Apabila lihat perkembangan anak lambat, ibu mana yang tidak risau. Sepatutnya pada usia tertentu anak sudah boleh meniarap, merangkak dan seterusnya perkembangan lain.
Namun setiap perkembangan anak-anak berbeza. Tapi tidak salah untuk kita melihat faktor lain berkaitan merangsang perkembangan anak-anak.
Sebagaimana perkongsian puan Syahirah Idris menjelaskan bahawa pemakaian sarung tangan bayi menjejaskan perkembangan anak.
Beliau melahirkan rasa terkejut apabila doktor yang pemeriksa rutin kesihatan bayinya menegur pemakaian sarung tangan bayi.
Ikuti perkongsiannya.
Mama Please Baca Ni Ye!
Ads
“Sampai Bila Awak Nak Pakaikan Mittens Pada Tangan Anak Awak?”..
Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi dari seorang doktor pakar kanak-kanak (Paediatric) di Hospital Columbia Asia.
Ketika Danny berusia 2 bulan, saya buat check untuk dia. Seperti biasa sebelum berjumpa dengan doktor, nurse akan ambil anak saya dan timbang serta ukur ketinggian terkini. Selepas selesai, nurse serahkan balik mittens tadi. Sebelum ini pun, nurse buat perkara yang sama juga. Jadi, saya pun pakaikan kembali mittens itu.
Sampai di bilik doktor, mittens sekali lagi ditanggalkan. Pada masa itu saya berasa pelik dan bertanya mengapa doktor tanggalkan mittens anak saya.
“Awak nak perkembangan anak awak ini cepat atau lambat? Sampai bila awak nak pakaikan mittens pada tangan anak awak? Semua orang berlumba-lumba supaya perkembangan anak dia cepat,” jawab doktor itu dengan selamba.
Ads
Jawapan doktor itu membuatkan saya terkebil-kebil, keliru dan tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh doktor. Selepas dia menjelaskan mengenai perkara itu, saya serta merta terus hentikan pemakaian mittens pada anak saya.
Jika kita berterusan pakaikan mittens pada anak kita, anda akan dapat perhatikan tangan anak kita akan sentiasa menggenggam. Betul tak?
Jadi, jika kita tanggalkan mittens seawal yang boleh, tangan anak kita akan menyentuh segala yang ada berdekatan dengannya. Secara tidak langsung sentuhan itu akan merangsang otak bayi.
Jika tangannya sentiasa berada dalam mittens dan terus menerus menggenggam tangan, bayi kita tidak akan dapat explore apa yang ada di sekeliling dia dan otak juga tidak akan terangsang.
Kenapa kita pakaikan mittens pada bayi kita?
Ads
Antara sebabnya, kita tidak mahu anak tercakar mukanya sendiri, tangan anak sejuk. Betul? Orang Melayu kita sudah terbiasa dengan pemakaian mittens ini. Kalau tidak dipakaikan, nanti orang tua bising pula. Pernah dengar orang tua kata sawan daki dekat celah-celah jari bayi? Sebab itu selepas mandi kena lap kering-kering baru pakaikan mittens. Kalau tak pakaikan mittens pun, tak ada masalah daki di celah jari.
Memang pada awalnya anak kita akan tercakar mukanya sendiri. Memang akan luka tetapi sekali dua sahaja dan selepas itu anak kita belajar kalau terkena kuku, dia akan merasa sakit. Jadi dia akan berhenti mencakar muka dan akan menggosok mukanya dengan belakang tapak tangan.
Si ibu kena pastikan kuku bayi sentiasa pendek. Jadi, pada yang masih ada bayi, yang masih pakai mittens, boleh tanggalkan dan berhenti memakaikan mittens seawal bayi berusia sebulan. Bila bayi yang guna botol, boleh ajar pegang botol. Yang amalkan breastfeeding, boleh sentuh kulit ibunya dan proses ini dinamakan bonding. Banyak lagi benefit tanpa memakai mittens pada bayi.
Sama juga dengan konsep yang banyak kita praktikkan dalam group (Home Schooling Genius Syurga) ini, motor skills developement, kinestetik, all of that thing use hand. Jadi kenapa kita halang jari jemari anak kita dan tangannya menyentuh segala-gala yang ada di sekeliling?
Stop using mittens for our baby. Let’s their fingers explore the world.
(Mia dulu pakai mitten sampai umur 2 bulan lebih. Patutlah perkembangan ade lambat sikit. Aaisyah pulak pakai sampai umur sebulan. Perkembangan memberansangkan. Meniarap pun umur 4 bulan.
Sumber: Syahirah Idris
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu bapa mana tak berdebar untuk melihat keputusan ujian anaknya. Walaupun masih di peringkat tadika, tetapi keputusan inilah yang boleh menentukan tahap pembelajaran anak-anak. Progress pembelajaran yang dihadapi akan sesuai atau tidak.
Tular di aplikasi TikTok baru-baru ini, seorang pengguna yang memakai id @nurhafzan6644 merakamkan keterujaannya untuk melihat keputusan peperiksaan anaknya.
Boleh dilihat, kanak-kanak ini sangat petah orangnya dan cerdik.
Ketika di sua kertas keputusan oleh anaknya, ibunya sangat teruja dengan keputusan cemerlang dimiliki oleh si anak apabila berjaya mendapat gred A dalam semua mata pelajaran kecuali Bahasa Melayu.
