Seramai 402 kanak-kanak berjaya diselamatkan oleh pihak polis dalam serbuan ke atas 20 rumah amal yang dipercayai dikendalikan oleh sebuah kumpulan perniagaan bermotif agama. Operasi besar-besaran yang dijalankan pada Rabu itu melibatkan kawasan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Menurut laporan pihak berkuasa, kanak-kanak yang diselamatkan terdiri daripada 201 kanak-kanak lelaki dan 201 kanak-kanak perempuan, berusia antara satu hingga 17 tahun. Mereka disyaki telah menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian, serta penganiayaan di premis-premis yang dikaitkan dengan kumpulan tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dalam operasi Ops Global yang dijalankan jam 6 hingga 11 pagi itu, pihaknya turut menahan 171 individu terdiri tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian.

Menurutnya, individu ditahan terdiri 66 lelaki dan 105 perempuan berusia 17 hingga 64 tahun.

Sampai Hati! Diliwat & Diajar Meliwat, Polis Selamatkan 402 Remaja, Kanak-Kanak Dan Bayi

“Semua mangsa kanak-kanak yang diselamatkan akan menjalani saringan awal pemeriksaan kesihatan di fasilti disediakan sebelum proses dokumentasi akan dilaksanakan di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur.

“Proses ini dijangka mengambil masa 14 hari, namun tertakluk kepada keperluan lain,” katanya pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK) di sini pada Rabu.

EKSPLOITASI KANAK-KANAK

Sampai Hati! Diliwat & Diajar Meliwat, Polis Selamatkan 402 Remaja, Kanak-Kanak Dan Bayi Sampai Hati! Diliwat & Diajar Meliwat, Polis Selamatkan 402 Remaja, Kanak-Kanak Dan Bayi

Razarudin berkata, serbuan itu dilakukan susulan laporan polis diterima pihaknya pada 2 September lalu mengenai kes pengabaian kanak-kanak, amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak di rumah amal di Port Dickson.

“Bertindak atas maklumat polis telah membuka lapan kertas siasatan iaitu empat di Negeri Sembilan dan empat lagi di Selangor.

“Dalam kes di Port Dickson itu, enam suspek berusia 20-an hingga 40-an ditahan terlibat terdiri daripada lima lelaki dan seorang perempuan,” katanya.

Tambah beliau, antara modus operandi digunakan, mangsa didedahkan cara meliwat sebelum diliwat penjaga dan dipaksa pula untuk meliwat penghuni lain.

“Mangsa yang tidak sihat dihalang mendapatkan rawatan di klinik sehingga keadaan kritikal.

Sampai Hati! Diliwat & Diajar Meliwat, Polis Selamatkan 402 Remaja, Kanak-Kanak Dan Bayi Sampai Hati! Diliwat & Diajar Meliwat, Polis Selamatkan 402 Remaja, Kanak-Kanak Dan Bayi

“Kumpulan itu juga dipercayai menggunakan kanak-kanak dan sentimen agama untuk menagih simpati bagi mendapatkan sumbangan.

“Mangsa dicederakan menggunakan objek dipanaskan sebagai hukuman atas kesilapan dilakukan selain menyentuh tubuh badan mangsa dengan alasan melakukan rawatan secara perubatan Islam,” katanya.

Sampai Hati! Diliwat & Diajar Meliwat, Polis Selamatkan 402 Remaja, Kanak-Kanak Dan Bayi Sampai Hati! Diliwat & Diajar Meliwat, Polis Selamatkan 402 Remaja, Kanak-Kanak Dan Bayi

Beliau berkata, hala tujuan siasatan ‘OP Global’ setakat ini menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611]; Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 [792]; Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] Kanun Keseksaan [Akta 574] dan undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa.

“Dalam tempoh 2011 hingga 7 September lalu, polis telah menerima 41 laporan polis terhadap kumpulan perniagaan itu termasuk 19 di Selangor, Negeri Sembilan (13), Perlis (1), Kedah (3),Pulau Pinang (2), Kuala Lumpur (1), Melaka (1), Johor (5),Pahang (2), Terengganu (1) dan Sabah (1),” katanya.

Sementara itu, Razarudin berkata, berdasarkan siasatan awal polis mendapati setakat ini tiada ahli politik terbabit dalam kegiatan kumpulan itu.

Sumber: Sinar Harian

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI