Memetik laporan Bernama, seorang bayi lelaki cukup sifat dan baru dilahirkan, ditemukan di dalam kotak di sebuah hentian bas berhadap sebuah pangsapuri di Jalan SB Indah 2, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A Anbalagan, berkata bayi yang hanya dibaluti sehelai kain itu ditemukan seorang lelaki tempatan dan pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu pada jam 9.25 pagi.
“Bayi lelaki berkenaan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ads
Beliau berkata usaha untuk mengesan saksi melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran sedang giat dijalankan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.
Sumber: Bernama
Ads
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k
Melalui detik kehilangan orang yang tersayang nyata bukanlah mudah untuk dilalui, ianya ujian yang cukup berat namun tetap perlu akur dan reda untuk melepaskan kepulangannya ke negara abadi.
Inilah situasi yang dialami oleh seorang suami yang kehilangan isteri akibat kanser. Kisah hidup, pengorbanan dan suka duka Mohamad Dy saat menjaga isteri tercinta hingga akhir hayat benar-benar meruntun hati setelah ramai membaca coretan yang dikongsikan di laman facebooknya.
Coretan Seorang Suami
Coretan ringkas untuk insan yang paling ku sayang, namun allah swt lagi menyayanginya….insan yang sentiasa tersenyum di kala setiap duka..lantunan suaranya mampu meruntuhkan ego ku..tiap tutur katanya yang tersusun membuatkan orang sekelilingnya selesa dengannya…setiap penderitaan kamu dek kerana penyakit, allah kurniakan kamu kekuatan..dan kasih sayang orang yang kamu sayang disekelilingmu…dan sudah sampai masanya kamu menjadi sihat semula di alam sana…
Sayang, tahukah kamu, daun yang gugur tercatat nama kamu, kamu harus pulang ke sana…manakala kami semua masih perlu meneruskan hidup..tiada siapa yang tahu ajalnya..namun semua dah ditetapkan..kita kena yakin dan percaya..allah tidak pernah silap dalam percaturannya..kita hanya menumpang di bumi ini…jika harta menjadi ukuran, maka Qarun lah yang berjaya, jika kekuasaan yang menjadi ukuran, maka Firaun lah yg berjaya.
Namun..semua itu tidak dapat menghalangi kamu daripada ajal kamu walaupun kamu membina benteng paling kuat di dunia agar kamu boleh terus hidup…kami sedar…kehadiranmu hanya suatu persinggahan dan kamu akan pergi untuk kehidupan yang lebih sempurna…
Yang, abang telah sempurnakan tanggungjawab abg di saat kita disatukan dalam satu ikatan perkahwinan…abg gembira..dapat merawat sayang..dua kali seminggu ulang alik ke hospital untuk appointment doktor dan ambil susu nutrient…sampailah di saat akhir syg menghembuskan nafas terakhir abg bisikkan syadah di telinga kanan sayang..abg gembira dapat mandikan sayang..abg gembira dapat kafankan sayang..abg gembira dapat solat jenazah untuk sayang..dan kebumikan sayang..sungguh hati ni bagai ditusuk atas pemergian syg..namun..apalah daya ini insan yang tidak punya apa2..
Menurut Mohamad Dy, mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga 7 bulan lalu dan dalam tempuh itu isterinya disahkan mengidap penyakit kanser yang sangat aggresive.
Ingatkan Hanya Fibroid Atau Cyct, Rupanya…
Arwah meninggal sebab kanser perut tahap 4. Dia mula sakit bulan 3. Time tu bukan sakit kat perut tapi sakit kat ovari. Pergi klnik pakar, dia kata fibroid atau cyst sehingga kena rujuk pada hospital. Pergi hospital kata kena bedah untuk tengok dan pastikan masalah yang berlaku.
Bila dah bedah, dia tengok dua-dua ovari memang bengkak dan bukannya fibroid atau cyst. Dia ambil sampel kat bahagian usus pun ada macam infection. Jadi dokyor ambil sample kedua-duanya dalam 2 minggu result keluar. Punca ovari bengkak bukan daripada ovari tapi bahagian lain. Lepas itu pergi hospital, check dengan pakar bedah perut, masuk skop apa smua ada macam ketulan kat bahagian usus, amik sample dan kuar result ianya adalah kanser.
Rupanya kanser tu dah merebak ke bahagian usus kecik, arwah tak boleh makan dan minum..kalau makan atau minum akan muntah semula. Jadi, depend kepada susu nutrient (TPN).
Ni alat rawatan dan susu nutrisi..nak sediakan pun ada cara-caranya.
