
Kalau sampah tidak dibuang dan terbiar lama sehingga dua hingga tiga hari pasti ulat sampah mula muncul.
Geli juga bila terlalu banyak ulat yang kelihatan berdekatan sampah malah ada yang terkeluar hingga kawasan sekitar. Memang sukar untuk dibersihkan. Kita juga yang salah kerana gagal buang sampah setiap hari dan membiarkan kotoran dan sisa makanan ini berhari-hari.
Bagi mengelakkan masalah ini berlaku sebenarnya ada petua yang dikongsikan untuk menghilangkannya malah mengusir ulat ini.
Blog la-abwa.blogspot.my berkongsi petua bagi mengelakkan ulat-ulat ini. Jom ikut petua yang dikongsikan olehnya.
Kakak saya dapat petua elakkan ulat ni secara tak sengaja. Waktu itu ulat-ulat sudah mula merayap hingga atas tong sampah. Kebetulan dia nak buang serdak cengkih, dibuangnya atas ulat-ulat tu. Tak lama lepas tu ,dia ingat nak ambil sheltox untuk sembur pada ulat seperti biasa. Rupa-rupanya ulat yang kena serdak cengkih sudah mati.
Petua 1
- bunga cengkih dan tumbuk kasar.
2. Taburkan pada tong sampah dan kawasan sekelilingnya.
3. Biarkan sahaja dan hasilnya ulat akan mati tanpa disembur bahan kimia.
Petua 2
Satu satu cara lagi ialah dengan menggunakan sedikit cecair peluntur baju.
- Bancuh 2 penutup cecair peluntur baju dengan air secukupnya.
- Kemudian masukkan ke dalam botol semburan (spray bottle).
- Selepas sisa kepala ikan dibuang, bungkus dalam plastik dan spraykan semburan tadi ke dalam plastik.
- Masalah bau akan hilang, ulat pun tak akan muncul lagi.
Sumber: la-abwa.blogspot.my
Nasi Ayam Sedap, Adaptasi Resipi Bekas Masterchef Istana Buckhingham. Wanita Ni Kongsikan Rahsianya!

Bukanlah tidak berjaya menghasilkan Nasi Ayam yang enak tetapi mencuba resipi baru yang rasanya lebih enak dan sedikit berbeza pastinya buat semua ibu-ibu teruja untuk mencuba. Lebih-lebih lagi anak-anak suka makan Nasi Ayam yang mudah dan berkhasiat.
Perkongsian puan Rafiza Idayu di facebooknya pernah mendapat sambutan yang cukup luar biasa. Dia yang menggunakan resipi perapan ayam yang diadaptasi daripada resepi masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham. Berikut merupakan petua dan rahsia yang diberikan olehnya.
RESIPI NASIBAHAN-BAHAN:
Beras
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kiub pati ayam
Bay leaf (atau daun pandan) – untuk wangi
Lemak ayam
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
- Asingkan isi ayam dan lemak ayam. Lemak ayam inilah sebenarnya ‘the ultimate secret’ dalam pembuatan nasi ayam. (Lebih mujarab, gunakan lemak di bahagian bontot ayam.
- Panaskan lemak ini dalam periuk nasi hingga keluar minyaknya. Asingkan lemak ayam untuk proses seterusnya.
- Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
- Masukkan bay leaf dan kiub pati ayam.
- Masukkan beras, biarkan masak sebentar dan kemudian masukkan air rebusan ayam.
Biarkan nasi hingga masak.
RESEPI PERAPAN AYAM
RESEPI PERAPAN AYAM
=====================
Adaptasi resepi masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham England.
Ilham resepi dari Tuan Haji Mustaffa Othman, Menate Steak House . Resepi yang saya jumpa pada tahun 2010 ketika beliau aktif menulis blog.
Bahan-bahan :
1. 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2. 3 sudu madu
3. 2 sudu sos tiram
4. 1 sudu kicap pekat
5. 1 sudu minyak bijan (optional)
6. Sedikit lada sulah
*saya tak letak garam. Kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.
- Di dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan tadi.
- Perap ayam yang telah direbus tadi. Panaskan minyak macam menggoreng ayam. Dah perap 15 minit dah boleh goreng dah. Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang. Resepi ini boleh digunakan. Selalunya saya panggang dalam oven. Tetapi kali ini saya guna kaedah goreng.
