Perkongsian dari Ustazah Norhafizah yang turut disharing oleh Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini tentang cara terbaik untuk menyambut Ramadan ini wajar kita hayati dan cuba lakukan bersama. Posting ini pernah viral beberapa tahun yang lalu, dan kali ini kita baca kembali untuk persiapkan diri dan keluarga sebelum melangkah di bulan Ramadan.
Bertepatan tinggal beberapa hari lagi kita umat Islam akan menyambut hadirnya bulan penuh barakah ini, moga kita seisi keluarga mampu lakukan puasa pada tahun ini menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Untuk itu, ayuh kita baca perkongsian berilmu ini.
CARA SAMBUT RAMADAN
Just sharing….Dari ustazah Norhafizah di IKIM…
1.Bila Ramadhan tiba sambutlah dengan sujud syukur…tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita untuk terus beribadah dibulan yang mulia ini…
2.Bila bertemu dengan ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai atau sesiapa sahaja ucapkanlah “Ramadhan Kareem” dan orang yang mendengar menjawab “Allahu Akram”…
Maksudnya “Ramadhan Mulia”dan jawapannya ” Allah lebih Mulia”…
3.Sambutlah Ramadhan ini dengan wajah yang berseri-seri tanda kegembiraan yang tidak terhingga dan berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan selalu berbicara dengan Allah walau dalam hati..
Contohnya…Ya Allah aku berpuasa ya Allah…terimalah puasaku ini…aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah…
4.Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dengan bersih dan cantik kerana terlalu banyak rahmat yang Allah hendak berikan di bulan yang mulia ini..
5.Moga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu…hiasilah diri dengan amalan dan taqwa…
Ramadhan Kareem untuk sahabat semua
Maaf Zahir Batin
sumber : Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah