Tanggal 20 Ogos yang lalu, anak kepada CEO syarikat penerbangan Air Asia, Tony Fernandes, yang dinamakan Aliyah Ena Fernandes telah genap setahun.
Disebabkan baby Aliyah berdarah kacukan Korea, Tony dan isterinya, Chloe Kim, telah mengadakan sambutan sederhana bagi merai hari kelahiran anak mereka mengikut adat tradisi Korea. Tony dan keluarganya dilihat memperagakan pakaian tradisional Korea iaitu “hanbok” dengan tema warna putih pink yang cantik sekali.
Apa yang lebih menarik berkenaan sambutan ulang tahun tersebut, adalah berkenaan adat tradisi Korea iaitu “Doljanchi”. Semasa aktiviti ‘Doljanchi” berlangsung, kanak-kanak akan memilih satu atau dua objek di antara pilihan lain yang mewakili makna berbeza. Objek pertama atau kedua yang dipilih dipercayai ‘mungkin’ mewakili kerjaya mereka di masa hadapan.
Antara objek di dulang untuk dipilih adalah bola, mikrofon, palu kayu hakim dan banyak lagi. Adakah baby Aliyah akan memilih objek yang berkaitan dengan perniagaan penerbangan seperti kerjaya bapanya? Jawapan dia tidak. Baby Aliyah memilih mikrofon! Mungkin baby Aliyah akan menjadi penyanyi atau pengacara yang terkenal satu hari nanti.
Tony Fernandes turut menitipkan ucapan buat puteri keduanya itu.
“Selamat hari jadi kepada anak saya yang super cute smart Aliyah. Here’s to a great life ahead for you.”
Di Korea, hari lahir pertama bayi yang baru lahir dianggap sebagai peristiwa yang sangat penting dengan makna yang signifikan.
Selain menyanyi ‘selamat hari jadi’ dan meniup lilin, terdapat juga adat khas semasa perayaan Doljanchi di mana mereka menggunakan objek untuk meramal masa depan kanak-kanak itu, yang dipanggil Doljabi (돌잡이).
Sama seperti maksud perkataan itu, semasa aktiviti doljabi, kanak-kanak akan memilih satu atau dua objek di antara pelbagai pilihan yang masing-masing mewakili makna yang berbeza. Objek yang mereka pilih pertama atau kedua dipercayai ‘mungkin’ mewakili kerjaya masa depan mereka.
Melihat kepada gambar daripada perkongsian Tony di Instagram, baby Aliyah memilih mikrofon sambil merenung tajam ke arah bapanya.
Sebagai info, Tony Fernandes mendirikan rumah tangga bersama Chloe Kim yang berasal dari Korea Selatan pada Oktober 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aliyah Enan Fernandes (1 tahun). Untuk rekod, perkahwinan terdahulu Tony dikurniakan dua cahaya mata.
Semoga artikel hari ini memberi inspirasi dan hiburan kepada anda semua dan kami berharap agar baby Aliyah akan kekal bahagia tanpa kira apa kerjaya sebenarnya nanti.
Sumber: Astro Awani
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club