Terkadang kita sering terlupa, dalam hidup ini ada keluarga orang lain lebih susah hidupnya.
Ini sebagaimana kisah yang telah dikongsikan oleh Puan Hayati Abu Hassan, isteri kepada seorang pembekal ayam.
Jika sebelum ini, setiap lebihan kaki ayam yang dipotong, sering dianggap sampah olehnya dan pengakhirannya kaki-kaki ayam tersebut ditanam untuk dilupuskan.
Namun hinggalah terjadi satu kes, yang membuatkan betapa hatinya tersentuh, dan ini perkongsian penuh daripadanya.
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU
Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita.
Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8! Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.
Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah.
Ads
Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain.
Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain.
‘Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.’ Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi. Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer.
Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan. Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.
Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak.
‘Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil.
Ads
Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.’
Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung.’Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak ‘message’.
Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana. Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan.
Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.
Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap ‘sampah’ ni.’
Allah Allah. Menangis saya baca. Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.
Ads
Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu. Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.
Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa.
Khalas!
Beri kemudian lupakan. Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah.
Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serba maknika, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji. Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa…
Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan. Moga Allah ampunkan kami.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah pepatah yang sesuai untuk seorang peniaga kedai makan mendakwa menjumpai ketulan lilin seberat lima kilogram yang dipercayai muntah ikan paus.
Situasi yang berlaku di Kemaman Terengganu kecoh apabila Aida, 41 tahu yang juga merupakan anak nelayan di Kemasik menemui objek yang disangka sampah itu ketika memancing bersama keluarganya, baru-baru ini.
“Saya temui objek itu terapung kira-kira 11 malam. Saya ingat sampah dan saya tarik benda itu dengan kayu dan menariknya ke tepi tebing.
“Keesokan harinya saya pergi semula ke kawasan itu, benda itu masih ada sebelum saya mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumah, ” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kemasik.
Mengeluarkan bau yang wangi
Kejadian itu dimaklumkan kepada ayahnya yang juga merupakan seprang nelayan.
“Saya sangat terkejut kerana ayah mendakwa objek yang saya jumpa itu itu jarang ditemui di negara kita.
“Ayah cuba membakar sedikit objek itu dan benda itu meleleh seperti lilin serta mengeluarkan bau yang wangi,” katanya yang juga seorang pengusaha sebuah kedai makan di Kemasik.
Sedia bekerjasama untuk ujian makmal
Menyedari objek yang dijumpai itu dikatakan bernilai tinggi, dia sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mahu menjalankan ujian untuk mengenal pasti kesahihan objek itu yang dikatakab sebagai muntah paus.
“Saya bersedia untuk memberi kerjasama kepada mana-mana pihak untuk menjalankan ujian untuk menentukan kesahihan dan kualiti terhadap benda yang saya temui ini.
“Saya tahu kos untuk menjalankan ujian makmal adalah tinggi dan saya sanggup bekerjasama demi mengesahkan ketulenannya,” katanya.
Untuk makluman, Februari lalu, seorang nelayan berusia 20 tahun dari Thailand menemui muntah ikan paus atau ambergris di Pantai Niyom Surat Thani, Thailand bernilai 210,000 Pound (RM1.16 juta).
Bahagia itu sederhana, setiap daripada kita punya cara tersendiri untuk mencipta kebahagiaan dalam rumahtangga.
Walaupun hidup tak mewah seperti orang lain, namun setiap hari kita bangun pagi dengan rasa syukur dan gembira.
Melihat orang tersayang di sisi tak kurang apapun. Duit bukanlah segalanya walaupun semuanya perlukan duit. Yang penting bagaimana kita mengemudi bahtera rumahtangga.
Perkongsian dari wanita ini cukup bermanfaat untuk kita jadikan panduan.
Kalau saya. Berbanding sangat berjimat. Tak berjalan ke mana-mana. Tak langsung beli makanan sedap, beli yang murah sungguh. Tak berbelanja untuk kebahagiaan sendiri. Tak gembirakan anak-anak dengan berjalan sini sana. Hidup dalam keadaan tak ceria, serabut, tertekan tanpa sedar, kerja dan kerja semata demi untuk menyimpan di masa akan datang. Kemudian, dapat beli rumah tanpa hutang, di usia 50 Tahun. Berbanding begitu.