Yang, abang telah sempurnakan tanggungjawab abg di saat kita disatukan dalam satu ikatan perkahwinan…abg gembira..dapat merawat sayang..dua kali seminggu ulang alik ke hospital untuk appointment doktor dan ambil susu nutrient…sampailah di saat akhir syg menghembuskan nafas terakhir abg bisikkan syadah di telinga kanan sayang.
Abg gembira dapat mandikan sayang..abg gembira dapat kafankan sayang..abg gembira dapat solat jenazah untuk sayang..dan kebumikan sayang..sungguh hati ni bagai ditusuk atas pemergian syg..namun..apalah daya ini insan yang tidak punya apa2..
Kita semua akan menuju ke sana..tidak kira cepat atau lambat..setiap yang bernyawa pasti akan mati..abg redha atas pemergian sayang…tiada dosa pun dgn abg..malah sayang alirkan pahala untuk abg setiap kali abg berbakti merawat sayang…damailah di sana wahai permaisuriku, bidadariku, isteriku…sesungguhnya..allah lebih menyayangimu dan ingin kamu berehat dengan tenang di sana.. segala urusan duniamu, insyaallah abg akan selesaikan sebaik mungkin.. salam dari kejauhan untuk insan yang bergelar isteri…
Al fatihah dan salam takziah diucapkan dari kami team Keluarga.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
“Alhamdulillah, Tahniah YB Nurul Izzah”, itu antara komen wargamaya yang membanjiri akaun facebook Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, setelah selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong, semalam.
Selepas kira-kira tujuh tahun bergelar ibu tunggal, Nurul Izzah Anwar mengumumkan perkahwinan tersebut menerusi kenyataan media mereka yang dikongsi dalam akaun Facebook Nurul Izzah Anwar, tengah malam tadi.
Rata-rata wargamaya tumpang gembira dengan perkhabaran berita tersebut dengan memberi ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan buat pasangan pengantin baru ini.
KENYATAAN MEDIA
NURUL IZZAH ANWAR DAN YIN SHAO LOONG NIKAH 5 OGOS 2022
بسم الله الرحمن الرحيم
Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Rum: 21).
Kami memohon doa kalian semua – agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.
جزاك الله خيرا
Nurul Izzah Anwar & Yin Shao Loong
Kredit gambar : Pinography
Nurul Izzah yang juga anak sulung kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, terdahulu pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, tetapi berakhir dengan perceraian pada 2015.
Tidak dinafikan lagi, bulan Ramadhan merupakan bulan yang amat dinantikan oleh seluruh manusia yang bergelar umat Islam di dunia ini.
Sudah pastinya kita ingin mendapat berkat di bulan yang mulia ini. Berikut 7 Doa waktu mustajab yang mesti kita buat. Rugi tak buat, ambil peluang untuk dapat manfaat bulan ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
7 Waktu Doa Mustajab
1. Ketika sahur
Sahur merupakan waktu yang tepat untuk memanjatkan doa. Jadi, berdoalah sebelum bersahur, Insya-ALLAH doa kita akan dikabulkan oleh ALLAH.
2. Sepanjang berpuasa
ALLAH mengabulkan doa orang yang berpuasa di bulan Ramadan.
Sepanjang berpuasa di bulan Ramadan juga merupakan waktu yang mustajab dikabulkannya doa-doa kita.
3. Sebelum berbuka
Saat waktu yang paling dinanti-nanti semua umat Islam setelah penat berpuasa menahan dahaga, lapar dan amarah.
Ternyata, waktu tersebut juga menjadi waktu yang dinantikan ALLAH untuk mendengar doa-doa kita.
4.Di antara azan dan iqamah
Berdoalah di antara waktu azan dan iqamah karana waktu tersebut adalah waktu yang mustajab terkabulnya doa. Di waktu itulah, ALLAH mendengar semua doa-doa kita.
5.Pada hari Jumaat
Hari Jumaat merupakan hari yang istimewa bagi umat Islam terutamanya di bulan Ramadan.
6.Sepertiga malam terakhir
Waktu mustajab terkabulnya doa di bulan Ramadan yang pertama adalah sepertiga malam terakhir, yang dimulai dari pukul 00.00 sampai dengan 03.00. Sepertiga malam merupakan waktu yang paling efektif untuk memanjatkan doa kepada ALLAH. Selain berdoa, waktu sepertiga malam ini juga sering digunakan untuk solat tahajud.
7. Pada malam Lailatul Qadar
Lailatul Qadar malam terbaik dari 1000 bulan waktu berdoa yang mustajab.
Dalam bulan Ramadan terdapat satu malam yang istimewa, iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan yang dikenali dengan malam Lailatul Qadar. Malam tersebut terdapat di malam ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...