusi roda, namun sedikitpun tidak kekok menguruskan dan membawa ibunya, Bibi Zaleha, 74 tahun ke lokasi menarik sepanjang berada di Langkawi.
Tidak dengan itu, gelagat ibu dan anak ini yang begitu penuh kasih sayang turut mencuri tumpuan apabila di lihat Fikry sedang ‘menyiapkan’ ibunya sebelum keluar bersiar-siar di sekitar pulau Langkawi.
“Makeup dulu. Mana taw ada Pak Arab yang berkenan”
Video hero pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini dilihat mengenakan bedak dan lipstick sambil ibu tercinta berbaring begitu membuatkan ramai yang tersentuh hati.
Bukan itu sahaja, tidak sedikit pun menunjukkan kesukaran menyantuni ibu sepanjang bersiar-siar hingga dapat sama-sama merasai menaiki kabel untuk melihat keindahan Langkawi dari atas puncak tinggi. Begitu juga turut membawa syurga hatinya ke kedai jualan pinggan mangkuk dan beberapa lokasi menarik sepanjang berada di sana.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Meninjau di ruangan komen ramai yang memuji tindakan pelakon kelahiran Kedah ini dalam menyantuni ibu tercinta. Rata-rata ramai yang tersentuh hati dan mendoakan Fikry mendapat keberkatan dan dianugerahkan syurga di akhirat kelak.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.