- Apabila minyak betul betul panas. Masukkan ayam. Tengok buih dalam minyak membuat macam itu bermaksud api betul betul panas. Saya suka memasak guna api sederhana kecil. Minyak panas sepenuhnya walapun mengambil masa. Kalau api besar, pemanasan mengejut nanti luar macam dah garing sangat, isi dalam belum berapa masak.
- Hasil ayam yang digoreng tadi. Hangus hangus tu yang sedap. Manis pahit masin
RESIPI SAMBALBAHAN-BAHAN:
6 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan jus limau nipis
Sedikit halia (anggaan 1 ruas jari kelingking)
4 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
Cara membuat:
- Blender semua bahan. Masukkan air rebusan tadi.
Tips : Bawang putih, lada dan halia tadi mesti potong kasar sebelum masuk blender. Kalau masuk sebiji sebiji bawang putih nanti tak hancur.
- Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil. Ingat, jangan masak guna api besar. Kita nak semua bahan mesra mesra gitu. Barulah sedap masakan kita.
- Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.
Rahsia Mendapatkan Ayam ‘Juicy’
- Masak air hingga mendidih.
- Apabila mendidih, barulah dimasukkan ayam.
- Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit.
- Guna api yang besar.
- * Air rebusan ini akan digunakan untuk membuat sup ayam dan masak nasi. Tujuan kita menggunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam.
Selamat mencuba!
Muhammad Nama Pilihan Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023

Muhammad Nama Pilihan Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023. Muhammad menjadi pilihan utama ibu bapa dalam menamakan bayi lelaki mereka di England dan Wales pada tahun lalu, dengan lebih 4,600 bayi lelaki berdaftar dengan nama itu, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).
Muhammad Nama Pilihan Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023
Muhammad telah menjadi nama bayi lelaki paling popular, mengatasi nama utama sebelum ini, Noah, menurut data yang dikeluarkan oleh ONS pada Khamis.
Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.

Muhammad dan Noah diikuti oleh Oliver sebagai nama pilihan ketiga paling popular bagi bayi lelaki, menurut angka ONS.
Bagi bayi perempuan, Olivia kekal sebagai pilihan utama, diikuti oleh Amelia dan Isla yang tidak berubah sejak 2022.
Sumber: BERNAMA-AA
Kredit top image: Freepik
Baca artikel lain juga: Pilih Nama Andika Yusuf, Izreen Azminda Selamat Bersalin Bayi Lelaki!
Orang Melayu Kaum Paling Ramai Lahirkan Bayi
Zalif Sidek Timang Bayi Lelaki, Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua, Lengkap Dah Sepasang
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Cikgu Ni Bagi Tahu, Nak Ajar Anak Bab Pelajaran Kena Gabungkan 4 Teknik Ni. Baru Menjadi!

Tidak dinafikan sepanjang tempoh PKP ini, walau anak-anak kita tidak ke sekolah namun sebagai ibu bapa kita tidak mahu anak-anak leka dalam pelajaran.
Lantas, kita usahakan juga untuk meluangkan masa untuk mengajar mereka. Namun, bukan mudah rupanya dan tanpa sedar kita pula asyik marah-marah dan boleh bertukar macam singa.
Tidak mahu terus berulang perkara yang sama, rupanya ada teknik yang boleh dipraktikkan sebagaimana yang dikongsikan oleh cikgu ni. Jom semak.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Ramai ibu-ibu pm aku bertanya cara yang betul untuk ajar anak di rumah terutamanya mata pelajaran Matematik.
Mereka bertanya, perlukah sediakan rotan? Kebanyakan mereka bila mengajar anak akan bertukar menjadi singa secara tiba-tiba.
Ada juga meluahkan tidak dapat menahan marah apabila benda yang sama dan diulang tapi anak tak faham-faham.
Maka cubitan adalah ‘hadiah’ yang anak mereka dapat akibat kesalahan dan ketidakfahaman mereka itu. Baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tarik nafas, dan baca perkongsian aku sampai noktah terakhir.
Mengajar ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Tekniknya ada pelbagai jenis. Teknik yang terbaik (pada aku) ialah gabungan kelembutan, ketegasan, dorongan dan juga sedikit paksaan.
Begini tuan-tuan, bila mengajar tentang sesuatu topik, kesabaran itulah paling penting. Kelembutan dalam tunjuk ajar itu perlu, memujuk mereka agar faham dengan bahasa yang lembut agar mereka bertambah minat dan suka belajar.
Bila ketegasan itu perlu?
Bila anak mula main-main dan tidak tumpu perhatian. Bila anak mula mendengar sambil mengacau adiknya atau sambil memandang kawan yang naik basikal di luar rumah.