Ketika ditanya ibu mengapa subjek itu mendapat gred B jawapan kanak-kanak ini membuat wanita itu terkedu dan ketawa.
“Kenapa Bahasa Melayu dapat B?” tanya si ibu.
“Haaa sebab saya orang Kelantan bukan orang Melayu,” jawab si kecil itu sambil tersipu-sipu.
“Adus dik.. Bijaknya jawapan, Acik pun tak terpk nak jawab macam tuh.” – Netizen
Jawapan dari adik ini yang secara spontan mengundang tawa ibunya.
Ibunya kemudian tidak mematahkan semangat kanak-kanak itu apabila memberi nasihat bahawa dia perlu membuat banyak lagi latihan agar mahir dalam mata pelajaran tersebut.
Mendidik anak lelaki, kita kena tahu cara terbaik dengan harapan agar membesarnya anak-anak ini sebagai insan yang sempurna akhlak dan imamnya.
Oleh itu, sebaiknya kita persiapkan emosi dan adab anak lelaki ini sebelum mereka meningkat remaja sebagaimana kata pepetah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sebelum itu, jom semak perkongsian daripada Dr Taufik Razif ini berkenaan bagaimana ibu ayah mempersiapkan anak-anak lelaki tentang emosi dan adab. Jom semak.
Siapkan emosi dan adab anak lelaki sebelum mereka menjadi remaja
1. Ajar mereka kawal emosi marah
– supaya marah mereka tidak keterlaluan
– supaya marah mereka tidak merosakkan
– supaya marah mereka sampai tidak meninggalkan dendam
2. Ajar mereka untuk luah perasaan marah dengan cara yang selamat
– supaya mereka tahu ianya okay untuk meluahkan
– tetapi pastikan ianya dengan cara yang betul
– jangan sampai merosakkan barang barang
– jangan sampai membahayakan diri sendiri
3. Ajarkan mereka empati dan memahami perasaan mak ayah dan adik beradiknya
– supaya anak kita belajar memahami
– supaya anak kita tahu perasaan orang di sekelilingnya nanti
– supaya anak kita boleh memandang daripada perspektif orang lain
4. Ajarkan anak lelaki kita tentang belas kasihan
– supaya mereka belas kasihan kepada kita
– supaya mereka belas kasihan kepada adik beradik dan orang di sekeliling
– supaya mereka dicintai ramai orang kerana sifat belas kasihannya itu
5. Ajarkan anak lelaki kita sifat ringan tulang
– supaya anak lelaki kita tidak menjadi remaja yang berat tangan untuk menolong
– supaya anak lelaki kita tidak menjadi beban ibubapa dan pasangannya kelak
– supaya mereka belajar tentang amanah dan tanggungjawab
Tolong kongsikan ilmu ni pada pasangan kita dan ibubapa lain yang belum tahu sebab saya percaya ramai lagi ibubapa di luar sana yang belum tahu tentang ilmu ini
Sumber : Taufik Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkahwinan adalah membentuk sebuah keluarga bahagia. Diserikan lagi kehadiran anak-anak sebagai penyambung keturunan.
Namun apabila berlaku perpisahan, anak-anak tetap mempunyai hubungan pertalian dengan ibu bapa.
Bagaimana pun, ia akan menjadi konflik apabila pasangan yang sudah bercerai dan berkahwin dengan pasangan barunya yang turut mempunyai anak menerusi perkahwinan sebelumnya.
Barangkali ramai yang tak tahu bahawa hubungan anak berlainan bapa ini mempunyai batas aurat dan pembahagian harta yang lain.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian Prof Madya Dr Yasmin Hanani Mohd Safian yang juga merupakan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia.
Pensyarah ini berkongsi bagaimana perkahwinan Engku E Dan Nabila mengenai status anak bukan mahramnya.
________________
Anak Engku E dan anak Nabila bukan mahram ya walaupun Engku E dan Nabila berkahwin. Perkahwinan ibu bapa mereka tidak menjadikan mereka mahram kerana masing-masing berlainan ibu dan bapa.
Pengharaman abadi disebabkan perkahwinan atau persemendaan musaharah ada empat iaitu usul zaujah (emak isteri dan ke atas termasuk line nenek isteri dan ke atas tapi emak saudara isteri bukan mahram kita) Ini berdasarkan ayat Allah;
وأمهات نسائكم
Kedua; zaujah usul (isteri bapa atau isteri datuk tapi bukan isteri bapa saudara atau isteri atuk saudara) Ini berdasarkan ayat لا تنكحوا ما نكح آباؤكم من النساء إلا ما قد سلف
Lagi dua ialah zaujah ibn (isteri anak lelaki) قال تعالى : و حلائل أبنائكم الذين من أصلابكم dan bintu zaujah (anak kepada isteri).
Engku E memang tak boleh berkahwin dengan anak Nabila jika anak dia lelaki. Tetapi anak mereka boleh berkahwin sesama mereka.
Pengharaman sementara pula yang berkaitan dengan perkahwinan ialah isteri orang, mengumpulkan dua isteri dari adik beradik atau anak emak saudara, perempuan dalam eddah, dan perempuan mushrik.
Sekian subjek ahwal syaksiah fiqh munakahat untuk hari ini.
Dan kalau boleh jangan gunakan istilah batal air sembahyang untuk merujuk kepada lelaki mahram atau pun bukan. Mazhab lain pegang laki pempuan tak batal air semayang.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.