Saya lebih rela, makan apa yang saya teringin nak makan, sekali sekala berjalan travel membahagiakan diri dan keluarga.
Membeli baju, reward diri sesekali enjoy-enjoy dan manjakan diri untuk berehat di hotel. Memberi pada yang memerlukan.
Belanja anak saudara, adik beradik yang kekurangan. Walaupun tak mampu beli rumah, mungkin hanya menyewa, itu lebih saya sukai dan enjoy my life to the fullest.
Kita penuh duit dalam bank, Namun anak-anak kekurangan kasih sayang, anak-anak tak ada memori menarik untuk dikenang. Kita berjimat dan menyimpan bersungguh, dengan harapan “Nanti anak aku ada rumah. ada aset untuk aku tinggalkan…” Ketahuilah. InshaAllah anak ada rezeki dia kelak. Allah sediakan. Tapi, masa untuk bergembira, masa untuk dia ada memori kanak-kanak yang ceria, yang dia boleh cerita pada rakan-rakan tiada.
Saya lebih suka hidup yang gembira, bahagia, walau tak ada simpanan mana, cuma ada juga untuk kecemasan, yakin yang rezeki Allah sentiasa ada.
Berbanding ada duit banyak, beli benda itu ini cash, namun hidup tak ceria mana, tiada warna warni di sana. Rumah ada, namun tiada bahagia dalam isi rumah. Kalau saya lah!
Biar kita takde duit full akaun bank. Tapi we live our life to the fullest. Supaya ketika hari kematian kita, Kita tak cakap macam ni…
“Ruginya aku kumpul banyak harta, tapi aku abaikan anak, tak bawa anak jalan-jalan, tak bagi kenangan indah…aku kerja untuk bagi mereka selesa kelak…tapi mereka lebih inginkan kasih sayang, anak nak makan pun aku sangat berkira… I wish I make people around me happier…”
Tapi penting juga menyimpan, bukan joli sakan. Bergembira, namun masih sederhana. Hotel bajet pun dah mengembirakan, makan aiskrim murah pun tak tak kurang bahagia, pakai baju tak branded pun bukan tak bahagia. Begitulah!
Betulkan kata orang, kalau nak pikat lelaki, pikat dulu perutnya. Lebih-lebih lagi kalau yang sudah berumahtangga. Takkan asyik nak makan di luar seperti waktu zaman bercinta.
Namun ada juga yang berpendapat untuk menyediakan juadah seperti di restoran atau hotel 5 bintang memerlukan kos yang tinggi. Nanti merungut pula suami kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk barang dapur.
Seperti yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini menunjukkan seorang lelaki bersama 2 troli yang penuh dengan barangan dapur. Dianggarkan kesemua barangan tersebut hampir mencecah RM 1000.
Menerusi video tersebut yang dimuatnaik oleh Yyaadany yang merupakan isteri kepada lelaki tersebut telah menunjukkan masakan yang dimasaknya dari barangan dapur yang dibeli bersama suaminya itu.
Apa yang menarik perhatian, semua juadah tersebut dilihat seperti makanan yang dibeli dari hotel 5 bintang. Malah ramai yang tak sangka, ianya merupakan air tangann wanita tersebut. Ada pelbagai menu seperti Kari Kepala Ikan Merah, Wantan Cheese, Kari Ikan Duri, Koteaw Theng, Seezling Mee, Tortilla Wrap, Nasi Lemak Sambal Sotong dan macam-macam lagi.
Menjengah di ruangan komen, ramai yang memberikan reaksi positif dan pujian bagi pasangan ini. Kedua-duanya memainkan peranan masing-masing dengan baik, suami menyediakan barangan dapur dan isteri pula memasak menu menarik untuk dihidangkan kepada suami.
Malah ramai yang berharap agar dapat memenuhkan barangan dapur seperti ini agar dapat membuat juadah yang menarik untuk keluarga.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...