Di sini ketegasan perlu. Perlu untuk dia menumpukan perhatian. Sebaik tumpuan dia berikan, kembali ajar dengan lembut dan sabar.
Jika dia salah, jangan dimarah. Ulanglah walau berpuluh kali. Bila dia tidak faham, jangan cepat cubit atau rotan, namun sabarlah memberi penerangan dengan cara paling mudah sesuai dengan aras pemikiran mereka.
Namun jika mereka malas, di sini kegarangan perlu. Hukuman ringan pun boleh dikenakan jika mereka malas. Kalian minta anak-anak buat 5 soalan, lepas siap satu dia mula malas dan nak main, hah, di sini perlu menjadi singa.
Menjadi singa bila mereka malas, bukan semasa memberi penerangan dan tunjuk ajar.
Bagaimana anak nak faham jika mereka belajar dalam ketakutan? Kasihan dengan mereka asyik dicubit asyik dirotan hanya kerana sesuatu perkara yang otak mereka masih tak mampu nak faham.
Apakah benar mereka tak boleh nak faham atau mereka tidak mampu faham akibat belajar di bawah tekanan?
Atau mungkin juga cara penerangan dan tunjuk ajar kita yang kurang betul membuatkan anak-anak susah nak faham.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Jangan!
Aku selalu menekankan pada murid-murid,
“Cikgu tak marah jika awak salah, namun cikgu sangat marah jika awak malas.”
Murid aku, jika 20 soalan aku beri dan mereka salah semua, tiada satu dendaan atau hukuman aku beri pada mereka.
Namun jika tidak siap kerja, nahas!
Sama juga bila aku mengajar dan memberi penerangan panjang lebar, bila ditanya mereka tak faham dan tak boleh jawab. Aku dengan lembut dan sabar akan mengulang-ulang dan ajar semula.
Namun bila aku mengajar mereka tidak tumpu perhatian, pandang luar kelas, main pemadam, bercakap dan sebagainya, nahas!
Bila masa perlu memaksa anak?
Bila tidak melibatkan pemahaman. Yakni melibatkan hafalan.
Anak tak hafal sifir dan rumus, aku sokong jika kalian dan jadi singa. Nak marah atau nak hukum sekali pun (dengan hukuman ringan sahaja).
Hat tu tak apa. Ini kerana hafalan dan kefahaman adalah dua benda berbeza. Jauh berbeza.
Hafalan memerlukan usaha untuk mengingat. Bila banyak kali diulang-ulang pasti akan ingat. Maka, murid yang tidak dapat menghafal sifir dan rumus sebenarnya bukan kerana mereka tidak boleh, tetapi kerana mereka malas.
Orang yang malas, tiada ubat di hospital bang. Ubatnya hanya rotan. Hehe.
Kefahaman pula memerlukan mereka berfikir, menghadam setiap penerangan dan tunjuk ajar. Jika mereka tidak mampu faham, mungkin saja kerana yang mengajarnya kurang bagus. Mungkin juga topik tersebut terlalu tinggi dengan akal mereka.
Tidak semestinya kerana mereka malas. Sebab itu, di sini perlunya kesabaran yang sangat tinggi. Jangan menghukum anak yang tak faham. Jangan!
Ingat ya mak-mak semua. Jangan asyik nak menyinga saja.
Ada tempat kita perlu berkeras, ada tempat kita perlu dengan lembut dan penuh sabar memberi tunjuk ajar.
Ada juga mak ayah pm aku kata mereka tidak pandai nak ajar anak-anak mereka. Silibus sekarang jauh berbeza dengan apa yang mereka belajar dulu.
Soalan yang anak tanya, mereka sendiri tak boleh jawab. Habis tu macamana nak ajar anak?
Sebab tu aku dan beberapa guru pakar yang lain bina modul Mathzier. Satu modul akan terbitkan setiap bulan selaras dengan apa yang anak-anak belajar disekolah.
Ia disertakan dengan video pengajaran dari aku sendiri. Mak ayah dan anak-anak boleh rujuk video untuk faham, kemudian terus buat modul latih tubi yang ada lebih dari 300 soalan.
Ada video, ada slide, ada modul latih tubi yang dibina oleh guru pakar berdasarkan setiap topik dalam buku teks. Padat, padu dan boleh ulang-ulang tengok video sampai faham, boleh ulang cetak modul seberapa banyak kita suka.
sumber : Mohd Fadli Salleh